“Aku bercadang nak balik hujung minggu ni,” beritahunya. Matanya dihalakan ke arah jalan raya yang terbentang dihadapannya, focus dengan pemanduannya saat ini.
“Balik kampong?” Amirah bertanya. Nurin mengangguk. “Eh,tak apa-apa ke? Exam kan sudah dekat.”
“Insya-Allah aku boleh handle tu semua. Aku nak singgah kedai kejap. Nak beli oleh-oleh buat parents aku.” Amirah mengangguk.
Kereta Mazda 3 berwarna kelabu itu sudah memberi signal lalu membelok ke kiri, memasuki pusat membeli-belah. Kereta-kereta yang berada di kawasan itu berjalan dengan lambatnya memandangkan pusat membeli-belah itu selalu dipenuhi orang apatah lagi di hujung minggu ini. Bermakna susahlah untuknya mencari parking. Tidak sampai beberapa minit, ada kereta ingin keluar dari parkingnya. Alhamdulillah, Allah telah memberinya rezeki berbentuk kemudahan mencari parking. Tanpa membuag masa, Nurin keluar dari keretanya untuk menuju ke pusat membeli-belah ditemani sahabatnya, Amirah.
“Kau nak beli apa?” Amirah bertanya.
Nurin mengangkat bahu. “Entah. Aku sendiri pun tak tahu. apa ajelah. Apa yang ku nampak dan kalau aku berkenan aku belilah. Tapi yang murahlah, sebab duit aku tak bawa banyak hari ini.”
“Kedekutlah kau. Kata nak beli buat mak dan bapak kau, tapi tak nak keluar banyak duit.”
“Harga itu tak penting dalam memberi sesuatu kepada seseorang. Yang penting niat itu ikhlas…”
Setelah tiga puluh minit meronda-ronda tempat tersebut dan sudah mendapatkan beberapa barang yang ingin diberikan kepada kedua ibu bapanya, dia dan Amirah pun memutuskan untuk pulang.
Sedang dia berjalan menuju ke keretanya, Nurin menjawab panggilan dari abangnya melalui telefon. Entah apa silapnya, telefon bimbit yang berada di tangan terjatuh ke lantai. Pada saat dia ingin mengutip telefonnya, telefonnya semakin berada jauh darinya. Dia hairan. Rupanya ada orang menendang telefon kesayangannya itu! Dia melihat ke arah gerangan yang telah membuatkan telefonnya seperti bola untuk di tendang-tendang. Lelaki itu seperti tidak bersalah dan hanya meneruskan perjalanannya tanpa mengutipkan telefon bimbitnya itu. ‘Ceh. Tak gentleman langsung.’ Memikirkan abahnya yang sedang sakit di kampong itu membuatkannya tidak ada mood untuk marah. Dia memerhatikan ke arah lelaki tersebut. Sempatlah juga dia melihat wajah lelaki itu walau sekejap. ‘Tak apa. Hari ini aku baik. Tapi kalau terjadi lagi, sudah ku lesing kau,’ hati Nurin berkata-kata.
***
Riuh-rendah adalah perkataan yang paling tepat sekali untuk menerangkan keadaan dewan kuliahnya saat ini. Macam pasar pun ada. Memang setiap pagi seperti itu tambahan lagi pensyarah baru akan masuk untuk menggantikan Dr. Rina. Ada yang berdebar-debar menunggu, ada yang teruja ingin tahu
dan ada yang tak kisah langsung. Dan contoh orang yang tak kisah tersebut adalah Nurin yang diam di tempat duduknya sibuk membaca novel melayu.Keadaan kelas yang tadinya riuh-rendah reda tiba-tiba. Kehadiran seorang lelaki segak berkemeja biru lembut itu menjadi tanda tanya kepada beberapa orang pelajar. Dan ada yang sudah sibuk meneka bahawa lelaki yang sedang berdiri tegak dihadapan mereka ini adalah pensyarah baru tersebut.
Keadaan yang senyap-sunyi itu berjaya menarik perhatian Nurin. Dia memandang ke sekeliling dengan malas, ingin tahu apa yang sudah terjadi. Dilihatnya kehadapan. ‘Oh… Pensyarah baru dah datang rupanya. Ingat apalah tadi.’Pensyarah baru itu berdehem. “Selamat pagi semua. Saya Dr. Irwan yang akan mengganti pensyarah, er, Dr. Rina. Tolong beri kerjasama. Baiklah. Er, where did you stop from last lesson?” Dr. Irwan bertanya kepada salah seorang mahasiswa yang dekat dengannya dan tanpa membuang masa ia pun memulakan sesi pembelajarannya.
***
“Apa macam?”“Apa macam apa?” soalan dibalas dengan soalan.
“Hish, kau ni. Macam mana, Sir Irwan tu mengajar? Menurut kau okey ke tak?” Azri menerangkan.
“Alhamdulillah, so far aku dapat catch up. Faham jugaklah,” Harith memberikan pendapatnya.
“Oh… eh, buah hati pengarang jantung kau mana? Kenapa belum sampa-sampai lagi ni?” Azri memandang ke sekeliling, mencari kelibat Amirah dan juga Nurin. Harith hanya sekadar menangkat bahu. Tidak tahulah tu maknanya.
Kerusi sedang ditarik kedengaran. Azri memandang. ‘Aik? Dari mana pulak budak berdua ni datang? Macam mana aku tak nampak pulak ni?’ Amirah dan Nurin duduk lalu melepaskan beg yang berada di bahu masing-masing.
“Kau nampak lesulah Nurin. Kau okey ke?” Harith bertanya kerisauan.
Azri yang melihat adegan itu mengangkat keningnya. ‘Kan aku dah cakap, mamat ni terlebih care.’
Nurin merehatkan kedua tangannya di atas meja. Kepalanya ditundukkan. Dia menutup matanya, ingin menghilangkan rasa pening dari kepalanya. “Aku okey,” ringkas sahaja dia menjawab.“Betul ke ni? Kalau tak balik rumah jelah,” melihat keadaan Nurin seperti ini semakin khuatirlah dirinya. Nurin hanya mengangguk memberi kepastian. “Nanti kalau balik, hati-hati bawa kereta.”
YOU ARE READING
Cinta Cetak Rompak
RomanceCinta Cetak Rompak? Ha... Macam nama dia lah. Cinta orang tu cetak rompak je. Bukan sungguhan. Eh ye ke? Betul ke bukan sungguhan? Mana tahu dalam hati betul-betul cinta tapi tak berani nak mengaku depan-depan. Hey, apa hal ni? Cetak rompak ke tak?