Sesudah sampai di dalam rumah sewa, Nurin menghidupkan kembali telefon bimbitnya. Inilah caranya untuk menjimatkan bateri telefon bimbitnya. Telefon bimbitnya masih modal lama. Jikalau kawannya lain mempunyai telefon canggih yang hanya menggunakan touchscreen tetapi dia masih menggunakan telefon yang ada keypad. Nurin hanya mampu mengalah. Selagi telefon bimbit ini masih dapat digunakan, dia akan guna.
Dia mengecek telefonnya bahawa abangnya ada menelefonnya beberapa kali. Lalu Nurin call abangnya kembali.
"Assalamu'alaikum. Kenapa abang call Nurin?" Tanyanya sebaik sahaja abangnya menjawab panggilannya.
"Abang nak jumpa tadi dekat uni tadi tapi abang call kenapa tak jawab?" Tanya abangnya pula.
"Alaa. Abang ni. Macam tak tahu handphone Nurin ni macam mana. Nurin tutup tadilah. Bateri kan dah lebam." Nurin mengingati abangnya tentang keadaan telefon bimbitnya.
"Tulah. Abang cakap beli handphone baru tapi tak nak."
"Taknaklah. Bukannya abang yang belikan pun."
"Tahu tak pe."
"Ei. Tamaknye. Jadi abang nak jumpa Nurin kat mana ni? Nurin dah balik rumah dah. Lama ke abang tunggu tadi?"
"Lama jugaklah. Sebabtulah abang jumpa kawan abang dulu. Kawan abang pensyarah sana jugak."
"Oh. Ha, abang nak jumpa kenapa?"
***
Setelah panggilan telefon dimatikan, Nizam menyimpan handphonenya di dalam poket seluar.
"Adik kau ke?" Irwan bertanya.
Nizam mengangguk. "Ye. Adik aku yang telefon. Hai," Nizam mengeluh, "patutlah dia tak jawab tadi sebab dia off handphone dia."
Irwan mengerutkan dahinya. "La, kenapa dia tututp pulak?"
"Bateri dia kejap habis. Handphone dia bermasalah." Nizam memang pernah menyuruh adiknya Nurin untuk membeli telefon bimbit baru tetapi adiknya berkeras untuk belum membeli dahulu. Ingin mengumpul duit dulu katanya. Entah tak tahulah dia kumpul duit untuk apa. Telefon bimbit yang digunakan oleh Nurin sebenarnya adalah bekas telefon Nizam yang dahulu. Lalu diserahkannya kepada Nurin sebagai hadiah. Pada masa itu, telefon bimbit tersebut masih baik lagi. Memang patut pun telefon itu rosak. Telefon tua.
Nizam melihat jam tangan dipergelangan tangannya. "Aku gerak dululah. Nak jumpa adik aku."
***
Setelah sampai di depan perkarangan rumah sewa Nurin, Nizam menelefon adiknya untuk memberitahu bahawa dia sudah sampai. Setelah dimissed call, dia menunggu untuk adiknya turun.
Selang beberapa minit kemudian, Nurin keluar dengan memakai baju t-shirt lengan panjang berwarna biru dengan tudung instant. Nizam keluar dari perut kereta tetapi enjin kereta belum dimatikan.
"Nurin balik pukul berapa?" Nizam bertanya setelah bersalaman dengan Nurin. Mereka hanya bercakap diluar rumah. Bukan kerana Nurin tidak menjemput abangnya masuk tetapi juga kerana ditakuti kawan serumah Nurin ada di dalam. Walaupun mereka tak ada, Nizam dan Nurin masih tetap akan berbincang di luar.
"InsyaAllah dalam pukul 9 pagi kot. Kenapa? Abang nak join sekali ke?" Tanya Nurin pula. Setelah sekian lama merancang untuk balik kampong tetapi selali tertunda oleh assignment dan segala macam yang perlu diuruskan, akhirnya hajatnya akan tercapai untuk pulang ke rumah orang tua jua.
"A ah. Ingat nak convoy sekali. Nanti abang singgah sinilah lepas tu kita jalan sama-sama. Okey?" abang Nurin memberi cadangan.
Nurin hanya mengangguk tanda setuju.
"Nurin masih ingat tak kawan abang dulu? Iwan nama dia." Nurin mengerutkan dahinya. Iwan? Macam pernah dengar... Nurin menggeleng, "Tak ingatlah. Kenapa dengan kawan abang tu?"
Wajah Nizam kelihatan agak sedikit kecewa. Mungkin kerana Nurin tidak ingat akan sahabatnya yang seorang itu. "Iwan tu sekarang pensyarah kat university dan dia ajar subjek business jugak," beritahu Nizam.
"Oh, yeke?" Nurin tak pulak kenal sesiapa pensyarah di universitinya dengan nama itu. "Tak pernah dengar." Nurin kembali menggelengkan kepalanya. Memang betul, dia tidak ingat langsung akan sahabat abangnya itu.
"Alaa. Kawan abang dulu yang selalu main dekat rumah kita kat kampong dulu," Nizam masih juga mencuba untuk mengingati adiknya, "Dia panggil Nurin dengan Syahirah."
Tiba-tiba Nurin teringat. Tapi taklah ingat sangat. Nurin mula mengangguk dengan perlahan, "Nurin ingat ada orang panggil Nurin, Syahirah. Tapi tak ingat sangat muka dia. Kan dah lama. Masa tu Nurin kecik lagi."
"Takpelah. Nanti abang kenalkan balik buat kali yang kedua. Mungkin dia akan ikt balik kampong kot dengan kita."
YOU ARE READING
Cinta Cetak Rompak
عاطفيةCinta Cetak Rompak? Ha... Macam nama dia lah. Cinta orang tu cetak rompak je. Bukan sungguhan. Eh ye ke? Betul ke bukan sungguhan? Mana tahu dalam hati betul-betul cinta tapi tak berani nak mengaku depan-depan. Hey, apa hal ni? Cetak rompak ke tak?