29

644 33 6
                                    

Hari berganti hari, keadaan kembali tenang tanpa sebarang gangguan. Namun Rayyan tetap berjaga-jaga menghadapp kemungkinan. Dia pasti yang Adrian tidak akan berdiam diri sahaja.

Zara sudah selamat discaj daripada hospital. Sebagai langkah berjaga-jaga, Zaira dan Zara ditempatkan di rumah Puan Raudhah atas nasihat Puan Raudhah dan Nek Tijah juga. Boleh jadi Adrian akan menyerang mereka pula kalau Zaira terus menetap dirumahnya.

Tentang Adrian pula terus menjadi misteri. Rayyan sudah tidak bertembung lagi dengan Adrian di tempat kerjanya. Rayyan melaporkan tentang suspek utama pada pihak polis dan serbuan telah dilakukan di kediaman yang dipercayai Adrian menetap di sana.

Sayang sekali, kediaman itu tidak berpenghuni beberapa hari yang lalu. Pihak polis mengesahkan bahawa Adrian melarikan diri dan bersembunyi. Rayyan pasti, Adrian telah merancang sesuatu yang tidak baik kepada dirinya dan juga Zaira.

"Aku balik dulu Yan, " Rayyan mengangkat wajahnya membalas pandangan Wan. Lelaki itu berdiri dihadapan meja kerja Rayyan.

"Aku tumpang simpati atas apa yang terjadi pada keluarga kau. Tak apalah Rayyan, Allah uji kita itu tanda Allah sayang kita. Tak gitu? " Wan menepuk bahu Rayyan memberi semangat.

Dia belum ada kesempatan mahu berjumpa empat mata dengan Rayyan sebab dia baru pulang daripada kursus diluar daerah. Dia dapat berita ini pun semasa dia di luar kawasan. Simpatinya berganda-ganda pada anak dan isteri kawannya ini.

Rayyan hanya tersenyum tawar.

"Terima kasih Wan. Aku pun dah macam nak pecah kepala fikir apa yang terjadi pada anak dan isteri aku. Entah entah esok lusa, aku pula ke yang kena. "

"Tak perlu lah kata gitu. Apa apa pun kita berdoa lah pada Allah agar terus dilindungi. Hmm, pasal suspek, pihak polis dah tahu? "

Rayyan menggeleng. Dia tak mahu membuka aib majikannya pula. Biarlah masa yang menentukan.

"Insha-ALLAH satu hari nanti pesalah itu akan ditangkap. Selagi kita pada pihak kebaikan, selagi itu keadilan ada untuk kita. "

"Terima kasih sekali lagi Wan. "

"Sama sama, aku minta diri dulu. Kau jangan balik lewat sangat. "

Hilang bayang Wan, Rayyan mula mengemas barang peribadinya. Beg bertali itu diletak kemas atas bahunya. Kerusi ditolak ke bawah meja. Langkah mula dibuka meninggalkan kawasan pejabat.

Butang Lif ditekan. Terbuka sahaja, Rayyan melangkah ke dalam. Paras tempat letak kereta di tekannya. Sementara menunggu pintu lif terbuka, Rayyan bersandar kepala di dinding.

Macam macam yang difikirkan. Perkara pertama semestinya adalah isteri kesayangannya. Siapa lagi kalau bukan Zaira. Nak kena ketuk dengan Zaira kalau dia ada isteri lain.

Alhamdulillah Zaira sudah semakin pulih daripada traumanya. Cuma adalah sekali dua itu Rayyan backhug dia, kena sekali periuk atas kepala dek Zaira. Tindakan luar kawalan bak kata Zaira. Nasib badan Rayyan lah..

Haih rindu pula dengan Zaira saat ini..

Ting!

Pintu lif terbuka. Rayyan mengatur langkah ke tempat letak keretanya. Boleh katakan Rayyan seorang diri sahaja ketika ini di ruangan gelap dan suram ini. Tapi nak risau apa, bukannya Rayyan anak dara yang kemungkinan dirogol ke apa kan.

Rayyan pun ada juga simpan ilmu martial art dalam dada. Agak-agak tak selamat dia buka kekuda jelah nanti. Huh, apa ingat Rayyan tak tahu ke lawan lawan ini cuma tak ada kesempatan sahaja nak asah bakat dia.

Iyalah, takkan tetiba nak belasah pokok pula kan? Buang tebiat apa.

Pak!

Sebuah batang besbol terhentak di belakang tubuhnya. Rayyan jatuh mendadak ke tanah setelah hilang imbangan tubuh. Batang besbol itu terhayun arahnya namun Rayyan pantas mengelak sehingga batang itu memukul angin sahaja. Rayyan menegakkan tubuhnya.

