04

1.1K 48 0
                                    

"Allahu akbar, allahu akbar.. "

Laungan suci itu bergema segenap ruangan wad yang menempatkan Zaira dan beberapa lagi ibu mengandung. Zaira tersenyum lemah memandang ke arah suaminya yang berdiri di sisi katil sedang membacakan iqamat kepada anak perempuan sulung mereka.

Selepas sahaja Rayyan sampai di hospital, Zaira pula sudah sakit dan bersedia untuk melahirkan anak mereka. Macam pelesitlah Rayyan berlari naik tangga ke tingkat lima, paras sakit puan dan dewan bersalin. Habis orang lalu lalang ditepisnya.

Nasib baiklah tak terbabas dengan strecther yang bawa pesakit. Rayyan, Rayyan. Orang lain pun bakal jadi bapa juga, tak adalah kelam kabut macam kau!

Lepas beberapa masa bertarung nyawa, maka lahirlah lagi seorang umat nabi muhammad ke dunia. Zaira dan Rayyan berkongsi kegembiraan sama sama.

Seperti yang dirancang, anak mereka dinamakan Zara Rayhana binti Ahmad Arrayyan.

Rayyan melabuhkan punggung di birai katil. Bayi kecil berkulit putih kemerahan itu ditepuk punggungnya perlahan untuk mendodoikan.

"Zaira kalau penat, tidur lah. Abang ada teman ini. "

Wajah Zaira jelas keletihan. Namun Zaira hanya memberi gelengan kepala.

"Tak nak. Zaira tak puas tengok Zara lagi. "

Rayyan meletakkan Zara ke dalam pelukan Zaira. Kemudian Zaira mengiringkan tubuhnya menghadap Zara yang lena.

"Abang tengok muka Zara ini. Banyak ikut abang lah. " ujar Zaira.

Wajah Zara dan Rayyan dibandingkan. Banyak persamaan.

"Mestilah. Dah abang papa dia. "

Zaira mencebik. Dia yang berhempas pulas melahirkan, Rayyan juga yang dapat nama. Tak kisahlah, yang penting Zara tetap anaknya juga.

"Abang tengok hidung dia, macam abang tau. Mancung sikit tak sama macam Zaira. Zaira kecil sikit. "

Jarinya mengusik hidung si kecil. Nasib baik Zara tak cepat terjaga. Kecil kecil dah tidur mati, ikut perangai papa dia juga ini.

"Lepastu abang tengok dia punya kening. Macam abang juga. Kening lebat tak macam Zaira. Zaira.. " Zaira menyentuh keningnya.

"Eh lebat juga. Tapi masih tak sama macam Zaira lah. "

Rayyan hanya memerhati mulut Zaira yang membebel itu lama lama. Sampai Zaira pun terdiam kerana segan ditenung lama lama. Tangan naik meraba wajah. Kut kut ada tahi hidung terkeluar ke.

"Kenapa pandang Zaira macam itu? " soalnya.

"Tak sangka bidadari abang dah jadi ibu sekarang. Tahniah mama. " kata Rayyan.

Sempat lagi bibirnya mencuri cium pada dahi Zaira. Terpaksa lah membongkok sedikit sebabnya Zaira sedang berbaring. Zaira dah tersengih. Suka dengar ayat bidadari abang dari Rayyan.

Rasa bunga bunga je hati dia.

"Zaira pun macam tak sangka je Zaira dah bergelar mama masa Zaira umur 20 tahun. Orang lain tengah sibuk study dan assignment, Zaira sibuk kelek baby dengan suami. " balasnya.

"Dah jadi mama ini dah tak boleh manja manja dengan suami lagi. Zaira dah tak boleh nak minta dukung dukung lagi macam dulu. "

Zaira mencebik bibir. Ini tak suka ini.

"Kenapa pula? Kalau Zaira tak boleh manja dengan abang, siapa yang nak manja dengan abang? "

"Abang cari isteri lain. "

MRS. RAYYAN 2: PERMATA HATIWhere stories live. Discover now