'Mana mak ngah dengan pak ngah ek?' Tanya Harith kepada Nurin.
'Oh. Umi dan abah pergi ke pekan kejap. Dalam 5.30 mereka balik kot. Kenapa?' Nurin bertanya kembali setelah minuman air diteguk.
Harith menggeleng. 'Esok kau free? Nak temankan aku pergi ke pekan tak? Mak aku suruh beli sesuatu.'
Nurin mengangkat kening, 'Beli kat pekan? Dekat sini takde ke?'
Harith menggeleng sambil mengangkat bahu tanda dia ikut saja apa yang mak dia nak. 'Mana tahu kau boring duduk kat rumah je.'
'Sorrylah Harith. Esok aku tak dapat sebab aku dah dapat kerja kat sini,' aku menerangkan dengan riak bersalah. Bukannya Nurin tidak mahu menemankan Harith pergi ke pekan tetapi dia akan memulai pekerjaannya esok.
'Weh. Kau dapat kerja kat mana? Apasal tak beritahu aku?'
'Aku baru dapat terima tawaran tadi pagilah. Kerja kat butik. Kau nak ke?' Soal ku, mengusik.
'Alah. Butik?' Harith membuat muka tidak suka dengan bayangan yang baru difikirkannya sebentar tadi, 'Nanti apa gadis-gadis di kampong ni cakap. Mereka fikir aku ni bukan lelaki sejati pulak kalau kerja kat situ. Habis lari jauh jodoh aku. Tak nak ah.'
Nurin tertawa kecil. Tak nak konon. Sedangkan ramai lelaki menceburi bidang feseyen atau mereka pakaian. Lagipun okey jugak kalau lelaki tahu serba sedikit tentang fesyen ni, nanti boleh mereka baju pengantin untuk isteri sebagai hadiah perkahwinan.
***
Pagipagi lagi jantung Nurin bukan main berdegup. Yalah, oleh sebab dia memulai pekerjaannya hari ini walaupun dia tahu boss alias puan punya butik itu baik tapi masih sahaja dia gugup oleh sebab ini adalah pengalaman baru baginya.
Nurin sampai dalam lima belas minit lebih awal daripada waktu dibuka. Butik masih belum dibuka. Nurin menunggu tidak berjauhan dari butik tersebut. Butik ProImaan terletak dua puluh minit perjalanan dari rumahnya yang berdekatan dengan kedai perniagaan yang lainnya. Banyak sungguh kedai kecil disini sehinggakan boleh dianggap sebagai pusat perniagaan kampong. Butik ProImaan berada ditengah-tengah antara butik pakaian pengantin serta kedai jahit. Disebelah kedai pengantin pula ada sebuah restoran makan.
Tidak lama kemudian seorang perempuan muda yang berumur akhir dua puluhan datang mendekati butik ProImaan. Nurin yang tadinya menunggu sambil duduk kini berdiri tegak melihat kehadiran perempuan tersebut. Perempuan itu berhenti di depan pagar butik lalu membuka kunci manga dan kemudian mengangkat pagar tersebut keatas.
'Uh..Assalamu'alaikum akak,' sapa Nurin.
'Wa'alaikumussalam. Kenapa dik?'
'Saya pekerja baru kat sini,' beritahu Nurin dengan nada was-was. Kot kot Puan Boss lupa nak beritahu kat akak ni bahawa Nurin akan bekerja sementara disini.
'Oh ye. Akak baru teringat. Puan ada beritahu semalam. Ha, jemputlah masuk,' akak tersebut mempelawa masuk setelah dia membuka pintu butik.
Nurin mengekori dari belakang melihat akak itu membuka air-con butik yang terletak disebelah kiri tidak jauh dari pintu masuk butik, lalu lampu-lampu butik dibuka memandangkan ketiadaan satu jendela pun disitu membuatkan keadaan butik gelap walaupun waktu di pagi hari.
'You duduk kejap ek. You simpan beg you kat sini,' akak tersebut menunjuk ke arah sebuah kerusi dibelakang meja counter. Nurin menyimpan begnya lalu menunggu akak tersebut.
Butik tersebut taklah sebesar mana. Ianya mempunyai tiga ruangan iaitu satu ruangan besar dan dua ruangan kecil. Salah satu ruangan kecil adalah untuk kegunaan fitting room dan satunya lagi adalah ruangan istirehat. Kedua ruangan kecil ini terletak dihujung butik. Sedangkan ruangan besar adalah di mana Nurin sekarang berada. Baju, kain, seluar dan tudung dipamerkan disini.
Akak yang tadinya menghilang disebalik ruangan rehat menjelma disamping Nurin. 'Nama akak Marni panggil akak kak Mar aje. You?' Soalnya tersenyum.
