📚Prolog📚

45 5 4
                                    

"Ya Allah,seandainya masih ada  peluang untukku berubah dan mengenali diri-Mu,Kau tunjuk dan bimbinglah daku.." hatiku berbisik.

Sememangnya hati ini sungguh sunyi dan kosong tanpa tuhan dalam diri.

"Aku berterima kasih pada-Mu kerna Kau telah wujudkan wanita ini dalam hidup aku..."

"Aku tahu aku ego dan sombong.Tetapi adakah Dikau akan terima segala taubatku?"hati ku memberontak dan bertanya.

Semua ini berlaku selepas aku bertemu dengan dirinya.Mungkin sudah menjadi ketentuan takdir aku berjodoh dengannya.

Walaupun aku banyak buat dosa dengannya,dia tetap senyum dan bersabar dengan perangai baran aku.

Sememangnya,aku tidak pernah bertemu dengan wanita seperti dia...

Walaupun aku gagal untuk menjaga dia dan menjadi yang terbaik buatnya,dia tetap berlemah lembut dengan aku.

Layakkah aku untuk menerima dia dalam hidup aku...

Kenapa Engkau masih memberikan aku peluang sedangkan aku sendiri tidak pernah mengenali Dikau...

Hatiku menangis memikirkan diri yang kufur tentang agama.

Aku masih pelik kenapa Tuhan jodohkan aku dengan perempuan yang terlalu baik seperti dia....

Tidak pernah dalam hidup aku, rasa bersalah dan kerdil apabila melihat segala umat-Nya mengerjakan kewajipan yang telah dituntut oleh Tuhan..

Selepas melihat dia memberikan salam yang terakhir selepas solat Isyak, aku melihat
seluruh tubuhnya bercahaya dalam kegelapan malam.

Bukan cahaya yang memeritkan mata tetapi cahayanya seperti menarik diriku ke dalam  lembah ketenangan.

Dia mengangkat kedua-dua belah tangannya.Kepalanya mendongak ke langit.Belum sempat bibirnya berkata-kata, air matanya mula berlinangan.

"Dia selalu cakap sorang-sorang time-time macam ni..." hatiku mengomel.

Pelik dan ingin tahu apa yang dia hendak dinangis-nangiskan waktu malam-malam begini.

"Ya Allah,aku tahu aku jahat.Maafkanlah diriku yang serba kerdil ini...Ampunkanlah aku...Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..."

"Kau lembutkanlah hati dia.Aku tahu setiap yang Engkau tentukan pasti ada sebabnya..."

Suaranya jelas kedengaran dalam keheningan malam.

Dahi dan seluruh tubuh badannya sujud ke Bumi.

Beralaskan karpet nipis yang digunakan sebagai alas untuk beribadah.

Itulah ayat yang selalu sangat dia sebut.

DENGAN KETENTUAN-NYAWhere stories live. Discover now