Irwan menghempaskan badannya ke atas katil miliknya. Dipejam sekejap matanya, ingin
melepaskan lelah. Tie dileher dilonggarkan. Butang baju kemeja dibahagian tangan dibuka.
Sudah seminggu kini dia bekerja sebaga pensyarah. Memang penat dan lelah terasa
apatah lagi dia mengajar mahasiswa-mahasiswa yang menuntut ditahun akhir. Kelam kabutlah dia. Terkejar sana terkejar sini. Sepatutnya dia mengajar penuntut tahun satu di university tersebut tetapi memandangkan salah seorang guru yang mengajar ditahun empat itu hendak pindah, mengikut suaminya, dia pula yang menjadi mangsa dan ditarik ke tahun empat. Nasib dia sudah diberitahu bahawa dia akan mengajar penuntut tahun empat dengan itu dia dapat bersedia lebih awal sebelum memulakan pengajarannya.
Ketukan dipintu kedengaran menyebabkan matanya yang terpejam rapat itu terbuka.
"Siapa?" tanyanya.
"Iwan, makcik ni," Makcik Bibah memberitahu.
Makcik Bibah adalah pembantu rumah di rumah bertingkat dua itu yang telah berkhidmat sejak Irwan masih kecil lagi.
Irwan bangun dari tempat pembaringannya dan melangkah ke arah pintu biliknya itu. Tombol pintu itu dipulasnya. Seorang wanita tua dalam lingkungan 50-an berdiri dihadapan biliknya menyapa ruang matanya. "Kenapa ye makcik Bibah?" tanyanya lembut. Walaupun makcik Bibah ini adalah pembantu rumah di rumahnya tetapi rasa hormat itu masih ada.
"Puan Khadijah panggil kamu ke bawah untuk makan petang."
Irwan mengangguk. "Baiklah. Beritahu ibu, Iwan nak solat Asar dulu. Lepas tu baru Iwan turun."
Makcik Bibah hanya mengangguk dan kemudian dia turun menuju ke arah majikannya untuk menyampaikan apa yang diberitahu oleh Irwan.
Setelah lebih kurang 10 minit berlalu, Irwan sampai ke halaman taman rumahnya. Di situ sudah ada ibu dan ayahnya duduk di kerusi putih sambil menikmati biskut yang tersedia sekaligus menikmati pemandangan alam semula jadi. Kebetulan kawasan rumahnya itu adalah kawasan yang paling hujung sekali. Irwan mengambil tempat duduk di sebelah ibunya. Di ambilnya biskut chipsmore lalu disuakan ke mulutnya.
"Macam mana kerja?" ayahnya mengutarakan soalan.
"Ok jugaklah. Seronok dapat berkongsi ilmu dengan orang lain. Yang tak bestnya tu kalau diajar tapi tak faham-faham. Kalau terjumpa spesis macam tu memang susah."
"Sabar jelah. Dah tugasnya sebagai seorang guru dan pengajar," ibunya bersuara.
"Abang Iqmal dengan kakak mana ibu, ayah?"
"Masih kat pejabat. Kakak kamu tu sama jugaklah. Dah namanya dia tu skretari suami dia. Ikut samalah. Takkan dia nak balik dulu kot tinggalkan abang kamu kat pejabat tu sorang- sorang," jawab ibunya.
Kakak yang dimaksud adalah akak Azimah iaitu isteri abangnya, Iqmal. Mereka berkahwin sudah dekat lima tahun lebih. Mereka mempunyai dua orang anak iaitu seorang lelaki namanya Khairul Ikhwan berumur 4 tahun dan yang seorang lagi seorang perempuan namanya Kamilah Azizah yang berumur dua tahun, muda dari abangnya. Khairul dan Kamilah sekarang ini sedang dijaga oleh babysitter di bilik atas.
"Iwan ingat tak janji Iwan kat ibu dan ayah sebelum Iwan berangkat ke UK 4 tahun lepas?" Ibunya, Puan Khadijah bertanya. Irwan diam seketika. Berkerut dahinya. Ingin mengingati janji apakah yang dimaksudkan ibunya itu. "Jangan beritahu ibu yang Iwan dah lupa janji Iwan." Setelah ibunya mengeluarkan amaran tersebut dengan sekejap mata dia ingat apa yang pernah dijanjikannya 4 tahun dahulu. "Hish. Ingatlah bu. Takkan lupa kot."
"Habis tu? Dah ada?"
