02

1.1K 51 2
                                    

Selepas Rayyan pulang dari kerja, lelaki itu terus menjemput Zaira di rumah mereka. Isterinya dibawa ke sebuah pusat beli belah. Tujuan utama mereka pula adalah untuk ke kedai barangan bayi jenama FIFFY. Saja nak bawa isterinya cuci mata.

"Semalam Zaira ada berbual dengan jiran kita masa tengah jemur kain. Dia cerita yang saudara perempuan dia-"

"Zaira jemur baju semalam? " belum habis cerita, Rayyan dah memotong kata kata Zaira. Zaira dah memuncung.

Pantang dengar sikit orang buat kerja. Asyik nak marah aja.

"Eeeii abang dengar lah Zaira nak cerita ini. "

"Haa yelah yelah. " Balas Rayyan terpaksa mengalah. Masa kurang sesuai lah nak ceramah isterinya ini.

"Semalam, kak liya ada borak dengan Zaira masa jemur kain. Dia cerita yang saudara perempuan dia baru aja lahirkan anak sulungnya secara operate. Saudara dia itu badannya lebih kurang macam Zaira aja. Kecil. Tak boleh nak lahir secara normal. " mulut kecil itu membebel sahaja dari tadi. 

"Ahhhh ada lah tu nak fikir pelik pelik. " Rayyan berkata. Hujung jarinya mencuit pucuk hidung Zaira.

Zaira hanya mengulum senyum.

"Mana ada. Cuma Zaira rasa takut sikit lah. Ini kan anak sulung kita, kalau kata Zaira kene operate pula macam mana? Operate dah lah sakit. Abang, kalau Zara pakai gaun ini mesti comel kan? " sempat lagi Zaira bertanya.

Rayyan yang leka membelek baju tidur bayi itu terus memalingkan wajah ke arah Zaira yang menayangkan sebuah gaun kecil warna ungu lembut. Hujung baju pula ada kain render menambahkan seri lagi.

"Comel. Dah lah, sayang. Tak mahu lah fikir fikir negatif macam itu. In Sha Allah dengan bantuan Allah akan dipermudahkan segalanya." balas Rayyan.

Beberapa bulan lepas sewaktu kandungan Zaira mencecah enam bulan, doktor sudah mengesahkan yang anak dalam kandungan isterinya adalah berjantina perempuan. Rayyan tak adalah terkilan mana pun anaknya perempuan. Asalkan yang keluar itu anaknya juga dan dia tetap sayang.

Orang paling gembira semestinya Zaira sebab katanya dapatkan dia buat geng buli papanya nanti. Rayyan hanya layankan sahaja.

Setelah mendapat persetujuan suaminya, Zaira masukkan gaun tadi dalam bakul pembeliannya. Dalam itu sahaja sudah bergunung baju kanak kanak dan beberapa botol susu. Rayyan diamkan aja. Kalau bantah nanti adalah budak kecil ini nak menjawab.

Pasangan berdua itu saling berpegang tangan ke rak yang menempatkan mainan bayi pula. Rayyan semestinya jadi tukang bawa barang beli di sebelah tangan. Zaira mencapai sebuah mainan bertekstur kain sambil sebelah tangan lagi mengusap perutnya. Mainan ditilik dengan lebih dekat.

"Tapi kan abang.. "

"Apa lagi? "

"Kalau Zaira meninggal dunia masa lahirkan Zara macam mana? "

Rayyan tersentak. Anak matanya bertukar tajam menikam wajah tidak bersalah isterinya. Zaira tidak membalas. Masih ralit membelek mainan kain tadi.

"Zaira cakap apa ini? Cakap itu kan satu doa. Abang tak suka lah Zaira cakap macam Zaira tak percaya dengan pertolongan Allah aja. " bentak Rayyan.

Zaira turut tersentak mendengar suara Rayyan yang naik seoktaf itu. Pantas kepalanya diangkat dan pantas anak mata Rayyan dicari. Mulutnya mencebik sedih saat melihat wajah mencuka Rayyan.

"Bukan macam itu, abang. Kita mana tahu masa akan datang. Zaira cuma cakap aja kalau.. "

"Abang tak nak dengar itu semua. Kita banyakkan berdoa semoga semuanya dipermudahkan. Boleh? " Rayyan berkata lagi.

Tanganya sudah melilit pinggang Zaira. Sayu menghambat hatinya bila memikirkan kemungkinan tersebut. Tak dapat nak bayang kalau hidupnya tanpa Zaira di sisi.

