12

993 41 2
                                    

"Aileen ini adik bongsu Adam, kawan abang. Sebab itu abang cam muka dia. Selalu juga nampak masa pergi event kat rumah Adam. "

Sebelum ada adengan tarik tarik tudung antara isterinya dan Aileen, Rayyan terlebih dahulu menerangkan hal sebenar. Melihatkan wajah curiga Zaira itu takut takut pasu bunga emak melayang pada dia pula.

"Tak sangka pula kawan Adam rupanya suami kawan aku sendiri. " Aileen ketawa kecil. Kecil betullah dunia ini.

Zaira mengangguk. Aileen kembali menjadi perhatiannya. Terus tubuh sahabat lamanya didakap erat. Sudah dua tahun mereka tak bersua muka.

"Mana kau pergi selama ini, Ai? Kau tahu tak aku rindu kau sangat. " ujar Zaira.

Aileen tersenyum kecil. Rasa serba salah kerana pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal pada sahabat bangku sekolahnya. Pelukan Zaira dibalas. Belakang tubuh Zaira ditepuk berkali-kali.

"Maaf sebab aku pergi tanpa bagitahu kau. Semuanya berlaku dengan cepat. Aku terpaksa rushing ke Brunei memandangkan datuk aku sudah tenat. Maaf Zaira sebab tinggalkan kau lama. " jelas Aileen.

"Aku maafkan. Lagipun kau bukannya sengaja pun. " pelukan Zaira lepaskan. Tanpa sedar matanya sudah bergenang.

"Jangan menangis, Zaira. " Aileen dah memuncung. Ini lemah ini tengok Zaira nangis sebab dia.

Kecut kecut je tengok Rayyan yang memandang arahnya. Takut kene tibai dengan abang Rayyan sebab buat isteri kesayangan dia menangis pula.

Aileen mengusap air mata yang bertakung bawah mata Zaira.

"Lepas aja aku sampai ke KLIA, aku terus pergi rumah Nek Tijah untuk cari kau. Nek Tijah kata kau dah tak duduk sana, dah pindah lepas kahwin. Terus Nek Tijah bagi alamat rumah korang, tapi aku pergi tak ada juga. Nasib baik ada akak Warda baik hati nak tolong. Tu yang sampai aku kat sini. " cerita Aileen.

"Tak sangka kau dah berkahwin dalam umur muda macam ini. Aku ingatkan kau dah sambung ipt ke apa. " sambung Aileen lagi.

"Kalau dah sampai jodoh, tak ke mana juga kan. " ringkas Zaira membalas.

"Betul itu. Tapi terkilan juga tak merasa nasi minyak kau. " Aileen dah usap air mata palsunya konon sedih lah.

Zaira menumbuk perlahan bahu Aileen. Kawannya ini suka tau buat lawak macam itu. Tak pernah berubah.

"Sorry lah. Dah aku jemput pakai nombor kau tapj orang lain pula yang jawab. Macam mana? "

"Ouh, aku dah tukar nombor. Tapi nombor Brunei lah. Lepas ini aku nak cari nombor Malaysia pula. Lepas aku dah beli nombor baru, aku kasi kau. "

"Eh tak payah, aku kasi nombor aku kat kau. "

"Okay cantik! "

Rayyan malas nak berlama lama. Perempuan kalau dah berbual mana ingat suami yang terpacak tepi ini. Sabar jelah. Lebih baik dia jenguk jenguk anaknya yang tidur.

"Mana yang lain? " soal Aileen.

"Haifa dah sambung ipt dekat kedah. Memang jarang nak jumpa dia lepas ini. Dila pula masih lagi kat area Selangor. Sambung kolej aja. Erin dengan Aini pula sambung belajar dekat Kolej swasta. " lapor Zaira.

"Aku rasa kalau diorang tahu kau dah balik, mesti diorang happy sangat sangat. Terus menggelupur nak jumpa kau. " tambah Zaira.

"Hahaha! Rindulah dengan diorang. Nanti nak nombor baru diorang juga tau."

"Beres! "

Begitu banyak yang mereka bualkan. Segala yang berlaku dalam dua tahun ini dikongsi bersama. Aileen lah kawan susah senangnya semasa dibangku sekolah. Selalu ada kala dia susah dan senang.

MRS. RAYYAN 2: PERMATA HATIWhere stories live. Discover now