TPO 35

17.5K 1.1K 69
                                    

" Jian– Shen.. Saya nak cakap sesuatu dekat awak boleh ". Elrose menahan Jian Shen yang ingin pergi dengan jarinya memegang baju di bahagian siku raja itu. Automatik Jian Shen berhenti lalu menatap ke arah Elrose yang nampak serba tak kena.

Jian Shen menyerahkan busur panah yang dia pegang kepada Ying Zhiou lalu memberikan perhatian kepada Elrose. Sempat dia melirik jari Elrose yang masih mencubit bajunya sebelum menatap tuan punya badan.

Elrose menggigit bibirnya sambil mengumpul keberaniannya untuk bercakap dengan Jian Shen. Jian Shen berdiri gagah dengan kedua tangan di depan dada menunggu ayat seterusnya keluar daripada mulut Elrose. Elrose menunduk ke bawah dengan mata terpejam rapat. Setelah itu, barulah dia mendongak menatap Jian Shen.

" Sa—Saya nak minta—izin awak pergi ke–luar ambil angin dekat pasar petang esok ". Selepas itu, bibir bawahnya kembali di gigit kuat kerana tidak menerima jawapan daripada Jian Shen. Elrose cuba mengalihkan pandangan ke arah lain.

Dalam fikirannya, mungkin Jian Shen tak akan memberi kebenaran memandangkan dirinya pernah melarikan dulu. Secara perlahan dengan hati yang agak kecewa Elrose menarik tangannya ke sisi badan sambil kepala tertunduk memandang rumput di tanah.

Agak lama mereka berdua membisu, akhirnya Jian Shen membuka suara.

" Aku benarkan ". Laju kepala Elrose menoleh ke arah Jian Shen dengan wajah terkejutnya. Elrose tak sangka Jian Shen akan memberikan kebenaran sebab air muka raja itu tadi seakan tidak mahu mengizinkan dia pergi.

Jian Shen melangkah mendekati Elrose, dalam sekelip mata dia melingkarkan tangan pada pinggang Elrose sambil menariknya rapat. Elrose beriak terkejut dengan wajah mula memerah. Jian Shen merendahkan diri sehingga wajahnya merapat pada Elrose.

" Aku benarkan, sebab kau dengar cakap aku untuk berlatih tadi". Kedua mata mereka bertemu dengan bulu mata lentik  Elrose tak berhenti bergerak naik dan turun. Mendapat izin yang Elrose mahukan serta merta bibirnya mengukirkan senyuman gembira.

Perkara itu tidak lepas daripada tatapan Jian Shen. Melihat Elrose tersenyum menyebabkan bibirnya turut menyungging senyuman tipis.

" T—Terima kasih... ". Elrose berujar sambil cuba melepaskan pelukan Jian Shen pada pinggangnya. Sesaat, pelukan melonggar Elrose fikir dia boleh melepaskan diri rupanya tak. Jian Shen menariknya rapat kembali sehingga wajah mereka bertemu bersama hidung yang berlaga.

" Ying Zhiou akan awasi kau esok. Jangan sesekali berfikir untuk larikan diri Elrose. Kau sendiri tahu apa yang akan terjadi kalau kau cuba larikan diri lagi Elrose.. ". Nadanya berbisik perlahan namun terselit amaran keras kepada Elrose. Jian Shen beriak tenang ketika mengatakan itu.

Mendadak Elrose merasakan ketakutan tapi kepalanya mengangguk laju mengiyakan kata Jian Shen. Jian Shen melepaskan pelukan dan berlalu pergi meninggalkan Elrose. Ternaik tangan Elrose memegang dadanya.

Mendengar amaran keras Jian Shen boleh menyebabkan dirinya berada dalam tekanan dan ketakutan.









Esoknya tiba waktu petang yang Elrose nantikan. Elrose berjalan dengan kedua dayangnya berada di belakangnya. Di depan sana, terlihat Ying Zhiou berdiri menunggu kehadiran Elrose lalu memberikan hormat sebelum berdiri di belakang ketiga gadis itu.

Semasa melalui kawasan rehat langkah Elrose terhenti apabila menangkap figura Jian Shen yang duduk dengan hidangan petangnya di temani oleh menteri Li. Kemungkinan mereka berdua sedang bersembang tentang kerja.

Mata Elrose sempat bersambung dengan Jian Shen tapi lekas Elrose mengalihkan pandangan ke arah depan lalu terus berjalan pergi. Takut kalau Jian Shen tiba-tiba berubah fikiran tak mengizinkan dia keluar berjalan. Elrose berjalan keluar daripada kediaman raja dengan sinar gembira pada wajahnya.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now