14

866 36 2
                                    

Alamak..

"Mind to explain ini abang? "

Zaira memusing badannya. Tangan miliknya menghulurkan kotak hitam tersebut pada Rayyan. Nada suaranya terkawal.

"Aaa.. Abang,.. Sebenarnya macam ini.. Eish. " Rayyan dah gosok kepalanya serabut.

Kotak tersebut mengandungi gambar gambar lamanya bersama Aufa. Kotak inilah yang hilang daripada radar masa dia nak hapuskan kenangan bersama Aufa.

Tak sangka pula Zaira yang bertuah menjumpainya dulu berbanding dia.

Zaira menghela nafas perlahan. Kotak diletak atas katil kemudian dia mendapatkan suaminya. Wajah penuh serba salah Rayyan dipandang. Zaira senyum kecil.

Tapak tangannya naik lalu mengosok atas kepala Rayyan macam anak kecil. Ketinggian Rayyan yang melebihi ubun kepalanya memaksa Zaira untuk berjengket.

"Abang, jangan risau. Zaira percaya kan abang. Abang jangan lah serba salah sangat. " pujuk Zaira.

Dah terbalik pula, sepatutnya Rayyan lah yang memujuk Zaira. Zaira mungkin patah hati melihat gambar gambar mesra itu. Tetapi wanita ini hanya tenang dan mempercayainya.

Rayyan menghela nafas lega. Sekurang-kurangnya tak ada siapa yang kene terajang hari ini.

"Abang minta maaf sebab tak clean semua berkaitan Aufa dari hidup abang. Abang cuma nak Zaira terus percaya yang hanya Zaira saja isteri yang abang cinta. "

"Ya, Zaira tahu. Abang dah cakap beribu ribu kali. Setiap hari, setiap malam dan setiap saat Zaira tahu abang cintakan Zaira. "

"Thanks for believe me. If.. " Rayyan menyelit rambut yang bebas di wajah Zaira ke belakang telinga. "..one day, abang cakap abang benci Zaira, percayalah itu semua tipu. " lelaki itu mengoyak senyum manis.

"Beranilah abang nak benci Zaira, Zaira kejar dengan parang nanti. "

Zaira mendepa tangannya lebar. Melihatkan aksi Zaira itu, Rayyan mengangkat kening sebelah.

"Hug me! "

Rayyan dah tersenyum lagi. Tangannya terus menarik Zaira ke dalam pelukannya. Rasa hangat tersalur bila Zaira juga turut membalas.

Tubuh kecil isterinya bergoyang kecil membuatkan Rayyan juga bergoyang ke kiri dan kanan.

"I love you. " ucap Rayyan seraya mengucup dahi isterinya.

"I love you more. "

Zaira melepaskan pelukan.

"Mana ais krim Zaira? Zaira tak sabar nak makan ini. " soal Zaira. Mulut sudah tercebik cebik nak merasa ais krim yang sudah lama menjadi idamannya.

Tempoh pantangnya adalah tempoh menyeksa. Sentuh sikit benda sejuk dan berangin dah kene piat telinga dengan Puan Raudhah. Ngeri.

Ini dah tamat tempoh pantang selama 40 hari, Zaira bebas. Dia nak meraikan hari kebebasannya dengan menikmati ais krim.

Rayyan menyulam jarinya bersama jemari Zaira.

"Jom! "

"Yeay! "

"Semuanya RM 18.50."

seusai membayar harga barangannya, Aileen menapak keluar daripada kedai runcit tersebut. Dia terus menggunakan laluan pejalan kaki menuju ke apartment tempatnya tinggal.

MRS. RAYYAN 2: PERMATA HATIWhere stories live. Discover now