❝ you're a devil with an angel wing ❞ Dia ialah seorang lelaki tipikal idaman gadis di luar sana. Dia punya rupa yang mampu memikat hati, harta yang menggiurkan serta perwatakan yang membuatkan si anak dara boleh angau hari-hari. Bibirnya murah dengan senyuman menggoda, kata-katanya manis bak gula. Dia bukan seorang lelaki keras kepala mahupun dingin dengan sesiapa. Dia ialah dia... Aydin Damian. Namun itu semua luaran yang hanya mampu dilihat melalui mata kasar manusia. Aydin Damian, taklah sebaik yang disangka. Kerana... dalam diam, dia ialah musuh yang dibenci semua. "You're a devil, with fake angel wings. Remember it until your last breath." - Arvin Dylan Itu kata ayah Aydin yang dia semat dalam jiwanya sejak kecil lagi. Dia ialah manusia yang telah membuang kemanusiaan. Aydin sering menyangka, senyumannya dah cukup manis untuk memperdayakan mereka. Namun, gadis itu muncul dalam hidup Aydin. Dia ialah Myria Qiandra, gadis yang menyembunyikan kebijaksanaannya di sebalik peribadinya yang pendiam. Pertemuan pertama kali yang menyerlahkan keistimewaan Myria membuatkan Aydin menyimpan hasrat menjadikan gadis itu permainannya. Namun, siapa saja yang menyangka, gadis yang dipandang remeh oleh Aydin telah menjadi satu-satunya orang yang berjaya melepaskan diri dari terperdaya dengan penyamaran seorang Aydin Damian. "Myria, kenapa awak jauhkan diri dari saya?" - Aydin Damian "Sebab... semua tentang diri awak palsu." - Myria Qiandra "Aydin, suatu hari, kau akan bertemu dengan seseorang. Seseorang yang berjaya melihat wajah sebenar kau di sebalik topeng yang sedang kau pakai." - Arvin Dylan Mungkinkah Aydin akan terus terperangkap dalam penyamaran yang diciptanya sendiri? Atau gadis itu bisa menarik lelaki itu keluar dari jeratnya sendiri? stunning cover by @Serenity070