08

844 37 0
                                    

Keretanya berhenti hadapan pintu rumah. Enjin kereta dimatikan seusai tiba. Tubuhnya dibawa keluar kereta. Kunci pintu dikeluarkan dan dijolok pada tombol pintu.

Rumah sunyi sepi sahaja. Penghuni sudah tidur lah tu. Kesian pula dekat si isteri yang menjeruk hati itu. Nak kena pujuklah jawabnya.

Rayyan menolak daun pintu. Setelah menanggalkan selipar, langkah dibuka memasuki rumah. Pintu dikunci kembali.

Di dalam rumah pula, hanya lampu ruang tamu sahaja yang menerangi. Suram sahaja. Rayyan berjalan ke arah biliknya yang berada di bawah. Dalam kepala dah fikir, agak agak Zaira dan tidur ke belum.

Tombol pintu dipulas. Biliknya gelap sahaja. Tangan sudah menjalar mencari kotak suis. Bila dah jumpa, button suis ditekan. Terjegil matanya melihat katil bujang itu kosong sahaja. Sekali dengan anaknya Zara tiada.

Ahh sudah. Bininya lari rumah kah?

Rayyan membuka almari baju. Nafas dihela lega melihat baju baju Zaira masih tergantung dan terlipat kemas. Almari ditutup semula.

Kepalanya dipicit. Haih mana pula isterinya ini menghilang. Rayyan sudah terduduk di birai katil.

"Yan? Kau ke tu? " Rayyan angkat wajah. Berderau dadanya melihat wajah putih melepak itu.

Puan Raudhah rupanya. Orang tua itu mengenakan bedak sejuk dimuka. Ingatkan jembalang mana menegur.

"Emak.. "

Rayyan mendekati emaknya. Puan Raudhah memandang wajah gusar anaknya.

"Kau baru balik ke? Tak mandi lagi? " soal Puan Raudhah.

"Tak. Hmm emak, Zaira mana? Anak Yan mana? " terus Rayyan memberi soalan bertubi-tubi. Harapnya Zaira tak buat kerja gila lah.

"Haa tu lah kau, kalau nak keluar dengan kawan tak ingat ingat anak bini kat rumah. Menjeruk tau hati isteri Yan itu. Pandai pandailah Yan pujuk dia. " bebel Puan Raudhah.

Tangannya sudah mencekak pada pinggang baju kelawarnya. Rayyan hanya menggaru kepala dan tersengih sahaja.

"Lain kali tak buat dah. Zaira mana mak? " soalnya lagi.

"Pandai pandailah kau cari isteri kau. Emak tak nak terlibat. Pandai buat pandai tanggung. " Puan Raudhah dah ketawa jahat.

Rayyan dah binggung. Emaknya pula tak mahu beri kerjasama. Terjun bangunan lah macam ini.

"Emak... " Rayyan dah mengoncang lengan Puan Raudhah.

"Hish, jangan nak goncang emak lah. Rimas tahu tak. Kau pergilah tengok kat bilik emak tu ha. " akhirnya Puan Raudhah mengalah jua.

Rayyan dah tersengih. Tak tunggu lama terus dia berlari ke tingkat atas. Bilik emaknya dituju kemudian tombol pintu di pulas.

Puan Raudhah yang melihat Rayyan kemudian menggeleng kepala. Macam macam hal lah dua laki bini ini.

Rayyan menekan suis lampu. Cahaya daripada mentol LED itu berlumba lumba menerangi ruangan bilik emaknya. Benda pertama yang dia lihat adalah katil. Sayang sekali, katil kosong. Cuma ada selimut yang keronyok sahaja.

Rayyan meluaskan lagi kawasan pencarian. Kepalanya menoleh pula di atas lantai. Ada sebuah toto tebal yang terbentang. Ada sebuah tubuh halus mengiring ke dinding dan menghadap anak kecilnya.

Rayyan mengoyak senyum. Tidur di sini rupanya isteri dia. Rayyan menghela nafas lega. Ingatkan dah kena tinggal lah tadi.

Rayyan menapak beberapa langkah sebelum melutut sebelah tubuh Zaira. Wajah lena isterinya ditatap tanpa jemu. Tangannya menguis helaian rambut yang jatuh atas wajah isterinya. Lena sungguh isterinya.

MRS. RAYYAN 2: PERMATA HATIWhere stories live. Discover now