11

1.2K 41 3
                                    

Kepala hoodie merah jambunya ditarik menutup kepala yang berbalut tudung syria hitam. Cuaca hari ini terik sangat sampaikan nak terbakar dirinya berada di bawah terik matahari. Sambil sambil menunggu lampu isyarat bertukar merah, gadis itu mengeluarkan telefon bimbitnya.

Ruangan sembang whatsapp dibuka. Sembang paling atas ditekan.

Luv ♡
- I'm sorry. Please call me later if you had read my message.

Gadis itu mencebik. Dia sudah meluat dengan perangai teman lelakinya yang sudah tidak jujur dengan dirinya lagi. Kalau dah ada perempuan lain, kalau dah bosan dengan dirinya bagitahu sahajalah. Lepaskan dia. Senang cerita.

Aileen menghela nafas berat. Nama contact lelaki tak guna itu ditukar. Sakit matanya bila melihat perkataan luv itu. Aileen tersenyum puas.

Monyet

What a great name.

Bila lampu isyarat bertukar merah, Aileen mula berjalan. Orang sekeliling yang juga berada di ruang lintasan zebra masih tidak berganjak. Tunggu apa pun tak tahulah.

Tiba tiba sebuah tangan menariknya ke belakang beberapa tapak. Sempat Aileen berpaut pada lengan itu. Kalau tak punggungnya sudah mencium tanah.

Baru sahaja Aileen nak memuntahkan kemarahannya, sebuah motor meluncur laju hadapannya. Aileen dah tergamam. Kalau dia tak berundur mesti tubuhnya dah terpelanting tadi.

Baru sahaja nak mengucap terima kasih, lelaki yang membantunya sudah berjalan pergi. Aileen mengejarnya.

"Bang! "

Lelaki itu tak menoleh. Mungkin tidak menyedari ada yang mengejarnya. Aileen mengejar langkah lelaki itu sampai ke seberang jalan. Hujung hoodie hitam lelaki itu ditariknya.

Terus mati langkah lelaki itu. Aileen dah bersorak gembira.

"Bang, "

"Siapa abang kau? " dingin sahaja suaranya.

Aileen nak tersentap tapi tak jadi lah. Dia cuma nak mengucapkan terima kasih.

"Terima kasih sebab tarik saya tadi. Kalau tak, tak tahulah apa nak jadi dengan saya nanti. Terima kasih! " senyuman manis bak gula diberi.

Orang berbudi kita berbahasa. Janganlah orang cop dia perempuan gatal pula.

"Lain kali jangan nak berangan tengah tengah jalan. Ikutkan hati aku nak aja kau tu kene lenyek dengan kereta. "

Seusai bercakap lelaki itu beredar. Aileen mencebik. Kenapalah orang zaman sekarang ini tak reti berbudi bahasa? Kita elok elok ucap terima kasih, dia boleh pula nak marah marah kita.

Belakang tubuh abang hoodie hitam itu dipandang. Tangannya naik disilang atas dada sebelum bibirnya mengoyak senyuman.

"Till we meet again, abang hoodie. "

Selesai membayar tambang grab car, Aileen berdiri dihadapan pintu pagar rumah tersebut. Alamat yang tertulis di atas nota secebis itu dipandang berkali kali. Tak silap lagi. Memang ini lah rumahnya.

Keadaan rumah sunyi sahaja. Kereta pun tak ada.

Aileen duduk tepi pagar. Kepalanya disandar ke pagar rumah. Keluhan berat terbit di bibirnya.

"Eh dik? Buat apa depan rumah itu? " seorang wanita sebaya katanya menegur.

Aileen mengangkat kepala. Senyuman mesra diberi. Mungkin boleh minta bantuan daripada kakak ini.

MRS. RAYYAN 2: PERMATA HATIWhere stories live. Discover now