09

1.4K 44 0
                                    

"Avoid from me. "

Rayyan memandang wajah Zaira tidak percaya. Menjauh dari Zaira? Tidak mampu dia nak lakukan. Lagi lagi bila dia cuti ini, rasa nak berkepit dengan Zaira sahaja.

"Sana! Sana! Zaira nak bangun! " ronta Zaira.

Zaira menolak tubuh Rayyan. Kedua kakinya ditarik daripada pegangan Rayyan sebelum dia berdiri atas lantai. Sekelilingnya dipandang. Mana anaknya Zara?

"Mana Zara? Abang kasi emak jaga ke? Kesian dia sorang sorang. Jahat betul papa dia ini. " mulut kecil itu mula membebel.

Rayyan sudah tersedar dari lamunan panjang. Wajahnya diraup berkali kali. Soalan yang Zaira utarakan dibiarkan tak berjawab. Yang penting sekarang dia sangat tak bersetuju dengan permainan gila Zaira.

"Abang tak setuju. Kenapa Zaira nak seksa abang macam ini? "

"Seksa? Tch.. Bukan lah. Itu namanya task. Abang kena selesaikan sampai pagi esoknya untuk cukupkan satu hari. Kalau tak.. Tiada maaf untuk abang. "

"Abang tak setuju." Rayyan berkeras.

Zaira memusing tubuhnya. Tangan naik mencekak pinggang.

"Zaira bagi abang dua pilihan sahaja dan abang pilih, abang yang jauhkan diri dari Zaira atau Zaira sendiri akan jauhkan diri dari abang. "

Lagilah Rayyan tak boleh terima. Kepala digeleng dua kali ke kiri dan ke kanan. Kenapa isterinya nak seksa jiwa raga dia macam ini?

"You leave me option number two. So yeah, Zaira yang akan jauhkan diri dari abang. "

Tubuh si isteri sudah bergerak ke almari. Tuala merah miliknya diambil. Lepas ini dia nak membersihkan diri dan juga menguruskan anaknya. Rasa bersalah pula biarkan emak jaga anaknya.

"Zaira.. " rengek Rayyan. Dia terus mendekati isterinya yang memilih baju di almari.

Tangannya melingkar ke tubuh Zaira. Dagunya diletak atas bahu Zaira. Wajah Zaira masih kosong tidak beriak. Lagilah gundah rasa hati Rayyan.

"Jangan lah buat abang macam ini. I really sorry what I've done. I'm sorry. "

"No, no, selagi abang tak selesaikan task tu. " Zaira menutup pintu almari.

Wajah Rayyan yang berada di bahunya dikerling. Ingat dia nak berlembut hati ke. Biar Rayyan terseksa dalam merindui dia. Eceh!

"Zaira rasa abang kena tahu rule task ini. No touch skin to skin. No talking between us. Jarak mesti satu meter. Peluk peluk ini tak boleh. " tangan Rayyan di pinggang terus dileraikan.

"Zaira. "

"What? "

"Zaira tak boleh buat abang macam ini."

Zaira ketawa sinis.

"Abang buat Zaira boleh pula? Abang tinggalkan Zaira boleh pula? Sampai Zaira, tak boleh pula? " Zaira sudah bercekak pinggang.

"Itu.. " Rayyan hilang kata.

"So, task bermula sekarang. Good luck abang.. " Zaira tersengih nakal. Jari nakal sudah berlari di atas rahang Rayyan sebelum dia cepat cepat keluar dari bilik. Takut kena terkam dengan Rayyan pula. Naya aja.

Rayyan dah raup muka. Rasa frust itu menggunung tinggi. Nampaknya dia tiada pilihan.

One day never harm, right?

Rayyan termenung sahaja di sofa rumah. Sesekali mata menjeling ke arah dua wanita kesayangannya. Eh tiga termasuk Zara yang bermain sendiri atas cadar kecilnya. Zaira sedang berbaring sambil sambil Puan Raudhah menuam batu tungku atas perut isterinya.

MRS. RAYYAN 2: PERMATA HATIWhere stories live. Discover now