16

777 39 2
                                    

Tangannya dilalukan bawah pili air. Baru sahaja kepala diangkat untuk memandang cermin, tiba tiba lampu terpadam berserta alat elektronik yang lain. Zaira hampir melatah tapi ditahan.

"Asal gelap? Muka aku hodoh sangat ke sampai nak pandang cermin pun lampu tertutup. "

Zaira meraba raba pili air dan ditutup curahan air tersebut. Tangannya meraba raba sekeliling pinggangnya mencari beg  tangannya. Seketika Zaira menepuk dahi. Lupa pula beg dah kasi kat Rayyan untuk dijaga.

Perlahan lahan Zaira mengatur langkah untuk keluar daripada tandas wanita. Keadaan di sini sangatlah gelap dan suram. Mulalah macam macam adengan dalam cerita seram menerpa fikirannya.

Mulutnya sudah beristighfar kecil menghalau bayangan seram itu. Ini bukan masa sesuai nak fikir itu semua.

Laluan di sini sunyi tanpa sebarang bunyi derapan kaki. Zaira sudah cemas. Sudah lah dia tak nampak apa apa. Matanya juga sakit bila asyik memaksa melihat dalam kegelapan.

Kakinya sudah tidak teratur berjalan. Tanpa sengaja hujung tapak kakinya terpijak lebihan jubahnya. Zaira mula hilang imbangan dan hampir terjatuh.

Tiba tiba terasa ada tangan kekar yang melilit di pinggangnya. Zaira memegang tangan tersebut cuba mengenal pasti gerangan yang menangkapnya.

Baru dia perasan, tangan tersebut bukan milik Rayyan. Ia milik lelaki yang asing. Zaira dapat tahu pun dari bantuan cahaya telefon pintar lelaki tersebut.

"Thank you, sir. " ucapnya. Tubuhnya juga sudah menegak.

Zaira memusing memandang gerangan yang pada anggarannya tinggi. Bantuan cahaya yang dihasilkan, dapatlah Zaira memandang wajah lelaki tersebut.

Lelaki itu berwajah british dan serupa mat saleh sangat. Apatah lagi dengan anak mata birunya yang bersinar itu.

"Most welcome, sweety. Always be careful next time. " balasnya.

Zaira memerhati sekeliling. Hanya mereka berdua sahaja.

"What's going on here? " soalnya.

"There is a electrical outage. I'm don't know how long it take time to recover all." balasnya lagi.

Gangguan elektrik rupanya. Tak sangka hotel mewah pun ada masalah bekalan elektrik. Zaira mengeluh. Macam mana dia nak dapatkan suami dan anaknya.

Dewan itu bukan kecil mana. Besar sangat.

"If you don't mind, I can lead your way, anyway. " tawar lelaki itu.

Zaira tersenyum kecil. Kepalanya dianggukkan. Lagipun dia terdesak ini. Takkan nak tolak pertolongan orang pula.

"Thank you. "


Sampai sahaja depan pintu masuk dewan, Adrian menarik tombol. Dalam beberapa jangka masa pendek tadi adalah Zaira dan lelaki itu berbual, jadi dia tahu lah nama lelaki itu Adrian Smith.

Lelaki berketurunan british tulen tanpa sebarang kacukan. Memang patutlah anak mata lelaki itu biru menawan. Zaira pun hampir hampir tertawan.

Kalau tak ingatkan diri itu dah bersuami mungkin Zaira dah terpikat dengan Adrian. Hahaha jangan bagitahu Rayyan.

Terbuka sahaja pintu tersebut, dewan sudah kembali bercahaya terang. Penghawa dingin pun sudah kembali terpasang. Zaira mengucap lega.

"Zaira! "

Terus tubuh kecilnya tenggelam dalam pelukan suaminya. Zaira membalas seketika kemudian meleraikan.

Drama betul suaminya ini, baru tinggal beberapa minit je dah gelabah ayam. Kalau tinggal bertahun ini macam mana lah rupanya.

MRS. RAYYAN 2: PERMATA HATIWhere stories live. Discover now