"Ha, Iwan. aku kenalkan kau. Inilah adik aku, Nurin Syahirah." Nizam berkata.
Irwan yang tadinya asyik melihat sekeliling rumah sahabatnya itu yang lama sudah tidak dikunjungi baru tersedar bahawa Nizam menunjuk ke arah seorang perempuan muda yang anggun bertudung. Tapi oleh kerana wajah perempuan itu agak tersembunyi, dia tidak melihat wajahnya dengan jelas. Tapi 'Nurin Syahirah? Nama macam pernah dengar selalu. Tapi tak pasti pulak kat mana,' bisik hatinya.
Irwan melihat makcik Hasnah iaitu ibu kepada Nizam duduk di atas sofa empuk berwarna biru.
"Nak tinggal sini berapa lama?" Tanya makcik Hasnah sambil tersenyum. Memang sudah lama dia tidak melihat sahabat anaknya yang seorang itu. Ya, dia masih ingat. Kalau dahulu mereka selalu bertiga termasuklah Danish budak yang akan nikah beberapa hari lagi. Irwan atau lebih dikenali dengan Iwan itu dulu sempat tinggal di kampong sini selama beberapa tahun di rumah neneknya. Sedangkan orangtua Iwan berada di bandar. Tetapi ada juga kalanya ibubapa Iwan menjenguknya dan neneknya di kampong. Setelah nenek perempuan satu-satunya Iwan yang masih hidup meninggal dunia, Iwan berpindah semula ke bandar. Manakala rumah peninggalan nenek Iwan terbiar lalu dirobohkan.
Iwan turut tersenyum, "InsyaAllah dalam tiga hari kot. Sebab tak boleh nak cuti lama-lama." Iwan menjelaskan.
Iwan mengembalikan pandangannya ke arah perempuan yang sedang menghidangkannya minuman. Dia masih ingin tahu wajah adik sahabatnya itu.
"Di sini ada satu bilik kosong. Nanti aku tunjukkan kau," beritahu Nizam. Iwan hanya mengangguk kerana dia memang mengetahui tentang bilik tetamu tersebut. "Nurin, ingat lagi tak kawan abang? Inilah kawan abang yang pensyarah tu."
Akhirnya perempuan tersebut menoleh jugak.
***
Sememangnya Nurin malas hendak menoleh. Rasa ingin tahu memang ada tapi rasa tidak puas hati melebihi ingin tahunya. Abangnya selalu membawa rakannya untuk tidur bermalam di rumah mereka. Itu yang dia tidak puas hati. Nurin adalah seorang perempuan dan kehadiran seorang lelaki menginap di rumah mereka menjadikan dirinya tak selesa. 'Ei. Abang ni! Dia fikir rumah ni hotel apa. Di rumah sendiri pun tak bebas,' rungut hati Nurin.
Tapi... suara itu macam familiar. Akhirnya dia menoleh. Betapa terperanjatnya dia apabila melihat gerangan tetamu tersebut.
***
Cawan yang berisi minuman itu tertahan ditangannya sebelum sampai ke bibirnya. Memang dia terperanjat melihat wajah adik sahabatnya itu. 'Inikah Syahirah?' Irwan yakin bahawa perempuan didepannya merangkap Syahirah jugak sama-sama terkejut jelas dari riak wajahnya. Mana tidaknya, Syahirah, nama yang selalu dia gunakan untuknya sekarang lebih dia kenali sebagai Nurin dekat uni.
Irwan menggeleng lalu melihat ke arah sahabatnya yang dari tadi hanya senyum seperti tidak sedar akan reaksi 'terkejut' yang baru sahaja berlaku tadi. Cawan yang terhenti tadi diteruskan perjalanannya dan diminum seteguk. Setelah cawan diletakkan di atas meja kayu tersebut, muka selamba ditarik. "Memang student aku pun," beritahu Irwan.
"Eh. Iye ke?" Tanya Nizam sambil melihat ke arah sahabat dan adiknya yang baru sahaja melabuhkan punggung disebelah ibu mereka.
Nurin dengan lemah mengangguk akan pemberitahuan Irwan atau Dr. Irwan merangkap pensyarah yang telah menggantikan Dr. Rina. Rasa nak cabut lari ada jugak. Yelah. Pensyarah sendiri. Terasa sedikit janggal jika seorang pensyarah mengetahui kehidupan peribadi dirinya. Dia hanya duduk diam sambil menonton televisyen yang sedang menayangkan kartun animasi upin ipin.
Irwan berborak kembali dengan Nizam. Ada saatnya, mata anaknya lari ke arah Nurin yang sedang asyik menonton televisyen itu. Dia memang tak sangka bahawa Nurin itu adik Nizam yang selalu dia kenali sebagai Syahirah dulu. Dia menggelengkan kepala, 'Macam mana aku boleh tak perasan yang dia tu adik Nizam?'
Nurin meminta diri dulu lalu pergi ke biliknya. Walau berada di rumah keluarga sendiri tetapi kehadiran lelaki itu membuatkan dirinya tidak berasa nyaman. Apatah lagi apabila dia sedar yang mata lelaki tersebut seperti selalu memerhatikan dirinya. Erk.
Nurin menyelesaikan CV yang dikemaskinikan yang terhenti tadi. Setelah selesai, Nurin tekan butang print dan dia bersiap untuk pergi ke beberapa buah kedai dan perusahaan berdekatan.
Uminya yang sedar Nurin hendak pergi keluar itu bertanya, "Nak ke mana?"
Nurin pergi mendekati uminya dan menjawab dengan nada yang rendah seakan berbisik, "Nak keluar kejap. Nak apply kerja."
Uminya hanya menangguk menandakan bahawa dia faham kerana dia memang mengetahui akan hajat anaknya yang seorang itu. Setelah Nurin bersalam dengannya, Nurin pergi berlalu dengan cepat.
Nurin bercakap dengan nada rendah dan melangkah pergi dengan laju memandangkan bahawa abang Nizam dan sahabatnya itu masih di ruang tamu.
Irwan baru beberapa minit datang sudah dia rasa tidak selesa. Nurin mengeluh. Bagaimana Nurin hendak menghadapi Irwan 3 hari kedepan ini..?
***
'Alhamdulillah rezeki,' ucap Nurin di dalam hati sebab telah diterima kerja setelah ditemuduga secara spontan di salah sebuah kedai butik berdekatan. Jam kerja serta gaji bagi Nurin amat munasabah jadi dia bersetuju dan menerima kerja tersebut. Dan Nurin akan mula bekerja esok.
Setelah pergi memburu pekerjaan selama lebih daripada satu jam, Nurin kembali ke rumah dengan berbekalkan berita gembira. Apabila tiba di rumah, Nurin ternampak akan kereta mewah kepunyaan Irwan yang juga siap elok parking di bawah garaj.
Dengan seribu pertanyaan diminda, Nurin pergi menjenguk uminya yang berada di dapur. Setelah memberi salam dan mengkhabarkan berita baik tersebut kepada uminya, Nurin melihat ke arah pintu sejenak lalu bercakap kepada uminya dengan nada yang perlahan, "Kawan abang mana?"
YOU ARE READING
Cinta Cetak Rompak
RomanceCinta Cetak Rompak? Ha... Macam nama dia lah. Cinta orang tu cetak rompak je. Bukan sungguhan. Eh ye ke? Betul ke bukan sungguhan? Mana tahu dalam hati betul-betul cinta tapi tak berani nak mengaku depan-depan. Hey, apa hal ni? Cetak rompak ke tak?