Alhamdulillah. Ijab Kabul sudah pun diucap dan kini majlis akad nikah sudah selesai. Semua tetamu datang nak ambik gambar bersama pasangan mempelai ini.
Nurin mecari umi dan abah, "Umi dan abah dah balik ke bang?" Nurin bertanya kepada Nizam sambil matanya mencari-cari kelibat kedua orang tuanya itu. Nizam mengangkat bahu kemudian turut melihat ke sekeliling.
"Aku Nampak tadi pakcik dan makcik dah pergi," Iwan memberi informasi kepada sahabatnya dan terus kepada Nurin apabila dia terdengar soalan yang dikemukakan oleh Nurin. Matanya bertembung dengan Nurin apabila Nurin menoleh ke arahnya.
"Oh, okey," itu sahaja yang dibalas oleh Nurin kemudian Nurin berlalu dari situ.
Setelah kedatangan tetamu agak reda, kini giliran keluarga pengantin pulak nak bergambar.
"Aku nak bergambar dengan pengapit aku kejap, sinilah," Danish memanggil kedua sahabat karibnya—Nizam dan Iwan—ke sampingnya di atas pelamin.
"Dik, tolong gambarkan," Nizam menyerahkan telefon bimbitnya kepada Nurin dan meminta tolong untuk mrngambil gambar mereka. Nurin walau terpaksa menurut jugak perintah. Pengantin duduk ditengah-tengah di atas kerusi yang disediakan. Nampak berseri dengan pakaian mereka berdua berwarna putih sedondon. Nizam pulak berdiri sebelah Danish dan Iwan berdiri sebelah Sarah.
"Nurin, meh sini. Jom bergambar. Akak nak jugak nak include bridesmaid akak," Sarah pula memanggil setelah Nurin dan jurugambar puas menggambar beberapa pose yang ditayangkan oleh tiga sahabat di atas pelamin tu.
Sarah menarik Nurin untuk berdiri disebelahnya tetapi Iwan tak berganjak dari tempat sebelah Sarah. Dia tak pindah ke sebelah Danish bersama dengan Nizam. Jadi mau tak mau, Nurin berdiri diantara Sarah dan Iwan.
"Boleh cik dan encik baju purple rapat sikit?" Besar membulat mata Nurin apabila mendengar arahan yang dikemukan oleh jurugambar. "I masih nampak ruang kat tengah-tengah tu. Tak cantik."
Iwan menuruti apa yang diperkatakan oleh jurugambar namun Nurin bergerak merapati dirinya dengan kerusi Sarah.
"Okey cantik. Nampak serasi you berdua. Sama-sama padan," kata jurugambar. Usikan yang banyaknya ditujukan kepada mempelai pengantin sekarang juga ditujukan kepada Nurin dan Iwan. Usikan demi usikan. Begitu juga Nizam dengan 'ehem ehem'nya. Tak membantu langsung abangnya itu.
Nurin membulatkan mata. Diri semakin resah. Apalah yang jurugambar merepek ni. Boleh pulak dia cakap macam tu. Takde pun orang bayar dia. Memang jurugambar plus commentor tak bertauliah. Beri komen yang tak berpatutan. Dah boleh potong pembayaran upah dah tu.
'Apalah nanti umi dan abah fikir kalau umi dan abah lihat adegan ni,' bisik hati Nurin. Nurin ingin cepat-cepat sesi penggambaran itu selesai. Apatah lagi berdiri dengan orang yang dia tak selesa. Dah lah lelaki tu dekat-dekat dengannya dan tambahan pulak dengan usikan-usikan yang tiada henti.
Selepas beberapa klik kamera berbunyi akhirnya selesai juga sesi penggambaran bagi kedua mempelai pengantin. Lega rasanya.
Nurin ternampak Haris merangkap sepupunya itu masuk ke ruang tamu. Nurin terus bergegas lalu dari sisi Iwan dan pergi kepada Haris. Perkataan 'escape' kini hanya ada diminda Nurin. Mana tidaknya, kedekatan best friend abangnya itu membuatkan dia tidak selesa.
"Hey. Bukan main rapat aku tengok kau dengan professor kita tu," Haris berkata sebaik sahaja Nurin menghampirinya. Senyum kambing menghiasi wajah lelaki itu.
Nurin menarik nafas dalam lalu menghembuskannya sambil menutup mata seakan menahan api yang membara di dalam dada. "Aku tak nak kau usik aku lah. Sudah cukup tadi. Aku dah penat dengar semua," kata Nurin.
Senyuman bersahaja Haris hilang namun diwajahnya kini diganti dengan muka keliru. Yalah, Haris manalah tahu akan orang kampong yang sibuk dengan usikan yang tak berpatutan. "Aik? Tapi ok apa. Aku nampak kau serasi aje dengan Dr. Irwan. Nampak sama padan. Kau tak nak ke?"
"Hah? Kau jangan merepek lah."
"Hehe. Aku bergurau je," Haris tertawa dengan tidak ikhlas sebab dia nampak bahawa Nurin dah nak naik marah. 'Sebelum dia marah, lebih baik aku cepat tukar topik.' "Kau balik naik apa?" sambil mengiringi Nurin melangkah keluar dari ruang tamu tersebut.
Namun tanpa mereka sedari, dari hujung ruangan tersebut ada sepasang mata melihat kepergian mereka..
YOU ARE READING
Cinta Cetak Rompak
RomanceCinta Cetak Rompak? Ha... Macam nama dia lah. Cinta orang tu cetak rompak je. Bukan sungguhan. Eh ye ke? Betul ke bukan sungguhan? Mana tahu dalam hati betul-betul cinta tapi tak berani nak mengaku depan-depan. Hey, apa hal ni? Cetak rompak ke tak?