03

1K 56 1
                                    

"Kalau Zaira mati masa lahirkan Zara macam mana? "

Sedari Zaira masuk ke wad kecemasan sampailah satu jam lebih di ruangan menunggu, hanya ayat itu sahaja yang berlegar dalam kepala Rayyan.

Pipinya ditongkat pada sebelah tangan. Pintu bilik kecemasan dipandang sahaja sambil menunggu perkhabaran isterinya.

Rayyan dah rimas duduk luar ini. Apa ceritanya Zaira dalam itu pun dia tak tahu lagi. Akhirnya Rayyan bersandar dan merehatkan kepalanya di dinding.

Kalau ikutkan hati nak terjah aja bilik kecemasan itu. Tapi nanti buat malu aja.

"Ya Allah.. Kau permudahkan lah segalanya.. " bisik Rayyan. Tangannya naik meraup wajahnya berkali-kali.

"Eh Rayyan. Sini rupanya kau! "

Rayyan mengangkat kepala. Wajah Puan Raudhah dan Nek Tijah menghiasi ruangan mata. Rayyan hanya mampu membalas senyum kecil sahaja. Tangannya turun daripada wajah.

"Zaira macam mana? Doktor ada kata apa apa? " soal Puan Raudhah setelah melabuh duduk sebelah anak tunggalnya.

"Belum lagi. Dah dekat sejam Yan duduk luar tapi seorang doktor pun tak cari Yan. " balas Rayyan.

"Memang due date Zaira hari ini ke? " Nek Tijah pula bertanya.

"Tak lah, nek. Ada lagi dua minggu. Tak sangka pula air ketuban pecah awal. Dah lah tak sediakan apa apa masa datang sini. " jelas Rayyan.

"Kita doakan yang terbaik untuk Zaira nanti. " pesan Nek Tijah.

Rayyan mengangguk mengiyakan.

"Kau baru balik kerja ke? Kata keluar makan tadi masa Zaira pecah ketuban. " soal Puan Raudhah.

Rayyan melihat tubuhnya yang berbalut kemeja dan seluar hitam. Kepala yang tidak gatal di garunya. Terlalu kalut sangat sampai dia tak sedar yang dia tak mandi lagi.

Aduhai..

"Haah, ini pun tak solat Isyak lagi ini. "

"Bertuah punya anak. Pergi balik sekarang. Mandi dan solat. Biar segar sikit badan Yan itu. "

Habis paha Rayyan dikutil Puan Raudhah. Rayyan hanya mengoyak senyum kecil. Nak tinggalkan isteri yang sedang bertarung sakit kat dalam itu? Memang tak lah.

"Yan nak tunggu Zaira lah, mak. "

"Emak dengan Nek tijah ada nak tunggu kan Zaira. Yan itu pergi bersihkan diri dulu. Solat, minta pertolongan dari Allah semoga semuanya dimudahkan. " kata Puan Raudhah. Bahu anaknya ditepuk berkali-kali.

"Baliklah dulu yan, nek pun rasa lama lagi Zaira ini. " Nek Tijah juga cuba memujuk.

Akhirnya Rayyan akur. Punggungnya diangkat untuk bangun.

"Kalau ada apa apa nanti, cepat cepat call Yan. Tau emak? "

"Ya. Emak call kau nanti. Dah balik dulu. Nanti jangan lupa bawa kelengkapan Zaira sekali. Baju dia, barang barang baby nanti. Bawa sekali. " pesan Puan Raudhah.

Rayyan hanya memberi isyarat anggukan kepala. Langkah dibawa keluar daripada kawasan wad ibu bersalin.

Bukan hanya dia sahaja yang ada di situ. Ahli ahli keluarga yang lain juga ada. Ramai para suami yang berdiri menunggu isteri mereka. Ada yang ketat aja muka, ada yang tersenyum lebar. Itu mesti isteri dah selamat beranak.

Ada juga yang menangis..

Rayyan memperlahankan langkah. Sekeluarga yang menangis itu menjadi tatapan.

Apahal pula itu?

Rayyan sekadar melintas tetapi telinga lintahnya terdengar pula perbualan salah seorang daripada mereka yang sedang bercakap dengan telefon.

