21

581 45 1
                                    

"Terima kasih pak cik! "

Lepas bayar tambang teksi, Aileen keluar dan berdiri hadapan rumah semi-D tersebut.

"Assalamu'alaikum! Zaira! "

Sunyi sahaja rumah itu. Garaj di lihat. Kosong tiada kereta. Zaira tiada di rumah kah? Aileen berlegar hadapan rumah tersebut.

Tangannya meraba raba seluar jeansnya. Telefon bimbitnya cuba dicari. Telefon bimbit nipis tersebut dikeluarkan dan dihidupkan. Malangnya telefon bimbit tersebut mati.

Aileen bersandar di tembok pagar. Ini lah kalau suka hati nak serang orang kat rumah. Last last Zaira tiada di rumah pula. Nak buat apa ini?

"Okay. This weekend, saya nak kita jumpa dekat cafe biasa and awak bawa penganti awak tu. "

Aileen ketuk kepalanya. Kenapa lah dia bodoh sangat pergi terima cabaran itu? Sekarang ini dia yang blank nak cari siapa pula nak jadi teman lelaki upahannya? Macam drama.

Takkan nak minta tolong abang Adamnya pula? Firhad mestilah kenal kan.

Tiba tiba idea gila Aileen muncul tadi nak minta tolong Zaira dan Rayyan. Ingatkan nak merayu melutut kat Zaira supaya meminjamkan suaminya. Memang gila tapi kalau terdesak nak buat macam mana kan.

Ini tiba tiba Zaira tak ada kat rumah pula.

Aileen mencangkung setelah penat berdiri. Langit dipandang. Suram sahaja. Macam nak hujan pun ya. Tiba tiba petir berdentum menghentam bumi. Terjerit Aileen kecil. Dia memang takut dengan petir sejak kecil.

Tak lama itu hujan lebat menuruni bumi. Aileen dah termenung jauh. Basah kuyup sudah dia jadinya.

Pom!

Petir berdentum lagi. Kilat saling sambar menyambar. Aileen memeluk kakinya rapat ke dada kemudian wajahnya ditekup ke tengah lututnya. Air hujan yang deras menghujani tubuhnya. Kesejukan terasa mencengkam dada.

"Apa lah nasib aku.. Malang dalam percintaan.. Malang sebab tak bawa payung.. Malang sebab telefon habis bateri.. " gumamnya perlahan.

Hujan masih lebat. Tetapi semakin lama titisan hujan tidak menghentam dirinya. Aileen mengangkat kepalanya. Jelas ruangan matanya seorang lelaki berdiri tegak sambil memegang payung memayungi dirinya dan lelaki itu juga.

"Carl. "

Haikal menayang riak kosong.

"Sayang, "

"Ya, abang. "

Kini mereka tersekat dalam lalu lintas. Hujan lebat menuruni membasahi bumi. Terasa kesejukan yang mencengkam, Rayyan memperlahankan volume penghawa dingin. Selesema pula anaknya nanti.

"Tadi, ketua unit abang bagitahu yang minggu depan abang dan team lain kena hadiri kursus dekat JB. "

Zaira yang sedang menepuk punggung Zara terus terhenti. Sisi wajah suaminya dipandang. Muncungnya jelas kelihatan.

"Bila? Berapa lama? "

"Minggu depan dah kena pergi dalam tiga ke empat hari macam tu lah. Zaira nak ikut? "

Zaira geleng kepala. Memang lah dia suka ikut Rayyan pergi kursus, tapi tu dulu. Mengingatkan balik betapa bosannya dia dalam bilik hotel nak menunggu Rayyan habis kerja. Tak mahu lah.

Lagi pun Rayyan selalu pesan jangan ke mana mana tanpa dia. Takut sangat isteri mudanya ini kena ngorat orang lain.

"Tak naklah. Lagipun kita sekarang dah ada Zara Rayhana bucuk bucuk ini. Susah pula kalau apa apa hal. Zaira duduk rumah je. "

MRS. RAYYAN 2: PERMATA HATIWhere stories live. Discover now