Sudah tiga hari Encik Irwan tinggal dirumahnya dan kini professor dia tu dah balik ke kota.
Nurin pergi ke ruang tamu sambil melihat ke kiri dan ke kanan dengan bersahaja. Tangan juga digoyangkan layaknya seperti orang bersenam. Dia melihat cahaya matahari pagi masuk yang menyinari ruang tamu itu.
Nurin menarik nafas dengan dalam dan menghembusnya. Haaah. Lega rasanya.
Lega sebab dah tak ada lelaki asing kat rumah ni. Lega sebab dah tak ada professor dia.
"Amboi! Gembira nampak," Umi keluar dari dapur dengan membawa secawan teh. Nurin hanya tersenyum melihat uminya. Memang senang hatinya. "Kamu tak pergi kerja lagi ke?"
Nurin melihat ke jam dinding. Masih awal lagi. "Belum," Nurin menggelengkan kepala sambil mengambil tempat duduk disebelah uminya. Lengan umi terus dipeluknya setelah umi meletakkan secawan teh itu ke atas meja. Kepalanya dilentokkan ke atas bahu uminya.
"Angin apa nak bermanja dengan umi ni?" Umi melihat wajah anaknya yang satu itu. Tapi dilihatnya anaknya itu senyum sahaja. "Ini pasti ada hajat ni."
"Hisy umi ni! Nak bermanja pun tak boleh ke?" Nadanya ringan, mengusik. Sekali-sekala bermanja tak masalah kan? Yang penting dia happy sekarang ni.
Namun fikirannya melayang ke arah Encik Irwan atau yang biasa dipanggil dengan Iwan.
Dia sedar bahawa perangai Iwan seakan berlainan selama dia tinggal disini. Dan Nurin juga jadi tahu sedikit sebanyak akan perangainya. Rupanya Iwan rajin juga solat, kalau Subuh dia selalu pergi masjid. Iwan juga seorang yang ceria. tidak seperti dalam bilik kuliah, selalu serius. Entah tidak tahu. Jika itu semua tulen atau tidak. Sebab Nurin hanya baru memerhati dalam masa tiga hari. Manalah tahu, kot kot, Iwan tu memang jenis serius tapi demi menjaga hati umi dan abah, dia jadi mesra.
"Nurin," panggilan umi beberapa kali menyedarkan dirinya daripada lamunan, "belum pergi kerja lagi? Dah nak pukul sepuluh."
Nurin terus duduk tegak sambil matanya melihat ke arah jam dinding. Haah. Betullah dah nak pukul sepuluh. "Astaghfirullah al 'azim. Umi, Nurin pergi dulu ya."
"Baiklah," uminya mengangguk tapi wajahnya ada riak bimbang, "hati-hati bawak kereta tu."
"Ye," Nurin menyahuti dari jauh. Dalam hati Nurin mengomel, bagaimana lah dia boleh lalai. Fikir tentang Iwan pulak. Hisy. Nurin menggelengkan kepalanya. Apalah aku ni. Macam tak ada benda lain nak difikirkan.
Tidak lama kemudian, Nurin memandu ke butik.
***
Iwan duduk didepan meja kerjanya di rumahnya. Dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Allah. Lelahnya badannya. Memandu berjam-jam. Terasa letih.
Baru dua jam yang lalu dia menjejakkan kaki ke rumah dan dia masih belum lagi tidur dan berehat. Bukannya dia tak nak, sebab panggilan kerja yang menghalang. Esok Iwan ada meeting dengan professor yang lain. Tetapi tugasannya belum selesai. Dia tak dapat minta cuti lebih oleh sebab dia baru saja beberapa bulan bekerja.
Ketukan pintu kedengaran. Dan dilihatnya mama memasuki biliknya. Mata Iwan yang tertutup sebentar tadi kini ditutupnya kembali.
"Dah makan?" Mama bertanya. Iwan hanya menggelengkan kepalanya. Iwan tidak larat nak bersuara.
"Jom makan kat bawah," pelawa mamanya, "lepas makan, solat. Lepas tu berehat lah." Puan Khadijah melihat anaknya yang nampak sangat kelelahan. Sebenarnya tujuan dia datang ke bilik anak terunanya ini untuk bertanyakan khabar orang kampung. Yalah. Sudah lama dia sekeluarga tidak menjenguk kampung sana. Tetapi saat melihat Iwan, dia membatalkan niatnya itu. "Jom. Mama tunggu." Iwan mengangguk.
Dia mendengar pintu biliknya di tutup. Betapa ingin sangat dia nak melelapkan mata. Tapi kerja tak siap. Aduhai. Memang nasib sebagai orang yang bekerja.
***
Iwan bercerita tentang orang di kampung yang dikenalinya. Mama dan ayahnya asyik mendengar. Terkadang mereka juga berkongsi cerita tentang orang yang mereka cakapkan, mengenang masa lalu.
Suapan demi suapan makanan diteruskan. Menjamah makanan yang siap terhidang didepan mata. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan.
"Keluarga encik Sulaiman sihat?" Ayahnya bertanya.
Iwan mengangguk. "Alhamdulillah sihat. Oh baru ingat, Puan Hasnah ada kirim salam untuk mama dan ayah."
Salam dijawab.
"Kalau tak salah Puan Hasnah ada anak perempuan kan?" Mama Iwan bertanya. Iwan mengangguk. "Mesti sudah besar sekarang kan bang," Puan Hasnah melihat ke arah suaminya.
"Hmm," jawapan suaminya.
"Dah uni pun dah ma. Student Iwan," beritahu Iwan.
"Oh ye? Wah. Tak sangka jadi student Iwan pulak sedangkan mama ingat, semasa Iwan masih remaja lagi selalu bermain dengan...siapa nama dia ni," dahi mamanya berkerut.
"Sya..Nurin Syahirah," tersasul pulak mulut ni nak sebut nama yang selalu digunakan oleh Iwan untuk Nurin.
"Nurin. Ye. Iwankan selalu bermain dengan Nurin dulu," mamanya mengingatkan.
"Taklah. Mana ada Iwan pergi main dengan Nurin. Iwan main dengan abang dia lah," Iwan menafikan apa yang telah diperkatakan oleh mamanya.
Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali. Adakah patut, lelaki macho macam dia ni nak bermain dengan budak kecik? Iwan menggeleng lagi.
YOU ARE READING
Cinta Cetak Rompak
RomanceCinta Cetak Rompak? Ha... Macam nama dia lah. Cinta orang tu cetak rompak je. Bukan sungguhan. Eh ye ke? Betul ke bukan sungguhan? Mana tahu dalam hati betul-betul cinta tapi tak berani nak mengaku depan-depan. Hey, apa hal ni? Cetak rompak ke tak?