“Abang balik kampongkan this coming public holiday?”
“Ye. Kenapa? Nurin nak ikut abang ke?”
“Nurin nak ikut abang Nizam sebenarnya. Rindu dengan umi dan abah. Tapi Nurin ada assignment. Lecturer tu beri last minute. Mentang-mentanglah public holiday hari Sabtu, esoknya Ahad dan sebelumnya Jumaat. Pandai pulak dia nak ambil peluang keemasan,” Nurin menerangkan kepada abangnya. “Ni, Nurin nak abang sampaikan benda-benda ni semua kat umi dan abah. Dengan salam sayang dan salam rindu sekali ek.” Nurin menyerahkan beberapa kotak plastic kepada abangnya.
Kotak plastic berwarna putih itu pun bertukar tangan. Mereka berbual di luar rumah sewa Nurin. Nak dijemput masuk, susah juga sebab penghuni rumah tersebut semuanya perempuan. Walaupan abang Nizam ini adalah abangnya tetapi tetap juga tidak manis dipandang orang jika abangnya ini dijemput masuk. Tanpa berlama-lama di situ, abangnya memutuskan untuk balik ke rumah sewanya sendiri.
“Abang kau dah balik ke?” satu suara menyapa telinga Nurin. Dia memusingkan badannya untuk melihat gerangan empunya suara itu. Memang sudah dijangka, pemilik suara itu adalah Amirah.
Nurin mengangguk, “Sudah. Baru aje keluar pagar beberapa minit yang lalu.” Dengan pandangan yang terakhir sekali lagi Nurin melihat ke arah pagar perkarangan rumah sewanya dan sambil mengeluh dia masuk ke rumah sewanya.
***
“Assalamualikum. Umi… Abah…” Nizam memberi salam. Apabila salam tidak disahut, dia terus menanggalkan kasutnya lalu masuk ke rumah kayu bertingkat satu itu. Dicarinya kelibat kedua-dua ibu bapanya itu. “Umi… Abah…” Dia memanggil lagi sekali. Sepi seketika. Tetapi masih juga hampa. Panggilannya tidak disahut. Dia mulai risau. ‘Ke manalah lagi umi dan abah ni?’ Dia meletakkan beg yang disandangnya di atas sofa empuk berwarna kuning bercorak bunga berwarna biru. Dia terus menghalakan kakinya ke depan pintu bilik umi dan abahnya. Diketuk pintu kayu itu. “Umi, abah… Nizam dah balik ni.” Dilekapkan telinga kirinya ke arah permukaan pintu. Tapi dia langsung tidak terdengar apa-apa bunyi. Dipulasnya tombol pintu tersebut. Dan dengan mudahnya pintu tersebut terkuak. Tak berkunci. Dilihatnya tidak ada kelibat kedua orang tuanya itu.
Ditutup kembali pintu tersebut dengan perlahan. Lalu dia menuju ke ruang dapur. Masih juga dia tidak melihat kelibat uminya mahupun abahnya. Panik mulai menguasai diri. Habis satu per satu bilik dan ruangan yang ada di rumah kayu itu diperiksanya. Namun masih tidak ada kelibat yang dua insan yang dicarinya itu kelihatan!
Dia menuruni anak tangga keluar rumah. Dia bercadang untuk mencari mereka menggunakan keretanya kalau perlu mengelilingi kampong ini. Tapi sebaik sahaja dia hendak memboloskan dirinya ke dalam kereta, seseorang menegurnya membuatkan perbuatannya ingin masuk ke dalam kereta itu terhenti.
“Oh… Kamu rupanya Zam. Umi ingat tetamu siapalah yang datang ni.”
Nizam cepat-cepat menghalakan pandangannya ke arah uminya yang sedang berjalan menuju kepada dirinya. Setelah uminya itu benar-benar berhampiran dengannya, didakapnya tubuh uminya erat. Hampir sahaja air mata lelakinya ingin menitis tetapi berjaya ditahannya.
Uminya yang tidak tahu gejolak perasaan anak lelakinya itu hanya menepuk-nepuk belakang badan Nizam dengan lembut berulangkali.
“Umi ke mana tadi? Nizam cari ke mana-mana tau. Risau Nizam,” Nizam berkata setelah meleraikan pelukan diantara dirinya dan uminya.
