Kehidupan Elfira Awliya sebagai ibu tunggal kadang-kala mencabar dirinya. Dia ditakdirkan menjadi seorang ibu di usia yang sangat muda lantaran peristiwa hitam pada suatu malam angkara cemburu seseorang terhadapnya. Kerana peristiwa hitam itu, kebahagiaan Elfira telah direbut darinya. Bukan sahaja maruah dirinya, dia turut kehilangan keluarga dan sahabat-sahabatnya. Aidan Adhwa seorang anak yatim piatu. Dirinya hanya menumpang kasih pada nenda dan ibubapa saudaranya. Tetapi dirinya tidak disenangi oleh adik sepupunya pula. Kasih sayangnya hanya dianggap sebagai racun kebencian! Rentetan masa yang berlalu, membuatkan Aidan tidak lagi 'mengemis' kasih seorang adik. Elaika Airis adalah si anak kecil yang ceria, tetapi ternyata mengidap penyakit kronik. Ramai orang yang menyayanginya, namun tidak kurang juga yang membenci dirinya. Kerana 'kewujudan' dirinya bukan dipinta.. 'Syurganya' turut pernah tertutup untuk 'menerimanya'. Tapi kini, dialah segalanya kepada 'syurganya' itu.. Tidak menghakimi masa lalu Elfira, Aidan jatuh cinta padanya tanpa syarat. Hati Elfira yang sudah beku itu berusaha dicairkan oleh Aidan dengan cintanya. Beku hati Elfira bersebab.. Ada benci dan dendam yang berlingkaran di hati! Lalu Elfira menjadikan cinta Aidan sebagai 'kad permainannya'. Berjayakah Elfira 'menggunakan' Aidan untuk membalas dendamnya yang lalu? Ataupun 'permainannya' itu akan menjerat dirinya sendiri? Siapakah Dr. Riya Zahra dan Dr. Elias Zikry dalam kehidupan Elfira Awliya dan Aidan Adhwa? Bolehkah Rafeezal menebus silapnya pada Elfira Awliya dan meraih kembali cintanya dulu? Apakah nilai persahabatan dalam diri Nurashikin apabila dirinya tergamak untuk memilih membenci dari terus menyayangi? Mengapakah Dr. Emil Syauqi cuba menjauhkan Elfira Awliya dan Elaika Airis dari keluarga Puan Sri Dr. Suriati? Dapatkah Ayu Natrah berada di sisi Elfira Awliya dan Nurashikin sebagai seorang sahabat yang baik tanpa perlu memilih salah seorang dari mereka?
60 parts