33

532 47 2
                                    

"Hmm manisnya! "

Rasa jus masam manis strawberi terpercik dalam mulutnya setiap kali giginya berlaga. Zaira menjilat hujung jarinya yang berbekas coklat. Strawberi dan coklat memang kombinasi yang terbaik.

"Sedap? " Rayyan bertanya.

Zaira angguk laju. Setelah menelan makanannya, duduknya dibetulkan menghadap Rayyan yang sedang bersandar di kerusi.

"Abang nak? " tawarnya. Sebiji strawberi dicucuk dengan lidi. Kemudian di cicah dengan coklat cair.

Rayyan tidak membalas sebaliknya dia menganga sahaja menanti suapan Zaira. Zaira yang faham menyua suapan ke mulut Rayyan.

"Yang ini masam sikit. Tapi masih sedap, " komen Rayyan.

Zaira mengesat comot di hujung bibir Rayyan. Ibu jarinya terhenti dan rahang Rayyan di pegang. Anak matanya mencari anak mata Rayyan.

"Abang okay ke? Abang nampak macam.. Ada masalah je. "

Terjungkit kening Rayyan.

"Tak. Tak ada masalah apa apa pun. Kenapa Zaira tanya? "

"Betul? "

Rayyan angguk dengan yakin.

"Tak adalah. Abang daripada kita melawat strawberry farm tadi abang macam berkhayal. Lepas itu, Zaira aja yang macam teruja sorang-sorang. Abang dah janji kan, tak nak simpan apa apa rahsia dengan Zaira, " pipi suaminya diusap dengan ibu jari.

Rayyan hela nafas berat. Tapak tangan Zaira ditangkap dan dibawa ke bibirnya. Ciuman berlabuh atas tapak tangan kecil tersebut.

"Abang tak nak kehilangan Zaira, " perlahan suaranya hanya dia dan Zaira sahaja mendengar.

"Kalau.. Kalau satu hari, abang kata abang tak perlukan Zaira lagi, percayalah yang abang tipu je, " katanya lagi.

Zaira leraikan pegangan kemudian tubuhnya dirapatkan dengan Rayyan sehingga lutut mereka bertemu. Zaira mengepit rahang Rayyan kemudian menarik wajah itu untuk memandangnya.

"Kenapa ini abang? Adrian ada jumpa abang kan? "

"Tak-"

"Jangan lah bohong, abang. Luka ini, " hujung jari Zaira menekan dada Rayyan. "Luka ini Adrian yang buat kan abang? "

Rayyan tidak membalas. Tak tahu ayat yang bagaimana mahu membalas soalan Zaira. Dia tak mahu buatkan ratu hatinya berduka. Dia tak mahu Zaira berat hati.

Zaira merenung dalam mata Rayyan lama. Pipi Rayyan diusap sehingga mata Rayyan memberat dan nyaman.

"Adrian cakap apa dengan abang? Beritahu Zaira. "

"Dia suruh abang tinggalkan Zaira. Abang tak sanggup. Zaira life abang. Macam mana abang nak teruskan hidup abang kalau Zaira tak ada nanti. Abang-"

"Shh, " Zaira menyentuh bibir Rayyan. Hujung bibir itu diusapnya.

"Ada sama abang kehilangan Zaira sebab Adrian atau tak, Zaira tetap akan pergi. Zaira pun manusia biasa yang tak lari daripada namanya mati. Kehidupan abang bukan Zaira, tapi Zaira cuma sebahagian daripada kehidupan sebenar abang, " kolam mata Zaira mula berkaca. Rayyan kaget. Bukan niat dia nak buat Zaira bersedih.

Seratus kali dia kutuk dirinya yang tidak berfikir bila berkata-kata.

"Sayang.. "

"Jadi tolong, jangan letak Zaira ditempat yang pertama. Cinta bunga, bunga akan layu. Cinta manusia, manusia akan mati. Letak cinta Allah dan Rasul. Cinta yang hakiki, abang. "

MRS. RAYYAN 2: PERMATA HATIWhere stories live. Discover now