13

893 41 3
                                    

Pejam celik pejam celik, Zaira sudah tamat pantangnya. Maka dengan itu dia bebas nak buat apa sahaja. Nak keluar boleh, nak melompat sakan pun boleh. Yang penting sekali..

"Zaira nak pesan belikan Ayam goreng KFC satu bucket, air gas pepsi itu satu botol. Nak ais krim perisa strawberry satu bekas besar itu. Lepas itu.. "

"Zaira, kut ya pun dah habis pantang, beringat lah sikit. Awak itu perut kecil aja. Makan sikit dah kenyang. Nanti kalau tak habis, siapa nak makan? "

Zaira mencebik di sebelah talian. Terus hilang angan angan nak makan fast food yang dah lama jadi pujaannya. Ingat sedap ke makan makanan orang berpantang yang hari hari Puan Raudhah masakkan itu.

"Tak kira! Nak juga! Nak juga! " rengek Zaira macam anak kecil mahukan gula gula.

"Pilih salah satu jelah. Nanti kalau makan semua itu penyakit kencing manis pula dapat. " Rayyan menghela nafas perlahan.

Dia sedang dalam perjalanan pulang daripada pejabat. Hari ini dia dapat pulang awal sikit memandangkan kerjanya pun habis awal.

"Ala.. Abang tak sayang Zaira ke? "

Taktik memujuknya dicuba. Harap harap Rayyan termakanlah pujukan dia.

"Sebab sayang lah abang tak kasi makan banyak banyak. Pilih satu je. "

Zaira memuncung. Tubuhnya dihempas atas sofa. Wajah tak payah cakaplah. Masam bukan ke main lagi.

"Dua? Zaira nak dua. "

"No. Satu je. "

"Dua! "

"Satu. "

"Dua lah. "

"Ke tak payah beli langsung? "

"Haa okay okay, satu pun satu lah. " Zaira mengalah jua.

Tak pe. Kalau Rayyan tak ada kat rumah, dia keluarlah cari makanan lain. Hehe.

"Haa nak apa? "

"Ais krim perisa strawberi satu bekas. "

"Okay. Zaira tunggu abang balik. Jangan mengada ngada nak keluar seorang diri pula. Abang nak singgah kedai dulu.  "

"Baik, abang. I love you! "

"I love you too. "

Sementara tunggu kepulangan Rayyan, Zaira ambil keputusan untuk mengemas barang barang mereka. Esok dah nak pulang kembali rumah mereka yang hampir sebulan dibiarkan. Kalau biar lama lama nanti benda lain pula yang masuk. Bahaya.

"Rindu lah emak dengan Zara nanti. Rayyan itu kalau dah sibuk kerja mesti jarang nak bawa Zaira balik. " Kata Puan Raudhah.

Pucuk hidungnya melaga laga pada pipi montel cucunya. Zara menggerakkan kedua belah tangannya untuk mencapai pipi neneknya. Mulut kecil itu hanya mengeluarkan bunyi ohh ahh dan menyembur air liur saja.

Tertawa hati tua Puan Raudhah dengan gelagat cucunya.

"Emak jangan risau, nanti Zaira ajak lah abang balik selalu. "

"Mak tak paksa lah. Cuma janganlah bila nak raya aja balik. "

"Eh tak adalah. "

"Emak nak naik bilik dulu. Dah masuk waktu solat maghrib ini. "

Jam yang melekat di dinding dikerling. Tadi pun dah sayup sayup kedengaran azan yang dilaungkan dari sebuah masjid dalam kawasan kejiranan ini. Zaira mengangguk.

MRS. RAYYAN 2: PERMATA HATIWhere stories live. Discover now