TPO 52

10.4K 838 103
                                    

Jian Shen yang di ambang kemarahan menapak lalu dalam sekelip mata tangan kekarnya mencengkam leher Xin Ai setelah menghentaknya ke arah dinding. Keluar ringisan sakit Xin Ai apabila Jian Shen menghentak tubuhnya. Tangannya tergapai gapai mahu merungkaikan cengkaman Jian Shen tapi tak berjaya.

Elrose yang melihat segera bangun dengan tergamamnya. Dia terkejut dengan kelakuan Jian Shen yang mengerikan terhadap Xin Ai. Anak menteri Li itu seakan kehabisan nafas dengan muka berubah warna.

" Ji-Jian Shen— ". Elrose memanggil halus. Memang pipinya sakit, lehernya berdarah, bahunya terluka dan mengeluafkan darah tapi dia tak pernah terfikir untuk bunuh Xin Ai. Semua orang ada hidupnya sendiri. Jian Shen mendengar suara Elrose memanggilnya dengan meleret tapi amarahnya lebih tinggi.

Dia sudah lama bersabar dengan sikap buruk Xin Ai. Dia bersabar dan cuba memaafkan segala perbuatan bodoh anak menteri Li tersebut. Dia cuba mengingati segala jasa menteri Li dalam kerajaannya. Namun perangai Xin Ai semakin menjadi jadi. Kali ini dia tak akan memberi kemaafan lagi. Xin Ai harus diberi pengajaran.

Sekitar matanya menjadi merah pekat dengan urat urat yang mula menimbul tegang. Tanpa suara,  Jian Shen yang bagaikan di rasuk setan menarik keras leher pakaian Xin Ai sambil mengheret wanita itu ke tengah padang lapang. Elrose bangkit untuk mengejar Jian Shen.

Dia tak nak tengok Jian Shen bunuh orang lagi. Tolong jangan. Tapi dia baru teringat Mei Ying terbaring tak sedarkan diri. Dalam kesempitan dia membantu dayangnya terlebih dulu, membawa kepala Mei Ying pada pehanya.

" Mei Ying, bangun Mei Ying". Tepukan demi tepukan diberikan Elrose pada pipi Mei Ying berharap dayangnya akan terbangun. Mei Ying tetap tidak memberi tindak balas. Air mata gelisah Elrose jatuh. Dia takut kalau benda buruk jadi dekat kawannya. Apa yang patut dia buat.

Semua dayang Xin Ai di heret pergi oleh para pengawal. Ying Zhiou melirik Elrose dan Mei Ying sekilas sebelum melangkah besar pergi. Yuan Jiu datang mendekat, melutut di depan Elrose.

" Elrose, biar saya yang uruskan Mei Ying. Awak pergi perhatikan Jian Shen sekarang. Jangan risau saya akan jaga Mei Ying. Percaya dengan saya Elrose". Yuan Jiu mengambil badan lemah Mei Ying mengangkatnya naik dan membawa dayang tersebut menuju ke arah yang bertentangan.

Elrose tak boleh menanti lagi. Dia percayakan Yuan Jiu mampu menjaga Mei Ying. Kakinya berlari laju dia memgabaikan rasa sakit yang mencengkam di bahunya. Darah di bahagian leher sudah mengering.

Sementara itu, sampai di padang lapang Jian Shen menghempas badan anak menteri Li itu dengan kasar. Jeritan kesakitan wanita tersebut muncul sambil meringkuk sakit. Jian Shen terlampau kasar. Tak lama kemudian, beberapa dayang yang mengikuti dia tadi melutut jatuh dengan setiap seorang pengawal di belakang mereka.

Tak lupa pedang terhala tepat pada leher mereka menanti arahan dari Jian Shen untuk memutuskan leher para dayang tersebut. Suara tangisan dan ketakutan menguar keluar. Takut dengan pedang yang bila bila boleh meragut nyawa mereka. Xin Ai berbaring tak berdaya seakan dia pesalah di sini.

Jian Shen memang sudah hilang akal tanpa belas kasihan dia menyentap rambut Xin Ai mengarahkan wanita yang sedang menangis itu untuk melutut di depannya. Xin Ai terpaksa menurut sambil menahan rasa sakit yang semakin bertambah. Bunyi pedang berdesing kuat semakin menakutkan semua perempuan yang ada di situ.

Mereka memilih memejamkan mata serapat yang mungkin. Hujung pedang milik Jian Shen yang runcing terhala tepat bawah dagu Xin Ai. Menggeletar hebat badan Xin Ai mengetahui nyawanya memang di hujung tanduk. Apa yang dia boleh lakukan hanyalah menangis. Ying Zhiou yang baru datang, berdiri dengan dahi yang berkerut. Nampaknya Jian Shen akan menghabiskan riwayat Xin Ai.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now