Jamuan yang berlangsung sehingga hampir pagi. Hatinya terdetik ingin melawat gadisnya yang sudah dua hari tidak di jumpa. Rasa rindu dalam dirinya memuncak tinggi.
Tapi sebaik pintu bilik Elrose di tolak hingga terbuka luas. Kelibat gadis yang di cari tidak ada di situ. Jian Shen mula curiga ke mana perginya Elrose waktu pagi begini. Sebelum mengangkat kaki ingin mencari Elrose ke tenpat lain, susuk tubuh dua orang perempuan yang merupakan dayang Elrose datang ke arah bilik gadisnya.
Jian Shen menahan langkah Wei Shin dan Mei Ying yang langsung menunduk hormat apabila melihat kedatangan raja mereka.
" Ke mana perginya puteri Elrose? Dia di kamar mandi atau bersiar siar keluar? ". Wei Wei berpandangan pelik dengan Mei Ying. Mereka baru sampai dan ingin menyapa Elrose. Mereka berdua fikir Elrose ada di dalam bilik. Ke mana tuan puteri mereka pergi.
" Ampunkan kami Tuanku.. Kami tidak tahu ke mana puteri Elrose pergi kerana baru pagi ini kami datang untuk melawat puteri Elrose Tuanku ". Jawab Wei Shin sejujurnya walaupun jantung dia mula memainkan gendang ketakutan. Jangan kata Elrose melarikan diri.
" Celaka! ".
Wei Shin yang mendengar carutan kasar keluar daripada mulut raja mereka menunduk takut dengan badan menggigil kecil. Mata tajam Jian Shen muncul menatap sekeliling bilik mencari keberadaan Elrose. Mana tahu Elrose ingin bermain sorok sorok dengan dirinya?
Jian Shen melangkah angkuh melepasi kedua dayang yang sedang ketakutan setengah mati. Mei Ying mengenggam lengan baju Wei Shin kuat bersama wajah yang cemas.
" Puteri Elrose tidak mungkin melarikan diri dari tempat ini kan Wei Shin! ". Ujar Mei Ying gelisah. Wei Shin lekas menatap sahabatnya dengan kening bertaut rapat. Kalau itu sampai terjadi, Jian Shen akan murka dan mengamuk besar!
" Mari kita cari di mana keberadaan puteri Elrose sekarang ini! Cepat Mei Ying kita tidak mempunyai waktu yang banyak untuk termenung! ". Wei Shin menarik tangan Mei Ying yang mula termenung kerana cemas. Mereka berdua berlari untuk mencari Elrose di sekitar kawasan.
Namun sayangnya pencarian mereka yang memakan masa sehingga hampir beberapa jam tidak membuahkan hasil. Bayang Elrose pun tidak kelihatan. Pada waktu itu di istana Jian Shen mula mengamuk kerana keberadaan Elrose tetap tidak di temukan.
Segala barang berselerak kelantai dan semua para pengawal yang bertugas malam itu terkena amukan Jian Shen terutamanya seorang pengawal yang berjaga di depan bilik Elrose malam semalam.
Pengawal tersebut di pukul tanpa belas kasihan. Perutnya di pijak keras oleh Jian Shen yang sedang di amuk kemarahan. Perkara itu di saksikan oleh beberapa orang pengawal, Ying Zhiou dan kedua dayang Elrose. Mei Ying menatap takut sehingga air matanya merembes keluar.
Jian Shen masih tidak berpuas hati kini dia berpaling ke arah Ying Zhiou yang sedang berdiri lalu sebuah penumbuk di layangkan kuat mengenai pipi orang kanannya sehingga terjatuh ke lantai. Nafas beratnya laju keluar dengan dada naik dan turun secara pantas.
" Kau orang semua tak menjalankan kerja dengan betul! Macam mana seorang gadis boleh menghilangkan diri tanpa ada satu pun yang sedar! ". Jeritan kemarahan Jian Shen keluar dengan nada tidak formalnya. Begitulah dirinya jika sedang di ambang kemarahan.
Jian Shen berdengus geram lalu menatap kedua dayang Elrose garang dengan rahang terketap kuat. Kedua dayang Elrose tadi juga terkena amukan ganas Jian Shen sehingga hampir terluka. Bila Jian Shen bertanya kenapa tak sedar Elrose bolej hilang.
Wei Shin dan Mei Ying berulang kali menjawab yang mereka tidak tahu macam mana Elrose boleh hilang kerana mereka di tugaskan untuk membantu menyiapkan jamuan atas arahan ketua dayang. Sejurus itu, jeritan kuat Jian Shen keluar memekik kuat.
YOU ARE READING
The Pirate's Obsession
Historical FictionElrose menolak kuat tubuh tegap penuh berotot milik lelaki yang merupakan Sang Raja kerana cuba mencium bibirnya. Tanpa sengaja sebuah tamparan hinggap pada pipi Sang Raja itu. Raja itu ; Zhu Jian Shen murka lalu dengan kasar tubuh kecil milik Elro...