Bab 2

133 8 0
                                    

Dia menghirup udara segar di Malaysia. Inilah pertama kali dia menjejakkan kakinya setelah 4 tahun menuntut ilmu di negeri orang. Dia melihat keadaan di sekelilingnya. Tak banyak yang berubah. Dia menarik luggagenya dan menuju ke arah keluarganya yang sedia menantinya dari pukul 9 pagi lagi tadi. Dia melihat seorang gadis yang sedang melambai-lambaikan tangannya. Dia membalas lambaian itu. Dia berlari-lari anak menuju ke arah keluarganya dan dengan pantas dia memeluk mamanya dan ayahnya erat lalu disalam dan dikucup tangan mereka berdua. Dia memandang ke arah gadis tadi yang berada di sebelah kanan ibunya dan dia  tersenyum. Gadis itu membalas senyumannya. Dia menghulurkan tangannya ke gadis tersebut. Gadis itu menyambut dan menyalam tangan tersebut.

“Dah besar adik abang sekarang,” katanya.

“Mestilah sudah besar. Sudah berapa tahun abang tinggalkan Negara ni dan tak lihat Wani? Takkan Wani tak besar-besar kot,” Iwani memuncungkan bibirnya.

“Sudah-sudah. Jom kita balik. Abang Iwan mesti letih duduk kat kapal terbang tu berjam-jam. Nanti saja kalau nak gaduh,” mamanya, Puan Khadijah mencelah. Irwan yang baru balik dari UK, anak lelaki keduanya dan Iwani anak perempuannya yang bongsu memang selalu bergaduh jikalau berjumpa. Memang tabiat mereka sejak kecil lagi. Tapi mereka bergaduh, hanya gaduh kecil-kecil aje. Gaduh-gaduh manjalah katakan.

Irwan atau juga dipanggil sebagai Iwan oleh keluarganya itu hanya menurut kerana dia memang benar-benar keletihan.

***

Dia menghempaskan badannya di atas katil empuk miliknya bercadarkan warna coklat dengan aneka ragam bentuk berwarna hijau. Dia memejamkan mata. Akhirnya dia dapat jugak berbaring setelah lama duduk di dalam kapal terbang dan di dalam kereta menuju ke rumah bertingkat dua ini. Dapatlah jugak dia melepaskan lelah stelah lama bertungkus lumus menyelesaikan PhDnya di negeri orang. Tetapi itu hanya sementara kerana selepas ini dia harus bekerja menyara hidupnya. Perjalanan hidupnya masih pajang. Entah bila, dia sendiri pun tidak sedar, dia pun tertidur.

Pada masa yang sama di rumah besar bertingkat dua itu, Wani menghentakkan kakinya. “Abang Iwan ni! Katanya ada souvenir tapi sampai sekarang Wani tunggu dia tak turun-turun pulak. Jangan-jangan dia sudah buat taik mata kot dalam bilik dia tu,” protes Wani tanda tidak puas hati.

Puan Khadijah yang hendak menuju ke dapur terdengar kata-kata anak bongsunya itu. “Sabar jelah. Nanti tengah hari bangunlah abang Wani tu. Kan dia tengah letih sekarang ni. Ha, Wani tak ada homework ke? Tadi Wani protes kat mama yang Wani ada homework  banyak. Baik Wani siapkan daripada menunggu souvenir Iwan. Tak jugak membuang masa.”

Wani mengangguk dengan muka yang masih tidak puas hati. Wani pun masuk ke dalam biliknya untuk melaksanakan apa yang disuruh oleh mamanya.