"Aini dah meninggal lepas lahirkan anak sulung dia. Doakan yang terbaik untuk arwah.. "

Rayyan dah terbuntang mata luas. Tekak pula dah merembes air liur banyak dan terpaksa Rayyan telan. Terasa kelatnya.

Meninggal dunia masa lahirkan anak pertama mereka? Kenyataan itu seakan berputar dalam minda Rayyan. Terus nama wanita cinta hatinya terdetik dalam hati.

Zaira!

Ini rasa nak patah balik lepas tu terjah dalam wad. Cari Zaira dan selalu ada disamping isterinya itu. Hati tak boleh tenang langsung selagi Zaira tak selamat lahirkan anak mereka itu!

"Amin ya rabbal a'lamin.. "

Tapak tangannya dibawa ke wajahnya dan disapu rata. Rayyan termenung di atas sejadah. Kala ini rumah terasa sunyi sahaja. Kalau tak lepas sahaja wirid, mesti dia dan isterinya bergurau senda.

Rayyan meraup wajahnya berkali-kali. Jantungnya mengepam darah dengan lebih laju. Terasa denyutan nadi menggila pada saluran arteri pulmonari di tepi lehernya. Ini bukan tanda dia jatuh hati berdebar-debar ke apa. Ini tanda dia terlalu risaukan keadaan Zaira di hospital.

Tak mahu berlama lama dalam dunia sendiri, Rayyan bangun dan melipat sejadah. Sejadah diletak pada penyidai. Kemudian barang barang peribadi Zaira dan bakal anaknya dicapai. Sebelum solat tadi, dia dah kemas barang barang tersebut.

Rayyan menyisir rambutnya yang serabai. T shirt putih yang tersarung di tubuhnya, ditukar dengn T shirt polo warna hitam. Dalam keadaan macam ini, cepat aja rasa rindu itu menjengah. Ketiadaan Zaira walau seketika sudah buat dia tak keruan.

Hebat betul penangan cinta Zaira ini.

Setelah bersiap ala kadar, Rayyan keluar daripada bilik utama. Seketika telefonnya berbunyi. Rayyan pantas meraba poket seluar. Telefon nipis dikeluarkan dan butang hijau di gesek ke tepi.

"Assalamu'alaikum emak. "

"Waalaikumsalam, Rayyan. Cepat datang hospital. Doktor nak jumpa Rayyan cepat sebabnya Zaira ini kene bersalin cepat cepat. Bahaya pada baby kat dalam. " risau nada suara Puan Raudhah.

Rayyan dah kalut. Terus dia berlari ke pagar untuk dikunci. Tangan pun dah tak tentu arah nak memusing kunci.

"Ya Allah! Ya ke mak? "

"Ya! Emak dengan Nek Tijah ada tengah teman Zaira ini. Zaira dah merengek nak yan. Zaira pun tengah sakit sakit nak beranak dah ini. "

"Tunggu kejap emak! Rayyan dalam perjalanan! "

"Cepat sikit bawa kereta tu. "

Talian dimatikan. Dahi Rayyan sudah tumbuh manik manik peluh dingin. Semacam dia pula yang nak bersalin.

Rayyan membuka langkah laju pula ke kereta. Barang barang dicampak ke belakang tempat duduk belakang. Rayyan meloloskan diri dalam tempat duduk pemandu dan anak kunci kereta dicucuk berkali kali.

Tak masuk pula dah! Orang nak cepat masa masa ini lah nak buat hal. Rayyan tunduk. Oh patutlah tak masuk. Salah cucuk rupanya. Rayyan memasukkan anak kunci ke dalam. Sejurus itu enjin kereta pula dihidupkan.

Rayyan terus memutar stereng kereta keluar daripada kawasan rumah mereka. Tanpa sengaja, Rayyan menekan minyak lebih sampaikan bumper keretanya menghentam pasu jiran sebelah rumah. Rayyan dah berdecit geram.

Apahal semua kecelakaan ini nak berlaku masa dia tengah kelam kabut ini!

Esok esok lah dia minta maaf dengan mak cik rumah sebelah ini.

Kalut betul Rayyan ini.
Macam biasa, jangan lupa vote dan komen! In Sha Allah aku akan balas satu satu.

-Naufalmikael-

MRS. RAYYAN 2: PERMATA HATIWhere stories live. Discover now