Jian Shen meletakkan Elrose di atas katil secara lembut walaupun sebenarnya jiwanya marahnya bergelonjak tinggi ingin menjatuhkan sebuah hukuman kepada Li Xin Ai dan juga Menteri Li atas perlakuan buruk yang Xin Ai lakukan kepada Elrose. Elrose mencengkam lengan bajunya kuat.
Sejuk menyelebungi dirinya bersama bau air kotoran yang jelas terhidu oleh sesiapa yang menciumnya. Elrose sendiri terpaksa menahan diri untuk tak muntah dengan bau yang berasal daripada badannya sendiri. Tetapi tidak dengan Jian Shen. Dia mengabaikan bau yang ada dengan memeriksa anggota badan Elrose yang terluka.
" Kenapa kau tak melawan Elrose? Kenapa? Kenapa kau biarkan Xin Ai lakukan benda ni pada kau? Tak boleh ke kau kuat sikit! Jangan jadi terlampau lemah Elrose! ". Di sebabkan terlalu risau Jian Shen tidak dapat menahan marahnya. Tangan yang terkepal di atas riba Elrose mengetat erat.
Seakan begitu marah dengan apa yang telah terjadi. Jian Shen menatap Elrose dengan sedikit mendongak bersama renungan yang tersangat tajam. Elrose terkedu dalam menahan rasa sejuk. Ini salah siapa sebenarnya? Kenapa dia pula yang kena marah dengan Jian Shen? Apa salah Elrose?
Bibir Elrose mengeletar menahan sejuk lalu tangannya menepis tangan Jian Shen yang berada di atas ribanya tadi. Elrose berkedip beberapa kali menghalang air mata sedih daripada jatuh di depan raja yang baru pulang itu. Jian Shen mengerutkan dahinya dengan tepisan Elrose.
" Le—mah? Awak cakap saya lemah Jian Shen? Saya— terlampau lemah— Awak fikir saya nak ke semua ni berlaku? Awak fikir tempat asing ni tempat saya ke Jian Shen dan— Awak fikir siapa yang buat saya jadi lemah macam ni Jian Shen. Siapa? Kalau tak sebab awak sentuh saya. Puteri Li Xin Ai tak akan ganggu saya Jian Shen ".
Tepat itu , sebutir cecair jernih jatuh mengenai riba Elrose. Jian Shen yang tadinya menatap tajam ke arah Elrose kini memalingkan wajah ke lantai dengan genggaman tangan membentuk penumbuk. Elrose merenung Jian Shen yang tidak memandang dirinya lagi.
" Aku tak kisah Elrose— yang penting tolong jangan terlampau lemah. Sebab— aku bukan ada di sisi kau sepanjang masa untuk melindungi kau Elrose ". Ujar Jian Shen lagi dengan nada suara yang keras. Dia mengetap rahangnya kuat seraya mencengkam lengan lemah Elrose. Matanya menjadi merah dengan urat yang mula timbul.
Elrose tak beriak lebih. Dia cuba melepaskan cengkaman tiba-tiba Jian Shen pada lengannya. Elrose membiarkan pandangan mereka bertemu. Jian Shen dengan pandangan yang menusuk tajam manakala Elrose dengan pandangan yang begitu tersakiti dan sedih. Elrose mengemam bibir kuat sebelum membuka mulut lagi.
" Saya tak minta awak lindung saya Jian Shen ". Jawab Elrose dengan tenang tapi di dalam hatinya sudah menjerit menangis. Elrose memegang tangan Jian Shen selepas tidak berjaya melepaskan cengkaman. Jian Shen murka dengan ucapan Elrose yang di rasakan memperlekehkan kuasanya.
Jadi marah yang bercampur bengang Jian Shen menyentap kasar baju pada tubuh Elrose sehingga terlerai memperlihatkan kulit Elrose. Lekas Elrose menahan bajunya daripada terdedah pada tatapan Jian Shen yang sedang marah. Elrose menumbuk dan memukul badan Jian Shen.
" Diam. Elrose!! ". Jian Shen mengungkapkan kata dengan perlahan namun terdengar cukup keras. Memberi amaran kepada Elrose yang cuba memberontak. Tapi sikit pun Elrose tak berhenti. Malah dia makin memukul Jian Shen dengan tak teratur.
Jian Shen berdecih perlahan sebelum menarik tangan kurus Elrose ke arahnya dan dalam sekelip mata mengangkat tubuh gadis pemberontak itu ke atas bahunya lalu bergerak ke arah tempat mandi khusus miliknya. Elrose apalagi menjerit kuat seraya cuba menendang Jian Shen ketika dirinya berada di bahu raja itu.
Sampai di kolam mandiannya Jian Shen tanpa berperasaan mencampak badan kecil Elrose ke dalam kolam. Tercebur Elrose ke dalam kolam mandi yang begitu luas dengan percikan air yang besar. Jian Shen berdiri dengan hanya memerhati tak berniat mahu membantu Elrose yang tersedak air.
YOU ARE READING
The Pirate's Obsession
Ficción históricaElrose menolak kuat tubuh tegap penuh berotot milik lelaki yang merupakan Sang Raja kerana cuba mencium bibirnya. Tanpa sengaja sebuah tamparan hinggap pada pipi Sang Raja itu. Raja itu ; Zhu Jian Shen murka lalu dengan kasar tubuh kecil milik Elro...