“Umi tak ke mana-mana. Umi kat stor tu je. Membersihkan sekali-sekala. Takut ada bagakai tikus ke, lipas ke. Lagipun umi tak ada kerja nak dibuat. Daripada buang masa, baik umi buat sesuatu yag berfaedah.”
Nizam menepuk dahinya. ‘Aduh. Macam mana aku boleh lupa tentang stor yang ada dekat bawah rumah ni?’ Nizam menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali. Lalu dia tersenyum lega. Melihat uminya berada dihadappan matanya kini sudah cukup. Dia bersyukur kerana benda yang dibayangkannya tadi tidak benar-benar berlaku. “Abah mana?”
“Tu ada dekat dalam stor tu. Dengar macam ada orang saja yang datang sebab tulah abah kamu suruh umi lihat ada orang datang ke tak.”
“Oh. Sudah selesai membersihkan ke?”
“Kejap lagi siaplah tu. Tinggal simpan periuk belanga kat rak tu je,” beritahu uminya.
“Siapa Nah?” Encik Sulaiman,abahnya berkata sambil menuju ke tempat isterinya, Hasnah itu berada.
Dilihatnya isterinya itu sedang bersama-sama dengan seorang pemuda. Dia tidak berapa nampak disebabkan kilauan cahaya matahari.
Puan Hasnah menoleh lalu memusingkan badannya, “Nizam rupanya bang.”
“Oh. Zam rupanya. Abah ingat siapa tadi.” Apabila abahnya sudah berdiri berhampiran dengan uminya, dia menghulurkan tangan untuk menyalam tangan abahnya. Lantas abahnya membuka sarung tangan berwarna kuning yang sudah kotor itu lalu menyambut tangan anaknya. Nizam mengucup tangan abahnya. “Balik seorang je ke? Nurin mana?” tanya abahnya.
“Nurin sibuk. Nurin ada tugasan yang perlu diselesaikan hujung bulan ni. Dia kata pensyarah beri dia tugasan last minute,” Nizam memaklumkan umi dan abahnya. “Insya-Allah Nurin akan balik cuti semester kali ini.”
Encik Sulaiman hanya mengangguk. Faham benar akan hal anak perempuannya yang seorang itu. Biasalah, anak perempuannya itu sekarang mununtut ditahun akhir. Jadi memang wajar jika anaknya itu sibuk memanjang.
“Apalagi? Matahari pun dah tegak ni. Pasti Nizam penat memandu, nak rehat. Masuklah,” ujar Puan Hasnah.
Setelah menjejakkan kaki ke ruang tamu itu, Nizam mengambil dua kotak plastik berwarna ungu yang diletakkannya di atas sofa berwarna kuning itu.Diberikannya kotak plastik tersebut kepada umi dan abahnya. Wajah kedua insan itu berubah menandakan tidak mengerti apa dan kenapa benda itu diberikan kepada mereka. Sebelum sempat umi atau abahnya bertanya, dia sendiri menerangkan, “Itu Nurin yang bagi. Dia kata sebagai wakil dan ganti sebab ketidakhadirannya pada cuti hari ini.”
Lantas bibir Puan Hasnah tersenyum. Lalu menyelongkar isi yang berada di dalam kotak tersebut. Begitu juga dengan abahnya. “Susah-susah aje anak sorang ni,” senyuman uminya semakin melebar. Dikeluarkannya telekong putih bersih yang terukir corak berbentuk bunga di hujung telekong dan kain telekong tersebut dari kotak plastik. Puan Hasnah melihat suaminya mengeluarkan baju putih panjang yang bentuknya seakan jubah serta topi haji yang berwarna hitam, kelabu dan putih bertaris. ‘Baru minggu lepas complain pasal telekong aku tu kusamlah apalah. Baru minggu lepas juga dia complain pasal baju untuk abahnya sembahyang Jumaat tu dah lama. Minggu ni pula dia beri kami barang ni semua. Alahai… Nurin… Nurin…’
YOU ARE READING
Cinta Cetak Rompak
RomanceCinta Cetak Rompak? Ha... Macam nama dia lah. Cinta orang tu cetak rompak je. Bukan sungguhan. Eh ye ke? Betul ke bukan sungguhan? Mana tahu dalam hati betul-betul cinta tapi tak berani nak mengaku depan-depan. Hey, apa hal ni? Cetak rompak ke tak?