Hari yang ditunggu-tunggu tiba. Farewell Party Dr. Rina diadakan di sebuah restoran. Bermula pada tengah hari. Acaranya hanya sederhana sahaja. Tidaklah begitu meriah. Hanya secukupnya. Acara dimulakan dengan ucapan Dr. Rina dan harapan yang beliau berikan kepada anak didik beliau. Dr. Rina yang berada di awal 30-an itu terharu dengan kesungguhan anak muridnya ingin membuatkan acara perpisahan yang terakhir. Usaha mereka menunjukkan betapa mereka sangat menyayangi dirinya.
Lalu acara diteruskan dengan wakil kelas iaitu Harith untuk memberi ucapan. Tanpa membuang masa, lauk pauk yang siap dihidang pun dijamah setelah Harith selesai memberikan ucapan.
“Teacher tahu tak siapa yang ganti teacher? Teacher lelaki ke perempuan?” Azri bertanya.
“Saya tak berapa ingat nama dia. Yang pasti dia tu lelaki,” Dr. Rina menjawab.
“Hensem tak Dr.?” Karmila, salah seorang daripada anak murid Dr. Rina yang turut menghadiri acara itu bertanya.
Dr. Rina mengangkat bahunya. “Saya tak tahu. Saya takpernah jumpa dia since dia tu guru baru.”
“Guru baru ek? Okey ke tak ni dia mengajar…”
“Insya-Allah okey.”
Farewell party pun selesai. Ada sesetengah penuntut yang menghadiri acara itu sudah pun pulang menuju ke rumah masing-masing dan ke destinasi masing-masing dan ada juga yang masih tinggal di restoran tersebut mengambil kesempatan untuk berbual bersama rakan masing-masing.
“Korang nampak Nurin tak?” Amirah bertanya kepada Harith dan Azri. Mereka berdua menggeleng. “Manalah Nurin ni pergi.”
“Kat tandas kot. Tak pun kat luar ke, kat kereta ke,” ujar Azri.***
“Ye Umi? Abah baik-baik sajakan? Nurin balik ye?” ada nada kerisauan di situ.
“Alhamdulillah. Abah kamu sudah stabil sekarang. Demam abah kamu pun dah kebah. Umi telefon ni Cuma nak baritahu kamu ini sahaja. Nurin tak payah lah risau ye. Tak payah balik. Nizam ada sudah kat sini. Nurin focus arah study je ye,” Puan Fatimah mengkhabarkan anaknya.
“Abang Nizam balik? Alhamdulillah. Kalau macam tu, Nurin taklah risau sangat. Baiklah umi, Nurin letak dulu ye. Kirim salam dekat abah dan abang Nizam sekali. Assalamualaikum.” Setelah uminya menjawab salamnya, talian pun dimatikan. Dia mengeluh perlahan. Sekarang dia boleh relax. Dengan adanya abangnya di kampong menemani ibu dan abahnya, dia berasa cukup lega.
“Kat luar kau rupanya Nurin, dari tadi aku cari kau. Jomlah balik,” Amirah tiba-tiba berkata. Dia memandang Amirah lalu Nurin menganggukkan kepalanya, setuju dengan cadangan Amirah. Nurin member kunci kereta kepada Amirah.
“Nah. Awak masuklah kereta dulu. Aku nak ambil beg aku kejap,” dan dengan itu, Nurin memasuki restoran itu semula.
Harith yang sedang melihat Nurin berjalan ke mejanya bertanya, “Nak balik?” Nurin mengangguk. “Hati-hati ye. Pandu cermat jiwa selamat.” Sempat lagi Harith memberi nasihat percuma.
“Yelah. Encik Penasihat,” ujarnya acuh tak acuh sambil mengambil beg tangannya yang berada di atas kerusi yang didudukinya tadi. “Aku pergi dulu. Assalamualaikum.”
Harith menjawab salam tersebut. Dia tersenyum sendiri. Sekarang sudah ada seri diwajah Nurin. Tidak lagi bermuram seperti beberapa hari yang lalu. Mungkin masalah yang dihadapi oleh Nurin sudah selesai. Walaupun Nurin tidak bercerita apa-apa kepadanya tetapi dia tahu Nurin sedang mengalami sesuatu. Apakah hal itu berkaitan dengan keluarganya? Entahlah. Dia sendiri pun tak tahu. Nurin adalah jenis yang perahsia, tidak berapa suka berbagi cerita tentang masalah yang dialaminya. Sebagai sahabat memang Harith ingin tahu tentang masalah itu, ingin meringankan beban sahabatnya itu tetapi sebagai sahabat juga dia tidak dapat memaksa benda itu keluar dari mulut sahabatnya. Kerana kadangkala masalah itu lebih elok jika didiamkan sahaja dan tidak diketahui orang lain.
“Bro, kau ada apa-apa ke dengan Nurin? Aku tengok kau tersenyum aje melihat dia. Kalau katakan care seperti terlebih care lah pulak. Kau suka Amirah tetapi sepertinya kau lebih pentingkan Nurin,” Azri yang dari tadi memerhatikan gelagat Harith meluahkan rasa ingin tahunya.
Harith menghalakan pandangannya kepad Azri yang sekarang ini duduk bertentangan dengannya. “Taklah. Aku tak ada apa-apa. Betul kata kau, aku care. Tapi tak salahkan kalau aku care labih dekat kawan rapat aku sendiri?”
“Memang tak salah. Tapi kalau orang pandang macam kau tu suka kat Nurin tu lah pulak. Care kau tu macam care kepada kekasih. Itu pandangan akulah. “
“Kami kan kawan baik dan kami berkawan sudah lama.”
“Itu ajelah alasan kau. Adake seorang lelaki dan seorang perempuan mengaku mereka itu kawan baik tanpa mempunyai perasaan apa-apa? Bagi aku mustahil tu. Kalau dah kawan lama, sudah tentu dah kenal hati budi masing-masing. Tak kan tak terpikat kot. Hati manusia boleh berubah-ubahlah kawan.”
“Kau tak faham…”
YOU ARE READING
Cinta Cetak Rompak
RomanceCinta Cetak Rompak? Ha... Macam nama dia lah. Cinta orang tu cetak rompak je. Bukan sungguhan. Eh ye ke? Betul ke bukan sungguhan? Mana tahu dalam hati betul-betul cinta tapi tak berani nak mengaku depan-depan. Hey, apa hal ni? Cetak rompak ke tak?