Dengan perasaan waswas Nurin kerap kali melihat ke arah pintu dapur tersebut kerana ditakuti abangnya, Nizam atau kawan abangnya, Irwan memasuki dapur tanpa disedari.
Sebab bila Nurin melintasi bilik tamu tadi, tidak ada tanda-tanda keberadaan abangnya dan sahabatnya itu. Mungkin mereka pergi jalan kot, teka Nurin.
'Kawan abang kamu tengah dalam bilik kosong tu kot sebab dia kan baru sampai dari perjalanan jadi umi sarankan dia bawa berehat dulu. Lepas tu mungkin Nizam nak bawa Iwan jenguk Danish kot,' beritahu uminya.
Nurin hanya mengangguk diam tanpa berkata. Baguslah macam tu, bisik hati Nurin. 'Umi, Nurin masuk bilik kejap. Lepas ni Nurin tolong umi.' Lalu Nurin berlalu dari situ untuk mengganti baju. Sebelum keluar, tudung tidak dilupakan. Memang orang akan fikir buat apa pakai tudung dirumah sendiri? Kebiasaanya Nurin tak pakai, tetapi oleh kehadiran sahabat abangnya, bukan muhrim dan berlainan jantina jadi Nurin memakai tudung untuk menutup aurat. Sopan juga dilihat.
***
Petang menjelma tanpa disedari. Ketukan pintu dari depan kedengaran. Nurin yang tadinya membuka laptop tapi tak tahu nak buat apa dalam biliknya itu keluar untuk membuka pintu rumah. Saat dia tiba diruang tamu dia nampak Nizam dan Iwan duduk tepi tangga. Dia melihat keluar dari jendela berdekatan. Rupanya orang yang mengetuk pintu tadi adalah Harith. Nurin tersenyum melihat kehadiran sahabatnya itu.
Harith bersalaman dengan Nizam, 'Dah lama tak jumpa.'
'A ah. Dah lama,' lalu Harith bersalaman dengan Iwan. Ada riak terperanjat di wajah Harith. 'Dr. Irwan?' Iwan hanya mengangguk. Harith yang masih bingung itu melihat ke arah Nizam seakan-akan meminta penjelasan.
'Kawan abang dulu. Zaman sekolah.'
'Oh,' itu sahaja jawapan Harith. 'Nurin mana?'
'Ada dekat dalam. Masuklah.'
Harith pun naik masuk melalui tangga. Lalu dia menegur Nurin yang berdiri berhampiran dengan jendela itu. 'Assalamu'alaikum.'
'Wa'alaikumussalam. Masuklah. Buatlah macam rumah sendiri. Jangan nak pura-pura pulak,' sebenarnya Harith sering kali datang ke rumah Nurin waktu cuti lagipun mereka sekampung. Harith ni jugak adalah teman sepermainan Nurin sejak kecil jadi mereka memang kenal diri masing-masing dah lama. 'Aku tak tahu pulak kau balik kampong minggu ni,' kata Nurin sambil mempelawa Harith untuk duduk di sofa.
'Ada. Aku mesej kau. Kau tu yang tak tengok phone kau,' bukan Harith tak tahu tabiat Nurin yang selalu menutup telefon bimbitnya.
'Yeke? Tak pulak aku sedar kau mesej aku masa aku cek phone tadi,' kata Nurin. 'Kejap. Kau tunggu sini dulu ek. Aku nak buatkan air.' Nurin berlalu ke dapur.
'Tak perlu susah-susah. Air kosong pun cukup.' Seketika kemudian Nurin keluar dari dapur dengan membawa sebotol air dan dua cawan. Hampeh punya budak, lurus bendul dia beri aku air, celoteh Harith dalam hati. Riak tidak puas hati dipaparkan, 'Aku cakap air kosong, air kosonglah jugak kau bawa ek.'
Nurin tersengih, 'Kau jugak yang nak air kosong so aku beri air kosonglah. Lagipun air kosong sedap apa.' Nurin tahu bahawa Harith hanya bergurau lagipun selama ini Harith datang kerumahnya, Nurin selalu menghidangkannya air kosong.
'Eh. Aku tak tahu pulak Prof tu kawan abang Nizam. Apasal kau tak bagitahu aku?' Harith bertanya.
Nurin memperlahankan suaranya agar tidak kedengaran oleh dua jejaka yang tengah duduk tepi tangga, 'Aku pun tak tahu lah. Aku baru aje tahu bila Dr. Irwan tu datang kat sini beberapa hari lepas. Tidur sini pulak tu.'
Mata Harith membulat. 'Tidur sini buat apa?' Dia juga memperlahankan suaranya.
'Sebab majlis abang Danish.'
'Oh ye. Akak aku baru beritahu aku semalam tentang abang Danish. Kau pergi tak?'
'Hish. Tentulah pergi,' Nurin memandang keluar, 'kereta kau mana?'
'Ada kat rumah. Aku ke sini jalan kaki je. Apalah jauhnya dari rumah aku ke rumah kau. Lima belas minit perjalanan je kalau jalan kaki.'
Nurin hanya mengangkat bahu.
***
Mata Iwan asyik tertuju kepada dua pemuda dan pemudi yang duduk di ruang tamu tersebut. Nampak rancak sahaja perbualan mereka dan nampak rapat sekali. Walaupun dia tidak terdengar apa yang diperbualkan namun matanya asyik menuju ke arah mereka.
'Apa yang kau tengok tu,' teguran sahabatnya itu membuat dirinya memalingkan mukanya ke hadapan kembali.
'Tengah tengok orang kat dalam. Nampak rapat aje mereka berdua tu. Macam ada apa-apa je. Umi dan abah kau ok ke?' Tanya Iwan.
Nizam turut menoleh ke ruang tamu yang berada dibelakangnya itu. Nizam menggeleng sambil tertawa kecil, 'Ok aje. Mereka berdua tu tak ada apalah. Mereka tu memang rapat sejak dari kecik lagi. Lagipun Harith tu sepupu kami.'
YOU ARE READING
Cinta Cetak Rompak
RomanceCinta Cetak Rompak? Ha... Macam nama dia lah. Cinta orang tu cetak rompak je. Bukan sungguhan. Eh ye ke? Betul ke bukan sungguhan? Mana tahu dalam hati betul-betul cinta tapi tak berani nak mengaku depan-depan. Hey, apa hal ni? Cetak rompak ke tak?