Rayyan berdebar dalam kesakitan. Anak matanya dan anak mata biru menyerlah itu bersabung tajam. Batang besbol diangkat tinggi. Rayyan menegak tubuhnya dengan pantas.

"Hiarghh! "

Dengan pantas Rayyan melayangkan kakinya tinggi dan menendang kuat lengan lelaki itu sehingga terpelanting kayu besbol itu ke tanah. Kesempatan yang ada Rayyan menghadiahkan sepakan pada ke perut Adrian sehingga Adrian berundur beberapa tapak.

Kini Rayyan dan Adrian saling berhadapan. Rentak dada Rayyan juga laju. Maklumlah masih terkejut diserang hendap begitu.

Adrian menarik turun kepala hoodie menyerlahkan rambut coklat keperangannya. Bibirnya terkoyak sinis.

"Ahmad Arrayyan.. Tsk. "

"Adrian. "

Matanya helang memandang menikam wajah mengejek Adrian.

"Thanks. " Adrian tayang senyum. Rayyan blur. Terima kasih apa ini? Terima kasih sebab dah campak kayu besbol ke apa?

"Huh? "

"Thanks sebab kau jagakan Zaira sepanjang aku tiada. Tapi dah sampai masanya untuk aku tuntut hak milik aku balik. Serahkan Zaira secara baik ceraikan dia dan kau hidup aman sentosa tanpa gangguan dari aku. Simple. "

Rayyan mendengus. Ingat Zaira itu barang ke nak pas pas? Pergi mampus!

"Kenapa pandang aku macam itu? Kau tak setuju? " Adrian bersandar tenang pada salah sebuah but kereta di situ.

"Sampai aku mati, aku takkan serahkan Zaira pada syaitan macam kau! "

Adrian meletus ketawa. Ketawa yang lucu bertukar hambar. Anak matanya menikam tajam wajah Rayyan.

"Wowo, you leave me with option number two dude. "

Adrian menegakkan tubuhnya.

"Jadinya aku terpaksa bunuh kau barulah aku dapat Zaira. Macam itu kan?"

Adrian menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan sebilah pisau rambo berkilat. Langkahnya dibuka dan menujah pisau ke arah dada Rayyan.

"Argh! "

Rayyan mengelak pantas. Adrian tersasar dan hanya menikam angin. Adrian berpatah balik dengan mencagu pisau ke belakang tubuh Rayyan. Rayyan memusing dan menangkap pergelangan Adrian dan dibengkokkan lengan itu ke belakang. Adrian terjerit nyaring dan pisau itu terlepas daripada tangannya.

Mereka terus bergelut sehingga pegangan Rayyan terlepas. Tubuh Rayyan ditendang dengan kakinya sehingga Rayyan terjelepuk atas tanah. Kesempatan yang ada Adrian menindih tubuh Rayyan. Pisau dicapai dan diacu ke dada Rayyan.

"Any last word? " Adrian tersengih kemenangan.

Rayyan mencerlung ke arah mata pisau yang betul betul mendarat atas dadanya. Terasa hujung besi itu mencucuk kulit dadanya disebalik kemeja. Terasa kulit wajah Rayyan memucat lesi. Rayyan cuba mengatur nafasnya yang kencang.

"Tak nak ucapkan selamat tinggal kepada bakal balu kau? At least say goodbye lah untuk dunia yang bakal kau tinggalkan ini. Haha! "

Rayyan mengetap rahangnya. Rasa bisa mula menjalar bila Adrian menekan pisau itu. Darah merah likat mula bertompok mewarnai kemeja Rayyan.

"Tapi tak seronoklah kalau aku bunuh kau dulu. Aku tak nak lagi bergelar pembunuh. How about we make a deal? Wanna hear? "

Adrian menarik muncung pisau. Rayyan mampu mengucap lega dalam hati.

"Tinggalkan Zaira dalam masa sebulan or else orang yang tak bersalah akan terima nasib nanti. Make my words. "

"Argh! "

Rayyan tersentak bila lengannya dikelar oleh Adrian. Adrian tertawa sinis.

"Oh yeah, ada kejutan juga menanti Zaira di rumah. Wait and see ya! "

Adrian terus bangun dan beredar meninggalkan Rayyan yang terpinga-pinga. Rayyan menekup lengannya yang berdarah. Nasib baik kelaran tidak terlalu dalam. Rayyan bangun daripada baringnya.

Seketika telefon bimbit Rayyan berdering nyaring. Kelam kabut Rayyan menyeluk poket seluarnya dan menjawab panggilan yang datangnya daripada Puan Raudhah.

"Assalamu'alaikum-"

"Rayyan, balik cepat! Zaira.. "





Don't forget to vote and comment. Thank you.


MRS. RAYYAN 2: PERMATA HATIWhere stories live. Discover now