19

641 38 1
                                    

"RM 18.90."

Zaira menghulurkan wang. Lepas membayar wanita itu keluar daripada kedai runcit tersebut. Dada langit dia pandang.

Dia tahu memang sudah lewat benar kalau keluar sekarang, jam pun sudah menunjukkan pukul 9 malam. Tapi apa dia nak buat?

Perut dah keroncong minta isi. Rayyan pula balik lewat dan tersekat di traffic jam. Dia tiada pilihan lain selain daripada keluar juga. Jangan risau, dia dah beritahu Rayyan awal awal.

Zaira membuka langkah untuk pulang. Dia ada lesen motor tetapi Rayyan pula tak ada motor. Dia bukannya pandai bawa kereta pun. Terpaksalah jalan kaki untuk pulang.

Di lorong ini hanya Zaira sahaja yang ada. Kedinginan malam terasa ditambah lagi dengan rasa seram yang menjalar. Zaira terpaksa memeluk dirinya untuk mengekalkan haba di badan.

Tiba tiba ada derap kaki lain mengikutnya arah belakang. Zaira melajukan derap kaki, derap kaki tersebut seakan mengikut ritma rentaknya. Jantung Zaira sudah mengepam laju.

Hatinya dah tidak sedap. Kerana tak tahan dalam belenggu soalan, Zaira memaling wajahnya ke belakang. Terkejut melihat seorang lelaki india yang jalannya terhuyung-hayang kearahnya.

Ditangan lelaki itu ada sebuah botol arak kaca. Zaira mengagak lelaki itu sedang mabuk. Zaira cuba abaikan dan pulang secara selamat. Lagipun Zara sedang tidur di rumah.

"Heeyy.. Adik manis nak ke mana?.. "

Zaira dah nak menangis. Boleh pula mamat india ini tegur dia. Zaira dah membuka langkah nak lari tetapi mati bila hujung tudungnya ditarik.

"Lepaslah! " jerit wanita itu.

"Hey, adik manis. Rileks lah.. Abang tak buat apa apa lagi. " lelaki itu ketawa jahat.

Bila buka mulut menyeruap bau pahit arak ke dalam rongga hidung dan menyesakkan sistem pernafasan Zaira. Zaira cuba merungkaikan pegangan lelaki itu tetapi makin kejap pula. Lelaki itu membawa hujung tudung Zaira ke pucuk hidungnya.

Lelaki itu bertindak menolak tubuh kecil Zaira ke tepi jalan. Zaira mendesis sakit bila sikunya menghentak jalan tar. Zaira meronta untuk bangun tetapi gagal bila tubuhnya sudah bertindih.

"Jangan! Lepaskan saya! "

"Hehehehe! "

Zaira menahan dada lelaki itu. Air matanya sudah menitik ke pipi. Ketakutan mula menguasai diri. Matanya terpejam bila bau yang terbit dari lelaki itu meloyakan tekaknya.

Sebuah daya menarik lelaki itu dari tubuh Zaira. Bunyi tumbukan padu saling menghentam pangkal telinga Zaira. Zaira membuka kelopak matanya.

Seorang lelaki berhoodie hitam menghayunkan tangan ke rusuk lelaki itu berulang kali. Lelaki yang sudah tidak berdaya terus terlentang atas tanah.

Zaira bangun menegakkan tubuhnya. Bajunya yang kotor akibat tanah ditepuk tepuk membuang tanah. Matanya masih tak lepas memandang lelaki yang baru membantunya.

Bila lelaki mabuk tadi sudah tidak sedarkan diri, lelaki berhoodie tadi berdiri tegak bagi mengatur nafasnya. Zaira melangkah mendekati lelaki itu dengan niat ingin mengucapkan terima kasih.

Tetapi Zaira langsung kaku melihat senjata berkilat yang dikeluarkan lelaki itu. Pisau rambo berkilat itu terus melayang ke udara dan dibenam pada dada lelaki mabuk itu.

"Arghhh! " Zaira menjerit nyaring. Langsung dia terduduk.

Tak cukup sekali, Lelaki berhoodie itu membenam pisau tersebut di merata dada lelaki mabuk itu. Zaira sudah mengesot menjauhi.

MRS. RAYYAN 2: PERMATA HATIWhere stories live. Discover now