TPO 10

29.6K 1.3K 150
                                    

Prangg

Berkecai kaca yang berupa bentuk bunga terhempas ke atas lantai selepas tangan kekar Ying Zhiou menepis dengan perasaan yang kacau. Dirinya sedang berada di dalam bilik miliknya sendiri selepas meminta izin pergi dari bilik gadis yang bernama Elrose. Terlihat dahinya berkerut geram dengan sikapnya yang secara tidak sedar mendekati Elrose.

Ying Zhiou tidak tahu kenapa dengan dirinya boleh bertindak sedemikian rupa. Jika dilihat oleh Jian Shen pasti dirinya di landa masalah yang besar oleh sikapnya tadi. Kedua tapak tangan meraup rambut kasar, sesaat Ying Zhiou terimbas kembali riak wajah Elrose yang memerah ketika berdekatan dengan dirinya.

Jika dilihat lebih dekat wajah Elrose boleh dikatakan begitu cantik dan ayu walaupun tidak pasti dari mana wujud asal gadis itu. Seketika Ying Zhiou menyesali apa yang telah difikiran baru tadi. Fikirannya berkecamuk dengn peristiwa tadi. Dengan nafas yang semakin reda, dia bangun ingin ke belakang untuk berlatih pedang bersama pegawal yang lain.

Lebih baik pergi melakukan sesuatu daripada terus teringat riak wajah gadis yang sejujurnya dikatakan cantik murni dari dalam hatinya.

#####

" Keluar ". Satu perkataan yang penuh penekanan kedengaran daripada sang raja muda yang hampir siap memakai pakaiannya kembali. Li Xin Ai sedikit terkejut dengan perkataan yang menghalau dirinya agar keluar. Seketika senyumannya mekar.

Dengan pakaian tipis berwarna putih puteri kepada menteri Li itu berani melangkah ke arah Jian Shen yang sedang berdiri tegap membelakangi katil tempat dirinya baring bersama seketika tadi. Tangan halus Li Xin Ai melingkar di balik pinggang raja muda dengan gerakan menggoda. Dagu di letakkan di atas bahu berotot milik Jian Shen.

" Kita masih mempunyai waktu yang panjang untuk bersama rajaku... Tidak kah kau merindui diriku ini Yang Mulia— ". Jian Shen mendengus marah, dengan dinginnya dia menepis tangan Li Xin Ai yang memeluk dirinya tadi sehingga terlepas. Pandangan tajam Jian Shen melirik dari atas sehingga ke bawah tubuh Li Xin Ai yang baru dipakainya.

Sikap menggoda dan tidak tahu malu masih bersarang di dalam diri Li Xin Ai tanpa rasa segan sedikitnya. Perangai nya tidak berubah masih sama seperti seorang jalang. Senyuman senget yang bermaksud merendahkan Li Xin Ai terukir.

" Keluar—Sebelum beta menyuruh pengawal beta untuk mengheret kamu keluar wahai tuan puteri Li ". Wajah yang tadi menggoda berubah muram, kesal dengan sikap buruk Jian Shen yang tetap sama dingin bagaikan tembok. Sekalipun tidak pernah cair ketika digoda oleh dirinya selepas mereka menghabiskan waktu yang nikmat. 

" Tapi Yang Mu— ".

" Keluar! ".

Dengan geramnya Li Xin Ai menyarung pakaiannya di depan Jian Shen sebelum menghentakkan kaki berlalu pergi. Jian Shen menepuk pakaian mewahnya seakan habuk dan debu baru melekat pada pakaiannya. Dirinya membuka langkah untuk keluar dari situ.

Sampai di depan pintu terlihat dua pengawal berdiri menjaga tempat tersebut.

" Panggil dayang untuk membersih di dalam ". Jian Shen menyambung langkahnya kembali selepas arahannya di sahuti oleh pengawal tersebut.

#####

Elrose menopang dagunya dengan tapak tangannya sambil menyelak helaian buku tersebut. Dirinya bosan menghadap buku tebal itu sejak tadi lagi. Sebenarnya dia sendiri tak faham kenapa raja muda itu meminta dirinya untuk membaca sedangkan ramai orang yang boleh baca kan?

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now