Nurin sedang memasukkan beberapa beg bagasi di dalam keretanya apabila dia terlihat abangnya yang baru sahaja sampai di depan rumahnya untuk menjemputnya. Nurin dengan segeranya menyelesaikan tugasan tersebut lalu menutup pintu dan memastikan bahawa setiap jendela juga sudah tertutup rapat. Pada masa itu, hanya Nurin seorang yang tinggal dirumah itu kerana kawan serumahnya kebanyakkannya sudah balik kampong pada hari sebelumnya
Hanya Intan yang menemaninya sehingga hari ini dan sahabatnya yang seorang itu baru sahaja berangkat tadi pagi seawal jam 7 pagi. Setelah puas mengecek semua jendela dan elektrik, Nurin mengunci pintu dan pagar beserta mangganya sekali.Lalu Nurin menyimpan kunci ke dalam beg tangannya dan masuk ke dalan kereta yang sudah dipanaskannya sejak tadi lagi. Setelah memberi signal kepada abangnya, dia membolos keluar dari perkarangan rumah dan mengikuti kereta abangnya dari belakang.
***
Sebenarnya semenjak dari dalam perjalanan lagi Nurin tertanya-tanya akan kawan abangnya itu. Kalau dia tidak silap, kawan Nizam itu ingin ikut bersama balik kampong. Tetapi apa yang dapat dilihatnya ialah tidak ada sesiapa selain Nizam dalam kereta KIA Sorento tersebut. Walaubagaimanapun, Nurin tidak memikirkan akan hal itu kerana kini mindanya sudah dipenuhi dengan perasaan gembira untuk berjumpa kedua orang tuanya.
Setelah menempuhi perjalanan kurang lebih dua jam, akhirnya sampai juga Nurin dan abangnya dikampong tempat lahir mereka.
Encik Sulaiman yang mendengar bunyi kereta dari luar menjenguk keluar melalui pintu yang telah dibuka. Senyum terukir diwajah tatkala melihat anak-anaknya balik kampong dan syukur terhadap Ilahi kerana telah menyampaikan kedua anaknya itu ke rumahnya dengan selamat.
Setelah kereta di letakkan di bawah garaj, Nurin keluar dari perut kereta lalu apabila dilihatnya bahawa abahnya sedang berdiri dipermukaan pintu, dia memeberi salam. "Assalamua'alaikum abah! Umi mana?" Ucapnya kegirangan sambil menuju ke bahagian belakang kereta untuk mengambil beberapa beg yang telah dibawanya.
Encik Sulaiman menjawab salam tersebut. "Tu, ada dekat dapur tu. Tengah memasak."
Nizam yang sampai naik dahulu daripada Nurin bersalaman dengan abahnya. Nurin yang berada di belakang juga turut sama. Setelah masuk, Nurin menuju ke dapur untuk menemui uminya.
Beg yang dipegang diletakkan dahulu di atas meja dapur. Salam diberi kepada umi lalu dipeluk ibunya untuk melepaskan rindunya. Memang dah lama Nurin tidak balik kampong. Rindu.
"Umi masak apa tu?" Tanya Nurin.
"Hm. Masak ini jelah," jawapan yang biasa diberi. Umi ini jenisnya tidak suka nak jawab dia masak apa. Bagaikan kalau ada mata lihatlah sendiri. Tak payah nak tanya bagai.
Nurin lihat jam dinding di dalam dapur itu dan jam menunjukkan sudah pukul sebelas lebih. Nurin meminta diri dahulu untuk ke bilik dengan membawa begnya sekali.
Bilik tidur berdindingkan kayu dimasuki. Kipas angin dibuka. Beg yang dibawanya diletak ke tepi. Memang kalau dikampong terasa panas apatah lagi hanya tinggal sebulan untuk puasa. Panasnya lain daripada yang lain. Bukan macam di bandar ada air-con. Di rumah keluarga Nurin yang sederhana ini hanya memiliki sebuah air-con, itu pun cuma di ruang tamu.
