'NURIN !' Nizam memanggil.
'Ye. Kejap,' sahut Nurin. Sebelum keluar dari bilik, Nurin melihat buat terakhir kalinya ke arah cermin. Okey. Tudung shawl hitam nampak okey, baju kurung ungu pun tiptop. Nurin keluar setelah mengambil purse yang diletakkannya atas meja tadi.
'Nurin ni jadi ikut ke tak? Dah lewat dah ni,' Nizam mulai membebel. Abangnya, Nizam ingin membawa kereta ke rumah pengantin. Walaupun rumah pengantin tu taklah jauh mana. Nurin sendiri pun tak tahu apa angin abangnya nak bawak kereta. Mungkin sebab cuaca panas kot. Nurin apalagi, mengambil kesempatan nak tumpang sekakilah.
'Ye ye. Dah siap dah ni,' Nurin menjawab. Sebaik sahaja keluar dari biliknya dilihatnya Nizam memakai baju Cara Melayu berwarna ungu lengkap dengan berkain samping dan bersongkok. Nampak segak. Tapi hilang segak kalau muka dah macam singa lapar.
'Lambat,' sempat sahaja Nizam membebel.
Nurin pun ikut membebel tapi dalam hati saja. Dia tak nak kacau mood dia yang tengah baik ni, mood dia yang semangat dan teruja nak tengok orang bernikah. Lelaki senang saja kalau bab baju ni. Mereka tahu pakai saja, ambil yang ini dan ambil yang itu kemudian siap. Dan semua nampak okey je. Kalau perempuan, perlu kena match warna tudung dengan warna baju. Baju sesuai tak dengan skirt atau seluar. Kalau perempuan memang banyak nak difikirkan dan kebiasaannya kaum hawa ni berfikir tentang pakaian seminggu atau sehari sebelum acara. Betul tak? Itu belum lagi perempuan yang nak pakai make-up bagai. Nasib baik Nurin tak pakai kalau tak, makin kuatlah bebelan abangnya yang seorang itu.
'Cepatlah. Iwan dah tunggu kat kereta,' ucap abang Nizam lagi. Nurin hanya mengangguk. Baru dia teringat akan kawan abangnya itu. Patutlah dia tak nampak rupanya dah siap menunggu dalam kereta.
---
Sejam lagi majlis akad nikah akan dimulai. Nurin pergi ke rumah Sarah sementara abangnya dan Iwan pergi ke rumah abang Danish.
Pintu bilik Sarah diketuk lalu dibuka. Nurin memberi salam lalu masuk. Sarah yang pada masa tu tengah di make-up kan menjemputnya masuk. Hanya ada Sarah dan seorang make-up artist tu je dalam bilik. 'Eh, maid of honor akak dah sampai. Masuklah. Akak dah nak siap dah ni, touch up lagi.' Setelah selesai, make-up artist tu keluar.
Ya. Nurin adalah bridesmaid Sarah. Beberapa hari yang lalu Sarah ada contact Nurin tentang hal ini. Dia meminta tolong supaya Nurin dapat menggantikan rakannya yang sepatutnya menjadi bridesmaid dia. Sebab kawan dia tak pulak dapat nak datang kerana kawan dia terpaksa pergi outstation atas urusan kerja pada hari pernikahan nanti. Nurin dengan senang hati sudi menolong Sarah. Lagipun mereka dulu rapat tetapi oleh sebab hal-hal yang tertentu mereka terputus contact.
'Cantiknya akak,' Nurin memuji melihat Sarah. Memang benarlah apa orang kata. Orang nak kahwin ni nampak serinya.
Sarah tersenyum. 'Akak nervous. Debar-debar jantung ni,' Sarah meletakkan tangan ke atas dadanya. Degupan jantung laju sangat mengalahkan kereta ferrari.
'Sejam lagi insyaAllah,' sebenarnya Nurin pun terasa nervous mungkin sebab excited kot? Dia bahagia melihat Sarah bahagia.
'Nurin datang dengan siapa?' Tanya Sarah.
'Seorang je. Tadi abang yang hantar tapi abang kat rumah bakal suami akak.'
'Mestilah Nizam kat sana. Dah namanya BFF. Dengan Iwan jugak?'
Nurin hanya ketawa. Yelah tu. Best friend forever. 'Yep. Dengan...Iwan,' kekok rasanya untuk Nurin menyebut Iwan. Dia tak tahu nak panggil Iwan tu apa. Dah namanya professor dia. Tak biasa dia nak panggil dengan panggilan lain. 'Anyway, congrats ye kak. Alhamdulillah. Berjodoh juga akak dengan abang Danish tu.' Nurin tersenyum mengusik.
'Alhamdulillah. Akak pun tak sangka jodoh akak dengan abang Danish. Dulu masa zaman budak-budak lagi bukan main bergaduh bagai. Pejam celik dah nak kahwin pulak. Pelik.' Sarah teringat akan zaman dulu dimana dia selalu bergaduh dengan Danish. Dia juga teringat Nurin dan jirannya yang lain selalu mengusiknya bahawa orang yang selalu bergaduh ni nanti kahwin. Tak sangka pulak betul. Dalam lebih kurang satu jam lagi dia akan disatukan dengan ikatan yang sah dengan lelaki yang pernah jadi musuhnya dulu dan sekarang tunangan yang dicintai.
'Takde yang pelik lah kak. Kalau Allah sudah atur, jodoh tu takkan lari ke mana punya.' Nurin melihat jam ditangan. Sedar tak sedar tinggal setengah jam saja lagi. '30 minit lagi. Jangan nervous sangat ye kak. Bawa bertenang. Bawa exercise nafas. Nurin nak turun dulu, nak tolong apa yang patut.'
'Yelah,' Sarah mengangguk sambil tersenyum untuk meredakan detak jantung didada.
YOU ARE READING
Cinta Cetak Rompak
RomanceCinta Cetak Rompak? Ha... Macam nama dia lah. Cinta orang tu cetak rompak je. Bukan sungguhan. Eh ye ke? Betul ke bukan sungguhan? Mana tahu dalam hati betul-betul cinta tapi tak berani nak mengaku depan-depan. Hey, apa hal ni? Cetak rompak ke tak?