Bab 9

95 7 0
                                    

"Adik kau year berapa sekarang?" Irwan bertanya.

Nizam yang pada masa itu menghirup milo sejuk terhenti sambil berfikir. Tangan sebelah diletakkan di atas tulang belakang kerusi yang kosong disebelahnya dan tangan yang satu lagi diletakkan di atas meja. "Hmm. Tahun 3 atau tahun 4. Aku pun kurang pasti."

Irwan hanya menggeleng. Dia memang masak dengan perangai kawan baik dia yang seorang ini. Hai, apa punya abang. Adik seorang pun dia tak ingat, desisnya dalam hati. "Ha, jangan buat perangai macam ni dekat bini kau nanti. Kalau merajuk, baru kau tahu."

Nizam tersengih. Memang tahu dengan perangai yang satu yang baginya sangat susah untuk ditinggalkan. Perangai tidak ambil endah. "Aku buat macam tu kat adik aku aje. Kalau kat ibubapa aku aku ambil perhatian tau." Dia berhenti sekejap, teringat akan abah dan uminya di kampong. "Semasa aku dapat tawaran kerja kat KL ni, aku offer parents aku tinggal dengan aku di sini. Tapi mereka tak nak." Nizam menghela nafas. "Kau okeylah. Kau memang tinggal sini. Tak ada apa yang nak dirisaukan." Tiba-tiba rindu pulak dia apabila teringatkan abah dan uminya di kampong.

"Ada. Siapa cakap takde?" kini giliran Irwan berwajah muram.
Nizam mengangkat dagunya sedikit tanda bertanya apa. Tubuhnya masih disandarkan di kerusi.

"Mak aku nak aku kahwin," ujar Irwan. Nadanya serius seperti tidak teruja langsung akan idea tersebut.

"Pfft," tadinya Nizam tertawa kecil sekarang tertawa besar.

Irwan hanya melihat Nizam dengan mata menyepet. "Aku tak main-main ni bro," katanya serius.

Tetapi Nizam masih juga tertawa. Tangannya di atas perut, ingin meredakan tawanya. "Sorry sorry," Nizam menarik nafas, "just...unexpected. Aku macam pernah dengar scenario ni."

"Aku tak fahamlah dengan mak aku tu. Dikata nak ada menantu, tak jugak. Akak ipar aku ada. Nak dikata nak menimang cucu, tak jugak. Abang aku dah ada dua orang anak,"Irwan hanya menggelengkan kepala beberapa kali. Masih tidak puas fikir lagi kenapa maknya inginkan dia untuk berkahwin.

"Ada hikmahnyalah tu. Kau ikut jelah kemahuan mak kau tu," Nizam memberi saranan.

"Senanglah kau cakap. Masalahnya sekarang aku tak ada awek," terang Irwan.

Mata Nizam membulat. "Takde?" Irwan menggeleng. "Minah kau jumpa kat UK pun takde?"

Irwan menggeleng lagi. "Aku jamin mak aku takkan setuju punya kalau aku ada awek yang bukan berdarah Melayu. So it's out of the question. Tak."

"Hahaha," tawa Nizam, "Tapi kau ni biar betul. Kata popular tapi takkan takde?' Nizam masih musykil dengan status Irwan tetapi Irwan tetap denan gelengannya. Yelah, dekat sekolah dulu popular bahkan dekat Irwan kerja pun Irwan terkenal. Semua mahasiswi kenal...Tiba-tiba Nizam mempunyai satu idea. "Hah. Student kau?"

Sekarang giliran mata Irwan membulat. "Gila kau!" ucapnya. "Anak dara orang tu."

Nizam mengangkat kedua tangannya seperti menyerah. "Suggestion."

"Suggestion gila," ulang Irwan. "Minah UK mak aku tak beri lampu hijau, student aku... heiii," Irwan menggeleng terbayang akan reaksi maknya. "Kau ni tak kerja ke hari ni?"

"Kerja. Tetapi minta keluar kejap. Kononnya nak jumpa adik aku. Hmm. Tapi aku call tak dijawab," Nizam mengeluarkan telefon bimbitnya dan mengecek jika adiknya ada menelfonnya balik. Harapan hampa, tidak ada balasan dari adiknya.

"Oh. Adik kau ambil jurusan apa ek?" Tanya Irwan. Masih ingin mengingati wajah adik kawannya yang bernama Syahirah itu. Irwan memandang wajah Nizam. "Apa? Takkan kau tak tahu adik kau ambil apa."

"Aku tahulah bro. Aku taklah teruk sangat. Dia ambil business," Nizam menjawab. "Kau ajar business jugak kan?" Irwan mengangguk. "Mungkin kau ajar adik aku kot."

Irwan mengangkat bahu. "Tak pastilah pulak. Aku tak ingat muka dia."

"Dia pasti tegur kau. Adik aku kan kenal kau."

"Tak pulak ada."

--------------------------
Salam and hello semua~
Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya dan saya minta maaf kerana saya selalu akhir update.

Jangan lupa tekan tanda bintang dan share ye~ dan komen

Apa anda rasa kelanjutannya?

Cinta Cetak RompakWhere stories live. Discover now