TPO 23

22.1K 1.3K 114
                                    


Elrose membiarkan kedua dayangnya menyiapkan dirinya di tengah hari. Setelah selesai berpakaian seperti biasa, Elrose berjalan perlahan menuju ke atas katilnya sebelum melabuhkan duduk. Elrose melirik lengannya yang berbalut kain putih menutupi lukanya yang tidak sembuh lagi.

Daripada bangun tadi, Elrose tidak melihat kelibat Jian Shen melawat dirinya atau menjenguk keadaannya. Ke mana lelaki itu pergi? Elrose bukan berharap Jian Shen melawat dia cuma hatinya agak tertanya tanya di sebabkan ayat raja muda yang seakan ingin pergi jauh.

Mei Ying meneka sendiri daripada riak wajah Elrose yang mungkin mencari keberadaan Raja mereka. Jadi tanpa Elrose bertanya, Mei Ying terlebih dahulu memberitahu tentang ke mana Jian Shen telah pergi.

" Puteri Elrose.... Yang Mulia dan Ying Zhiou bersama beberapa orang pengawal telah pergi ke laut pada pagi tadi. Jadi kemungkinan Yang Mulia tidak sempat memberitahu puteri sendiri ". Jelas Mei Ying selepas melihat riak wajah Elrose yang seakan gelisah.

Elrose tersentak kecil daripada tatapannya yang menuju ke pintu kini dia menatap Mei Ying dengan wajah yang sedikit terkejut. Elrose terdiam mendengar suara Mei Ying seketika tadi. Jadi— persoalan tentang ke mana Jian Shen pergi akhirnya terjawab.

Kenapa Jian Shen pergi ke laut? Untuk apa?

" Oh... Ke—Kenapa Jian Shen pergi ke laut? Ada sesuatu yang terjadi ke? ". Elrose bertanya lagi mengikuti hatinya yang menyuruh. Dia menanti jawapan yang bakal diberikan oleh dayangnya.

Mei Ying mengenggam jari jemarinya yang bertautan lalu melirik Wei Shin beberapa saat. Elrose hanya diam menunggu jawapan.

" Yang Mulia pergi ke laut— untuk melanun, Puteri Elrose... ". Terdapat jeda ketika Mei Ying cuba menjelaskan kepada Elrose. Elrose yang awalnya beriak biasa kini bertukar terkejut. Melanun? Raja apa yang pergi melanun? Sedangkan Jian Shen ada negaranya sendiri?

Elrose menunduk memandang lantai sebelum dia mendongak kembali menatap Mei Ying dan Wei Shin. Apa lagi yang Elrose tak tahu tentang Jian Shen? Kenapa lelaki tu terlalu banyak rahsia? Dan— kenapa Elrose sibuk memikirkan lelaki yang sudah merosakkan hidupnya?

Ketika perkara itu terdetik di fikirkannya, Elrose terus bangkit dengan senyuman tipis. Kalau macam tu dia boleh berkeliling kawasan tanpa melihat wajah Jian Shen. Bukan ke itu suatu berita yang baik?

" Saya nak pergi berjalan jalan dekat kawasan kolam boleh kan? ". Elrose mengeluarkan kehendaknya kepada kedua dayang yang masih berdiri. Daripada terus menerus duduk dalam bilik lebih baik dia keluar cari udara segar.

" Bo–Boleh Puteri Elrose tapi— ". Daripada tadi hanya Mei Ying yang menjawab setiap pertanyaan Elrose. Wei Shin hanya berdiri tanpa membuka mulut sekali pun. Kenapa dengan  dayangnya yang satu ini? Elrose ada buat salah lagi ke?

Kenapa hati Elrose berbisik bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan Wei Shin? Tapi lekas Elrose menghalau fikiran negatif dia tentang Wei Shin sejauh mungkin.

" Tapi apa Mei Ying? Saya tak boleh keluar lagi ke? ". Tak mungkin Jian Shen tak izinkan dia berkeliling dekat kawasan istana kan? Jian Shen tak akan kurung dia lagi kan.

" B-Bukan begitu Puteri Elrose. Cuma— ". Mei Ying cuba mencari jawapam yang sesuai untuk Elrose tapi tak keluar.

" Cuma apa? Jian Shen tak dibenarkan saya keluar? ". Potong Elrose apabila Mei Ying kembali berjeda lagi.

" Bukan. Cuma— ". Mei Ying masih cuba mengatakan hal yang sebenarnya namun tidak berjaya dan hasilnya dia terdiam sendiri.

" Dekat luar nanti tuan Puteri akan tahu sendiri jawapannya ". Elrose yang menunggu jawapan Mei Ying kini berpaling menatap Wei Shin yang bersuara sesaat tadi. Kenapa dekat luar baru Elrose dapat jawapan? Apa yang jadi.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now