Dia tersenyum nipis, "Insya-Allah ibu. Insya-Allah Iwan akan tunaikan janji itu. Tapi berilah Iwan masa. Iwan belum lagi jumpa siapa-siapa. Kalau jodoh Iwan dah sampai akan Iwan bawa jumpa kat ibu dan ayah nanti." Masakan dia lupa janji 'berani mati' yang pernah dibuatnya dahulu. Itu pun darurat sebab ibunya seakan mengugutnya.Ibunya tidak mahu dia kahwin dimasa umurnya sudah berkepala tiga. Kenapa? Dia sendiri pun tidak tahu. Mungkin ibunya tidak ingin dirinya mempunyai nasib yang sama dengan abangnya yang berkahwin setelah umur 30.
"Ibu tak nak kamu kahwin dengan orang yang ibu tak suka."
"Orang yang ibu tak suka? Maksud ibu?"
"Hish, macam Mizzy tu lah. Dah lah tak cukup kain, terhegeh-hegeh lagi tu. Dah puas ibu nampak dan dah ibu tangkap basah bersama- sama dengan lelaki lain. Amboi, mesranya bukan main. Tapi masih jugak tak tahu malu nak kan kamu. Mizzy tu out of the list. Ibu tak nak. Ibu tak suka."
Mizzy ni adalah sepupunya yang muda satu tahun saja darinya. Dulu, Mak Ngah iaitu adik kepada ibunya serta ibu kepada Mizzy alias Mizah pernah berkata padanya, "Kalau dah tak ada calon, Mizzy pun ada." Jikalau ibunya sudah tidak suka, dia sendiri lagi tidak suka. Walaupun Mizzy itu cantik tetapi in a way dia tidak berapa menyenangi akan tingkah laku sepupunya itu.
"Satu tahun je tau. Kalau setelah satu tahun tu Iwan masih single, ibu sendiri yang akan carikan isteri untuk kamu nanti," beritahu ibunya berbentuk peringatan.
"Ye ye. Ibu tak usah risau, pasti Iwan bawa balik calon menantu untuk ibu dan ayah nanti."
Bunyi telefon bimbit Irwan kedengaran menandakan seseorang menelefonnya. Siapalah agaknya. Irwan mengeluarkan handphonenya dari poket seluar kanan. Setelah melihat nama yang tertera di skrin handphonenya, dia menekan tombol hijau lalu menjwab panggilan tersebut.
"Kau ada terima kad jemputan si Danish tak?" pemanggil di hujung talian bertanya.
"Dapatlah bro. Tak sangka dia dulu yang kahwin dulu daripada kita. Tapi aku tak kenal bakal isteri dia ni. Kau kenal tak?" Irwan bertanya.
Teringatkan kawan rapatnya, Danish ketika berada di ambang sekolah dahulu yang sudah hendak berkahwin pada bulan hadapan.
"Hish. Takkan tak kenal. Kenal le. Sarah, budak perempuan yang selalu cari pasal dengan Danish tu," Nizam memberitahu.
"Sarah Salihin tu ke? Budak Sarah tu? Tak sangka aku mereka ni akan disatukan nanti. Dulu bukan main nak berkelahi sakan sekarang dah nak naik ke jinjang pelamin. Kau datang kat perkahwinan dia ke?"
"Tentulah datang. Majlis bestfriend sendiri, masakan tak datang. Lagipun dia nak buat majlis kat kampong dia. Dekat dengan rumah katkampong aku ni. Kau?"
"Oh. Aku tak tahu lagi lah. Lagipun kau tahulah, kalau sudah namanya pensyarah ni susah sikit nak cari cuti. Holiday pun kami masih bekerja tau. Lagipun aku baru je start kerja takkan nak minta cuti kot. Of course aku nak hadir. I'll trylah. Dapat ambil cuti ke tak."
"Apakata kau tinggal kat rumah aku ni.Lagipun yang tinggal cuma umi aku, abah aku, aku dan adik aku. Masih ada satu bilik kosong untuk tetamu. Itupun kalau kau nak. Aku offer saja. Manalah tahu kalau kau awal datang dapat jugak kita berjumpa dengan Danish dan tolong dia apa- apa ke."
"Betul juga cakap kau tu. Okeylah. Aku ON saja."
YOU ARE READING
Cinta Cetak Rompak
RomanceCinta Cetak Rompak? Ha... Macam nama dia lah. Cinta orang tu cetak rompak je. Bukan sungguhan. Eh ye ke? Betul ke bukan sungguhan? Mana tahu dalam hati betul-betul cinta tapi tak berani nak mengaku depan-depan. Hey, apa hal ni? Cetak rompak ke tak?