'Nurin,' hanya satu patah perkataan yang keluar dari mulutnya oleh kerana gugup yang masih menggoncang didada.
'Okey Nurin,' kak Mar mengangguk, lalu melihat sebuah jam dinding yang terletak sebelah kanan meja counter, 'lima minit lagi nak buka butik. Sebelum tu akak beritahu you harga semua barangan yang terjual kat butik ni.' Nurin hanya mampu mengangguk.
Dengan tidak membuang masa, kak Mar memberitahu Nurin harga serta nama barangan yang terjual. Nurin cuba mengingati kesemua harga tersebut namun ternyata sulit baginya jadi hanya beberapa barang sahaja Nurin ingat. Oleh sebab tidak kesemua barangan mempunyai tanda harga dan harga yang hampir sama membuatkannya lebih sulit kepada Nurin. Hendak bertanya kepada kak Mar tetapi dia rasa malu dengan ketidakmampuannya untuk mengingat barang jualan.
'Nanti akak bagi you kunci. Kalau you yang awal datang dulu, you buka butik ye. Pertama sekali, you buka air-con kemudian buka lampu. Meh sini ikut akak,' kak Mar membawa Nurin ke ruangan rehat yang ditutupi dengan tirai berwarna maroon. Di dalam ruangan tersebut mempunyai sebuah komputer berjenama acer. Kak Mar membuka laman sesawang facebook lalu kak Mar memberitahu Nurin untuk selalu update status difacebook setiap hari beberapa minit sebelum bukanya butik. Lalu lagu Islamik diputarkan untuk menghidupkan suasana sunyi di butik itu.
'Jangan lupa you beri resit setiap barang yang customer beli. Contoh resit you boleh liat muka surat sebelumnya,' kak Mar melihatkan sebuah buku resit untuk catatan pembelian. Nurin mengangguk tanda faham.
Tidak lama kemudian sign 'Close' dipintu dibalikkan menjadi 'Open' dan dengan itu butik ProImaan mulai beroperasi.
***
Seusai Nurin sampai rumah dalam pukul lima petang, Harith menyapanya dengan senyuman.
Nurin berkerut dahi, 'Apa kau buat kat sini?'
Harith yang berada didalam rumah Nurin melihat Nurin yang masih berada dibawah tangga. 'Mak aku sedekah bubur kacang.'
Dengan itu Nurin naik tangga dengan perlahan. 'Penat?' Tanya Harith apabila melihat gelagat Nurin naik tangga lambat macam siput itu.Nurin mengangguk. 'Aku haus ni. Tolong ambilkan aku air,' pinta Nurin setelah tiba dipermukaan pintu lalu dia duduk di situ. Harith berlalu dari situ mungkin untuk mengambilkan dirinya air atau mungkin ingin menjauhkan diri darinya agar dia tidak disuruh-suruh tetapi Nurin terdengar Harith berkata, 'Siapa tuan rumah, siapa pembantu ni?'
'Nah,' Harith memberi Nurin sebotol air. Dengan senyuman tanda terima kasih, Nurin meneguk air tersebut.
'Esok majlis abang Danish. Tapi bukannya kau kerja ke?' Harith duduk dihujung permukaan pintu bertentangan dengan dimana Nurin duduk.
'Oh. Aku dah beritahu boss masa hari tu aku ambil petang saja esok. Alhamdulillah dia izinkan,' terang Nurin.
Tiba-tiba suara umi menjengah, 'Abang kamu dan Iwan belum balik lagi ke Nurin?'
Nurin mengangkat bahu. Nurin baru saja balik dari kerja manalah dia tahu jikalau abangnya pergi ke mana. Tetapi memandangkan selipar yang selalu digunakan oleh abangnya tidak ada jadi dia menjawab, 'Belum kot.'
'Aku nampak abang kau tadi kat rumah abang Danish. Dia kan jiran aku,' beritahu Harith. Oh. Kat situ rupanya dia. 'Dengan Dr. Irwan sekali.'
Nurin tidak mengangguk dan tidak juga memberi respon apa-apa kerana mungkin dia tidak ingin tahu akan hal kawan abangnya itu merangkap guru yang mengajar dirinya di universiti.
YOU ARE READING
Cinta Cetak Rompak
RomanceCinta Cetak Rompak? Ha... Macam nama dia lah. Cinta orang tu cetak rompak je. Bukan sungguhan. Eh ye ke? Betul ke bukan sungguhan? Mana tahu dalam hati betul-betul cinta tapi tak berani nak mengaku depan-depan. Hey, apa hal ni? Cetak rompak ke tak?