"Boleh. Zaira minta maaf sebab tanya bukan bukan. Zaira cuma takut aja. Zaira tak pernah lalui saat saat melahirkan bayi ini." kata Zaira memujuk hati si suami. Rasa bersalah pula buat Rayyan mencuka.

Lelaki itu hanya mengulam senyum kecil. Tangannya naik menggosok belakang tubuh Zaira. Kemudian mereka menyambung semula mencari barang barang bayi yang tidak lengkap lagi.

Selesai membeli, Rayyan menyinggah pula sebuah restoran makanan siam untuk makan malam. Perut dah berkali kali bagi isyarat untuk diisi. Nak tak nak sebelum balik singgah sekejap lah untuk mengisi perut.

Selesai membuat pesanan, Zaira bersandar kepenatan di kerusi. Ingat bawa perut yang makin memboyot ini tak penat ke. Tambah pula Zaira diserang sakit sakit pinggang dan ari arinya. Cuma dia diamkan sahaja. Tak nak merosakkan temujanji mereka ini.

"Zaira okay? Senyap aja? " Rayyan bertanya. Wajah pucat isterinya ditenung. Hati dah berentak tidak enak.

"Hmm? Zaira okay je. Cuma letih sikit. " balas Zaira. Pinggangnya disentuh. Rasa lenguh berganda dan membuatnya sangat tidak selesa. Kedudukannya di alihkan mencari keselesaan.

Sebelum ini ada juga rasa sakit sakit mencucuk di pinggang. Zaira selalunya mengabaikan sahaja sebab pesan doktor itu adalah tanda normal bagi ibu hamil macam Zaira. Kalau dah tak tahan sangat, dia akan minta Rayyan urutkan jika Rayyan ada bersamanya.

"Nak balik tak? Kita tapau ajalah makanan. " Rayyan dah angkat tangan untuk memanggil pelayan tetapi Zaira menarik semula. Kepala digeleng.

"Tak payah. Zaira okaylah. " kata Zaira cuba meyakinkan.

"Okay. Kalau Zaira nak balik, bagitahu je abang. Okay? "

"Okay. " balas si isteri perlahan.

Rayyan sudah mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket. Dari tadi asyik bergetar sahaja. Mana lah tahu ada hal penting berkaitan kerja ke yang dia hampir terlepas.

Zaira cuba menyusun nafas. Terasa payah semacam nak bernafas apatah lagi rasa sakit di pinggang terasa memulas. Pinggangnya disentuh. Nak ke tandas kejaplah. Mungkin rasa memulas ini nak terberak agaknya.

"Abang. " panggil Zaira.

Rayyan tidak membalas. Anak matanya terpaku sahaja atas skrin yang menyala. Dahi sudah berkerut kerut membaca baik aksara yang tertera atas skrin. Khusyuk sangat sampai Zaira panggil pun tidak dengar.

"Abang. " Zaira panggil lagi.

Mungkin faktor suara riuh rendah pelanggan lain di dalam restoran ini telah menenggelamkan suara halusnya.

"Ha? Kenapa? " Rayyan membalas. Sekejap sahaja dia memandang Zaira sebelum anak matanya jatuh atas skrin semula.

"Zaira nak ke tandas sekejap tau? " beritahunya.

Rayyan mengangguk membenarkan. Tak tunggu lama lagi, Zaira menolak kerusi dan bangkit. Pinggangnya yang memulas hebat itu buatkannya tidak berdiri stabil. Nampak sedikit membongkong.

Baru setapak berjalan, Zaira mengesan sesuatu yang aneh pada kain labuh yang dipakainya. Air bertompok pada kainnya. Terkebil kebil mata Zaira. Belum ke tandas lagi takkan lah dia dah membuang air pula kat sini.

"Abang. " Zaira memanggil lagi.

"Iya, sayang? "

"Air apa ini? "

Dengan pantas, Rayyan mengangkat wajahnya. Jelas wajahnya berubah kaget melihat kearah yang sama Zaira tunjuk padanya.

Takkanlah!

Tanpa banyak kata, Rayyan bangun mengejut sehingga menghasilkan bunyi seretan pada kerusi. Tubuh kecil Zaira dicempung gaya bridal. Zaira yang tidak bersedia apa apa cepat cepat melilit tangannya pada leher Rayyan.

"Abang! "

Malu sungguh pada orang awam yang melihat aksi mereka ini. Rayyan dah tak fikir apa. Yang cuma terlintas dalam kepala hanyalah isterinya sahaja.

"Maaf! Maaf! Beri laluan! Isteri saya nak bersalin! "







MRS. RAYYAN 2: PERMATA HATIWhere stories live. Discover now