Irwan terbangun kerana terasa perutnya kosong kelaparan. Dia melihat jam dinding dan tertera pukul 12 tengah hari. ‘Patutlah aku terasa lapar. Memang sudah waktu makan rupanya. Pintar jugak perut aku ni ek,’ katanya di dalam hati. Dia lantas bangun lalu duduk, ingin menghilangkan rasa mengantuknya. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Dia mengerutkan dahinya. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang ini. Lalu dia menggosok-gosok matanya beberapa kali. ‘Ah. Mungkin sebab aku masih mengantuk kot.’ Setelah selesai dia membuka matanya kembali. Masih sama. Lantas dia bangun dan menyelak langsir dan melihat ke luar tingkap. ‘Wush! Terang benderangnya. Panas terik matahari.’ Dia menghalakan pandangannya ke kiri lalu ke kanan lalu ke kiri semula melalui tingkap tersebut. ‘Aku macam kenal pemandangan ini. Tapi…’ Dia masih belum ingat.

Dia melangkah dan keluar dari bilik tersebut yang agak berlainan dengan bilik yang didiaminya selama ini melalui pintu bercat kelabu itu. Dan dengan itu dia terberhenti dari bergerak setelah melihat adiknya, Wani melintas di hadapannya.

Dia menepuk dahinya dengan telapak tangannya lalu tersenyum. Sekarang baru dia teringat. Diakan sudah pulang ke tanah air, ke negerinya Malaysia. ‘Hish, macam mana aku boleh lupa ni.’ Dia menggelengkan-gelengkan kepalanya dengan senyuman yang masih kekal di bibirnya.

“Yang abang tersengih-sengih macam orang gila ni kenapa?” lancar saja soalan itu keluar dari mulut Iwani. Iwani mengerutkan dahinya kehairanan. ‘Abang aku ni kenapa? Macam orang gila lagaknya. Tersenyum-senyum kemudian geleng-geleng. Apalah.’ “Souvenir Wani mana?”

“Souvenir aje dia ingat. Sabar sikit tak boleh ke? Karanglah abang bagi,” Irwan membalas.

“Sabar-sabar. Sabar Wani dah habis. Wani dah tunggu abang Iwan dua jam tau. Penat Wani tunggu!”

“Hish, sabar kejap lagilah. Lepas Zohor nanti abang bagi. Okey?”

Wani mencebik, “Yelah yelah.”

***

Puan Khadijah tersenyum kelegaan apabila melihat anak keduanya itu makan dengan penuh berselera. Empat tahun di negeri orang, sedikit sebanyak membawakan perubahan terhadap diri Irwan secara fisik. Makin sasa dan kacak. Dia bangga mempunyai anak seperti Irwan kerana tidak lelah untuk menuntut ilmu tinggi-tinggi. Ilmu dunia dikejar,dia berharap ilmu akhirat masih kekal di dalam diri Irwan. Walau setinggi dan seluas manapun seseorang itu menuntut ilmu, ilmu agama juga harus seimbang.

“Sudah-sudahlah ditenung si Iwan tu, Jah oi. Nasi awak pun dah nak menangis tu sebab awak tak lagi makan diorang,” En. Yussof menegur isterinya. Dia tahu bahawa isterinya itu merindui Irwan walaupun anaknya itu sekarang sudah berada di hadapannya kini.

Terhenti makanan Irwan. “Lah… Mama ni belum makan lagi ke? Makanlah. Kenapa tengok muka Iwan pulak? Muka Iwan mana ada nasi, tak beri kenyang pun,” ujar Irwan.

“Ada-ada jelah kamu ni, Wan. Yelah. Mama makanlah ni,” Puan Khadijah akur.

“Lepas ni Iwan nak buat apa? Dah nak mula kerja ke?” ayahnya, En. Yussof bertanya.

Irwan menggeleng. “Taklah, ayah. Iwan kena beri peluang untuk berehat selama satu minggu aje. Lepas tu, Iwan kerja lah.”

“Sudah dapat tawaran kerja ke?” En. Yussof bertanya lagi. Irwan mengangguk. “Sebagai apa?”

“Entahlah. Iwan belum buka lagi surat kerja tu. Tapi ada cop dari Kementerian Pendidikan,” beritahu Irwan. Ayahnya hanya mengangguk.

“Abang Iwan, jangan lupa souvenir Wani tau,” Iwani mencelah.

Cinta Cetak RompakWhere stories live. Discover now