Mengisahkan tentang Ace, seorang lelaki yang keras kepala dan suka melanggar peraturan demi mengejar kehendak dirinya sendiri. Peraturan keluarga yang ketat serta identiti yang cuba disorokkan dari mata umum dan khasnya dari pengetahuan pihak tertentu, begitu merimaskan Ace. Sifat liar dan ganas yang dimilikinya cuba dijinakkan melalui kaedah yang cuba diterapkan oleh kumpulan 'Underground Gangster' melalui pertubuhan Syarikat Cachetta Corp yang dipelopori secara turun-temurun oleh keluarganya namun Ace langsung tidak berminat. Dia lebih selesa menjadi dirinya yang sebenar. Sehinggalah pada suatu hari, satu kejadian yang tidak diingini terjadi dan telah memaksanya untuk mengubah identiti demi keselamatan dan menyelamatkan keadaan. Namun, segalanya bagaikan berantakan apabila dia bertemu dengan Chloe si gadis lucu dari kampung yang bakal menentukan hala tuju misi utamanya nanti.