Wajah Elrose saat ini memancarkan kehairanan ketika melihat ada seorang penari berpakaian seksi sedang menuang air ke dalam cawan emas yang tersedia khas untuk Jian Shen. Matanya tak lepas daripada penari tersebut.
Sesaat, pandangannya terhala ke bawah di mana tangan penari cantik itu mula menyentuh peha Jian Shen tanpa rasa takut ataupun malu. Elrose jadi tak selesa dengan keadaan ini. Macam mana seorang wanita boleh melalukan perkara itu di depan orang ramai tanpa perasaan malu?
Ke mana urat malu wanita penari tersebut. Elrose menurunkan tatapannya ke arah lain dengan wajah seakan kelat. Bukannya dia cemburu atau dengki. Cuma sikap penari cantik tersebut secara terang terangan menyentuh Jian Shen membuatkan Elrose sedikit geli.
Bagaimana dengan Jian Shen? Raja kaya raya itu hanya membiarkan tangan penari itu meliar di segenap badannya. Minuman yang di tuangkan ke dalam cawan emas, Jian Shen ambil sebelum menyisipnya sekali jalan. Matanya sempat melirik Elrose yang memandang ke arah lain.
" Tuanku—Zhu Jian Shen perlukan sebuah bilik. Biar patik sediakan terlebih dahulu. Bagaimana Tuanku? ". Telinga Elrose yang terbuka jelas mendengar tawaran berasal daripada lelaki berumur di atas singgahsana itu sedikit mengejutkan dirinya. Kenapa lelaki berumur itu menawarkan Jian Shen sebuah bilik.
Sesuatu melintas laju di dalam kepala Elrose. Automatik kepalanya menoleh ke arah Jian Shen yang nampak bersahaja. Padahal tangan penari cantik itu sudah meraba masuk ke dada tegap Jian Shen. Jian Shen tidak kelihatan menolak sama sekali. Mungkin kerana badan raja itu sudah tidak menyentuh gadis selama berminggu.
Kini, Elrose menatap wajah Jian Shen. Jian Shen sama sekali tidak membuka mulut untuk menerima atau menolak penawaran berharga tersebut. Merasa ada mata memerhati dirinya menyebabkan Jian Shen berpaling ke arah kirinya. Di mana Elrose berada.
Tersentak Elrose apabila anak mata dia bertembung dengan Jian Shen. Laju kepalanya menoleh ke arah depan. Dan itu merupakan silap Elrose kerana di seberang depannya sana terdapat banyak mata merenungnya. Semakin tak selesa dengan pandangan menyeramkan itu.
Kenapa? Hanya satu pertanyaan berulang dalam kepala Elrose. Kenapa semua orang nak pandang dia macam tu? Elrose tak pernah buat masalah dan ini kali pertamanya dia menjejakkan kaki ke tempat ini. Elrose pula sudah menahan haus sejak datang tadi.
Dia ada mengerling air jernih di depannya tapi Elrose menolak untuk memgambil air tersebut. Entah air apa yang orang orang itu hidangkan. Rupanya majlis ini di adakan untuk menyambut hari lahir lelaki berumur itu. Lelaki berumur yang di kenali sebagai ketua menteri di kawasan barat bawah merayakan ulang tahun yang ke enam puluh tahun.
Elrose fikir ini bukan kawasan pemerintahan Jian Shen. Rupanya tempat ini menaung di bawah kerajaan Jian Shen. Tapi sepatutnya kalau Jian Shen sebagai raja kenapa dia berada di bawah dan bukan di atas singgahsana itu.
Kerana tempat ini sudah di serahkan kepada ketua menteri Duan Quan tersebut. Nama lelaki berumur yang beberapa saat lalu menawarkan Jian Shen sebuah bilik. Di sebabkan itu, tempat duduk Jian Shen berlainan dengan para menteri yang ada. Tempat duduk seakan bersalut emas hanya untuk Jian Shen.
Elrose pula hanya duduk melipat kakinya secara bersimpuh di atas sebuah bantal nipis tapi dengan hiasan yang mewah. Ada tali berwarna emas di sekitar bantal tersebut. Berbeza jelas dengan para wanita yang sedang duduk. Jadi inilah sebab Elrose menjadi tatapan mereka semua?
" Ji-Jian Shen, kalau saya nak keluar bo—leh? ". Lagipun tak ada fungsi Elrose duduk di dalam dewan ini kalau dirinya hanya menjadi renungan semua orang. Jian Shen yang diam, menoleh ke arah Elrose yang baru saja meminta kebenarannya.
Penari wanita yang cantik tadi merenung Elrose dengan tatapan terkejut bersama tidak percaya. Macam mana seorang perempuan boleh memanggil Raja Zhu Jian Shen dengn sebutan nama sahaja. Penari wanita itu mengalihkan pandangan ke arah Jian Shen. Makin hairan dia apabila Jian Shen tidak memarahi Elrose.
![](https://img.wattpad.com/cover/232621241-288-k448689.jpg)
YOU ARE READING
The Pirate's Obsession
Historical FictionElrose menolak kuat tubuh tegap penuh berotot milik lelaki yang merupakan Sang Raja kerana cuba mencium bibirnya. Tanpa sengaja sebuah tamparan hinggap pada pipi Sang Raja itu. Raja itu ; Zhu Jian Shen murka lalu dengan kasar tubuh kecil milik Elro...