Nurin dan Amirah baru sahaja keluar dari perpustakaan university mereka setelah selesai membuat beberapa pekerjaan yang perlu diselesaikan. Buku di tangan dipegang. Nurin dan Amirah berjalan ke arah pintu keluar. Setelah keluar, Amirah memulakan pembicaraan, "Kau planning nak ke mana-mana tak? Yelah, kan 2 minggu lagi cuti semester."
Nurin tersenyum. "Oh. Tak. Aku tak ke mana-mana. Hanya ada satu tempat saje yang aku nak pergi iaitu rumah aku. Dah lama tau aku tak balik-balik kampong. Abang aku pun dah membebel suruh aku balik. Lagipun aku tak nak umi dan abah aku risau. Yalah, aku dan abang aku pun jarang nak jumpa. Abang aku tu nak sibuk je memanjang sampai dah tak ada masa nak jenguk aku. Kau pulak?"
"Aku dah ada plan dengan family aku masa hari tu nak pergi ke Singapore tapi tak tahu lah pulak confirm ke tak." Nurin hanya mengangguk sambil tersenyum girang. "Haii... Yang kau tersenyum menonggeng dari tadi ni kenapa?" Amirah bertanya.
"Hmm? Ketara ke?" Nurin bertanya pula dengan senyuman lebar masih melekat di bibir.
"Yelah. Ketara sangat. Dah kau senyum lebar nak sampai ke telinga pun ada. Nasib mulut kau tu tak koyak. Nanti kalau dah koyak, dah tak boleh senyum lagi dah." Hairan juga Amirah, kenapalah sahabatnya yang seorang ini asyik senyum memanjang. Ada hal-hal yang menggembirakan ke? Dari tadi asyik menyanyi lagu 'Balik kampong' macam nak raya je rasanya.
"Heheh. Aku bukannya apa. Saje, tak sabar nak balik kampong ni. Dah lama dah aku menapak kat sini ni. Nak balik, Dr. Irwan ni bagi assignment last minute. Tak pandai ambil masa yang betullah. Untung aku dah siapkan kerja aku. Sekarang aku dah boleh balik. Aku rindu parents aku sangat-sangat."
"Yelah yelah. Ape-ape jelah kawan. Asalkan kau bahagia," Amirah menggeleng melihat gelagat kawannya yang seorang itu.
Nurin dan Amirah berjalan menuju ke arah kereta Mazda 3 kepunyaan Nurin untuk pulang ke rumah sewa mereka. "Eh, eh. Bukannya orang tu abang awak ke?"
Nurin menoleh ke arah yang dimaksud. "Abang aku? Abang Nizam ke?"
Amirah mengangguk. "Yelah. Siapa lagi?"
"Aku taulah aku hanya ada satu abang. Tapi di mana dia? Aku tak nampak pun," Nurin melihat-lihat kawasan sekeliling, "kau pasti itu abang aku?"
"Entahlah. Macam ye jugak. Tapi... entahlah. Aku salah lihat mungkin."
"Maybe," Nurin mengangguk perlahan. "cepatlah naik. Aku dah tak sabar dah ni."
***
"Sir?"
"Yes?" Irwan menoleh. "Eh, kau? Kau buat apa kat sini?" buku di tangan di tutup. Kaca mata yang dipakai juga dilepaskan.
"Aku nak tengok adik aku." beritahu Nizam.
"Eh? Adik kau study kat sini ke?" tanya Irwan sambil cuba mengingati muka adik perempuan kawannya itu.
"A'hah. Aku dah pergi kat class dia tadi tapi dia tak adalah pulak. Aku call pun dia tak jawab. Ada benda yang aku nak cakapkan dengan dia. Tapi since dia tak de, tak apalah."
"Siapa nama adik kau tu eh? Aku lupalah. Mesti dah besar panjang sekarang kan?" Irwan masih cuba mengingati wajah yang elah lama tidak dijumpa itu dahulu. "Irah ke? Sya..."
"Syahirah. Kau saja seorang yang panggil adik aku tu dengan nama Syahirah tau. Panggil first name dia tak boleh ke?"
"Syahirah. Hampir saja aku lupa. Bukannya tak boleh. Bagi aku nama Syahirah tu manis kalau disebut."
"Hah? Dapat dirasa ke?"
"Loyar buruk kau ek?"
Nizam tersengih. "Wah... dah jadi Professor sekarang kau. Seronoknye.."
Irwan hanya tersenyum sambil tangannya dengan pantas mengemaskan segla kertas dan buku yang berselerakan di atas mejanya. "Eh, kau mana tahu di sini staffroom aku?"
"Aku tahulah. Kan ini bekas unversiti aku jugak. Dah singgah sini, aku jumpa Professor yang pernah ajar aku dulu. Aku tanya some students yang cross path with me. Wow bro. Terkenal jugak kau, walaupun dah jadi Professor. Masih jadi perbualan orang ramai. Aku teringat pulak zaman kita sekolah
menengah dulu."
"Tengok empunya namalah. Haha. Jomlah. Kita berbual kat kafe seberang jalan tu. Kebetulan aku tak ada kelas petang ni. My treat today."
YOU ARE READING
Cinta Cetak Rompak
RomanceCinta Cetak Rompak? Ha... Macam nama dia lah. Cinta orang tu cetak rompak je. Bukan sungguhan. Eh ye ke? Betul ke bukan sungguhan? Mana tahu dalam hati betul-betul cinta tapi tak berani nak mengaku depan-depan. Hey, apa hal ni? Cetak rompak ke tak?