31

1K 52 11
                                    

Perlahan kaki Rayyan mendekati birai katil. Punggungnya dilabuhkan di sisi isterinya yang tidur pulas atas katil. Wajah tenang isterinya menjadi santapan matanya. Keluhan berat terhela di bibir Rayyan.

Aileen yang berada di samping Zaira sepanjang ketiadaan Rayyan sebentar tadi hanya mampu memandang sayu dua suami isteri yang sedang diuji ujian berat tersebut. Sebagai kawan baik Zaira, dia rasa tidak berguna juga. Zaira tetap dalam bahaya.

Aileen bangun daripada kerusi memberi ruang Rayyan menjaga Zaira pula. Semasa Aileen datang tadi, puas dia menenangkan Zaira yang menangis mencari suaminya. Terlalu penat menangis sehingga Zaira pulas tidur di atas katil.

"Rayyan. " Aileen memanggil sekerat.

Tangannya digenggam antara satu sama lain. Rayyan sekalipun tidak beralih pusat pandangannya daripada Zaira.

"Hmm, "

"Zaira penat menangis itu. Itu yang dia sampai tertidur itu, " kata Aileen.

Rayyan menyapu pipi Zaira yang berbekas air mata. Jarinya mengusap pipi tersebut.

"Zaira dari dulu sampai sekarang masih tak berubah. Walaupun dah ada anak dan suami, " Aileen menyambung katanya. Rayyan hanya membisu membiarkan Aileen berkata-kata.

"Kalau dia sedih dan takut, mesti dia akan cari orang yang paling dia sayang dan rapat. Dulu, mesti Zaira akan cari pak cik Hussein. Sekarang dia dah ada awak, Rayyan. Orang yang paling dia sayang sekali, " Aileen berjalan sehingga ke sisi katil. Matanya juga merenung wajah sahabat yang sudi menemaninya semenjak kecil.

"Selagi dia tak jumpa orang yang mampu pujuk tangisnya, selagi itu dia akan menangis tanpa henti. Sampailah dia tertidur, " gadis itu senyum pahit.

"Aileen, " Rayyan memanggil perlahan. Tangannya bersulam dengan jari jemari Zaira.

Aileen mengangkat kepalanya membalas pandangan Rayyan.

"Terima kasih sebab ada bersama Zaira sebelum kehadiran saya, " ujar Rayyan perlahan. Genggaman tapak tangannya bersama jemari Zaira dieratkan.

"Sudah jadi tanggungjawab saya. Zaira sudah macam adik beradik saya sendiri. Cuma saya silap sedikit sebab tinggalkan dia tanpa kata-kata sepanjang saya di Brunei, " Aileen kembali muram. Rasa bersalah nya kerana meninggalkan Zaira jelas berbekas di hati.

Masih terkilan kerana tiada di saat sahabatnya gembira meraikan hari perkahwinannya. Terkilan kerana dia bukan antara orang-orang pertama mengetahui kandungan Zaira. Sebagai sahabat dia cukup terkilan.

Mungkin pada pandangan orang lain, itu cuma perkara kecil sahaja tetapi bukan Aileen. Sebagai sahabat Zaira seharusnya dia berada di sisi Zaira susah dan senang.

"Saya nak awak janji dengan saya satu perkara, "

"Apa dia? "

"Sama-sama kita janji akan lindungi Zaira walaupun nyawa sebagai galang ganti. Boleh? "

Aileen memandang Rayyan dengan pandangan penuh pengharapan. Rayyan yang pada mulanya hanya memandang wajah Aileen terus menganggukkan kepalanya tanda setuju.

"Boleh, "

Sebuah mug berisi minuman diletakkan hadapan Rayyan. Rayyan sempat mengucapkan terima kasih kepada Puan Raudhah kemudian meneguk minuman tersebut.

Aileen sudah meminta diri untuk pulang. Rayyan mengambil keputusan untuk membersihkan dirinya. Zaira masih enak diulit mimpi. Biarlah wanita itu berehat sebentar.

MRS. RAYYAN 2: PERMATA HATIWhere stories live. Discover now