Tidak lama kemudian, Nurin pergi ke ruang tamu dan sepeti biasanya pada jam-jam seperti ini, abah dan uminya berehat di ruang tamu tersebut sambil menonton televisyen. Nurin duduk disofa yang berhampiran.
Setelah melabuhkan punggungnya di atas sofa berwarna biru itu, terus sahaja uminya bertanya, "Nurin berapa lama cuti?"
"InsyaAllah tiga bulan kot." Jawab Nurin.
"Lama jugak tu. Nurin nak buat apa sepanjang cuti?" Uminya bertanya lagi.
Belum sempat dia menjawab, kelihatan abang Nizam keluar dari biliknya sambil membawa sekeping kad. Lalu Nizam duduk disebelah Nurin.
"Entah. Tak tahu nak buat apa. Mungkin kerja kot," Nurin menjawab. Memang belum terfikir olehnya bagaimana hendak mengisi masa lapangnya.
"Apa yang kamu pegang tu Nizam?" Tanya abahnya pula.
"Kad jemputan," kata Nizam sambil membuka kad jemputan berwarna merah jambu tersebut. "Dari kawan Nizam. Danish."
"Oh abang Danish ke?" Tanya Nurin. Nizam hanya mengangguk. "Bila majlis dia?"
"Minggu depan. Hari Ahad," kad jemputan tersebut diserahkan kepada Nurin dan Nurin membaca isi kandungan kad tersebut. Oh! Mempelai wanita adalah kak Sarah. "Nurin nak ikut? Danish jemput."
"Boleh jugak," Nurin menerima pelawaan abangnya. Lagipun memang dia kenal dengan pasangan pengantin tersebut. Danish merupakan sahabat karib abangnya, itu memang dia kenal. Sarah jugak dia kenal. Memang mereka ni saling mengenali tetapi dah lama tidak contact kerana masing-masing sibuk dengan hal lain.
***
Beberapa hari berlalu dan Nurin masih duduk dirumah sambil mempersiapkan CV untuk memohon kerja di beberapa buah kedai atau syarikat yang berhampiran yang sudi menerima dirinya untuk bekerja selama kurang daripada tiga bulan.
Nizam pulak mengambil cuti selama sepuluh hari dan masa-masanya dihabiskan dengan menjenguk sahabatnya yang bakal bergelar pengantin itu.
Bunyi deruman kereta kedengaran dari dalam. Nurin yang tadi sibuk dengan mengemaskini CV tadi terhenti seketika. Ada tetamu ke? Detik hatinya. Dia pasti abangnya masih ada di rumah. Nurin mengambil tudung instant sebagai langkah berjaga-jaga dan pergi keluar biliknya untuk melihat gerangan tetamu tersebut.
Nurin melihat bahawa Nizam sudah pun mempelawa tetamu itu masuk. Tetamu tersebut kebetulan membelakangi Nurin jadi Nurin masih belum tahu siapa tetamu tersebut. Kelihatan tetamu itu membawa beberapa beg. Hairan. Sungguh menghairankan. Siapa agaknya?
Umi keluar dari dapur beserta dengan talam berisi cawan dan minuman. Nurin dengan cepat membantu uminya dan membawa talam ke atas meja ruang tamu. Lalu minuman tersebut dihidangkan.
"Ha, Iwan. aku kenalkan kau. Inilah adik aku, Nurin Syahirah."
YOU ARE READING
Cinta Cetak Rompak
RomanceCinta Cetak Rompak? Ha... Macam nama dia lah. Cinta orang tu cetak rompak je. Bukan sungguhan. Eh ye ke? Betul ke bukan sungguhan? Mana tahu dalam hati betul-betul cinta tapi tak berani nak mengaku depan-depan. Hey, apa hal ni? Cetak rompak ke tak?