Jian Shen sudah sembuh dan sihat seperti sedia kala. Dia berdiri dan boleh berjalan dengan langkah biasanya. Ketika dia sudah sihat dia terus menyiapkan kerjanya yang tertunggak. Elrose pula kembali ke biliknya sendiri. Di dalam dewan utama, Jian Shen duduk di atas singgahsananya.
Terdapat Ying Zhiou di bawah sana berdiri tegak. Dalam sekelip mata entah macam mana. Jian Shen menghentam tubuh Ying Zhiou ke tiang besar dewan menghasilkan bunyi dentuman kasar. Kuat tangan Jian Shen mencengkam leher baju Ying Zhiou bersama renungan berapinya.
" Aku tugaskan kau cari siapa pelaku tu tapi sampai sekarang kau masih tak dapat tangkap siapa orangnya. Jangan cuba buat perkara bodoh Ying Zhiou. Cari dan heret sial tu depan kaki aku. Kalau kau tak nak aku kerat sebelah tangan kau. ". Ancam Jian Shen yang dipenuhi dengan kemarahan.
Jian Shen bersama amarah menggilanya menguatkan cengkaman lalu menghentam belakang badan Ying Zhiou sekali lagi pada tiang. Dia nak jumpa orang yang berani melepaskan panah pada badannya. Ying Zhiou membetulkan kakinya supaya berdiri dengan tegak. Dia tak berpuas hati dengan cara kerja Ying Zhiou.
Tanpa menunggu lebih lama, Ying Zhiou memberikan tunduk hormatnya sebelum mengundur keluar. Sebaik keluar, wajah penuh tegangnya terlakar. Bentuk rahangnya jelas terlihat. Kedua tangannya mengenggam erat membentuk penumbuk.
Elrose mengemaskan barang barang di atas meja hiasnya. Namun sedang leka mengemas dia di kejutkan dengan sebuah pelukan yang datang dari belakang. Sepasang tangan kekar melilit pinggangnya. Terteleng kepala Elrose ke tepi bila Jian Shen mendaratkan dagu pada bahunya.
" Aku ada bawakan manisan untuk kau Elrose.". Serentak itu, jeritan Elrose terlepas segera dia menekup mulutnya kerana malu. Jian Shen mengendong tubuhnya ke meja makan. Lalu duduk dengan Elrose di atas riba lelaki tersebut. Sejak sihat ni makin pelik Jian Shen. Menjadi jadi perangainya.
Elrose membuka mulutnya bila Jian Shen menyuapkan satu manisan. Sedap dan manis. Elrose melihat kuih berbentuk bunga tersebut. Sekali lagi Jian Shen memberikan manisan tersebut dan Elrose terpaksa membuka mulut lagi sehingga habuk habuk manisan tersebut mengotori sekitar bibir merah Elrose.
Makin membuntang Elrose dengan kelakukan tak senonoh Jian Shen. Dia menekup mulutnya bersama bibir yang mengemam erat. Jian Shen baru mengucup hujung sudut bibirnya. Jian Shen dah sihat perangai miangnya makin bertambah.
" Awak t-tak boleh buat macamtu—". Baru je Elrose cakap. Sekarang Jian Shen mengusap bibirnya pula lalu di bawa ke mulut lelaki tersebut. Memakan remah manisan yang ada pada bibir Elrose. Elrose mengelak cuba turun dari badan Jian Shen. Tapi lain pula yang jadi bila Jian Shen mengelitik tepi pingganya.
Elrose menggeliat sambil cuba menahan tangan Jian Shen yang mula masuk mood menyakatnya. Elrose memukul. Dia menelan kuih yang masih ada dalam mulutnya risau tersedak pula.
" Jian Shen berhenti! Berhenti! ". Kemudian di susuli dengan gelak tawa kerana tak menahan geli. Jian Shen ikut melepaskan tawanya. Elrose terhenti dia pandang Jian Shen. Jarinya tertunjuk lurus pada hidung mancung lelaki tersebut.
" Awak ketawa ". Ujar Elrose tak lama Jian Shen yang geram menggit jari telunjuk gadis itu lalu mengelitik lagi. Elrose ketawa mengelak. Tak lama dia terduduk memeluk leher Jian Shen bersama sisa ketawanya yang tinggal. Mereka berdua mengambil nafas kerana sibuk bergurau sejak tadi.
Orang tua tua kata jangan suka suka sangat takut nanti jadi duka.
Elrose merehatkan dagunya pada bahu sasa Jian Shen. Dia angkat tangannya, melihat cincin yang melangkar pada jarinya. Cincin pemberian Jian Shen beberapa hari lalu. Tak pasti apa maksudnya tapi Elrose menerima saja. Menyarung ke jari dan kebetulan muat. Jian Shen mengusap belakang badan Elrose.
Katakanlah Jian Shen sudah mabuk dengan Elrose. Kalau semalam dia bergurau senda dengan Elrose. Kini dia berdiri memerhati gadis itu berlari kecil mengejar rama-rama yang berterbangan. Kelopak bunga ikut berterbangan di sekeliling Elrose. Jian Shen mengukirkan senyuman lebar tanpa sedar.
Mindanya sedang merakam segala perbuatan Elrose. Ini kali pertama dia nampak Elrose bergelak tawa dengan penuh ikhlas di depannya. Gadis itu ketawa bila hampir jatuh kerana tersadung batu dan kemudian berlari lagi. Gadis itu nampak begitu menawan dan indah.
Keindahan yang tak pernah Jian Shen ada selama dia hidup. Kedua tangannya berada di belakang tubuh sambil terus menatap Elrose. Elrose berhenti dari kejarannya, membiarkan rama-rama tadi terbang jauh ke atas. Langit begitu biru dan cerah. Semasa dia mendongak, tepat itulah Jian Shen berganjak berdiri di sebelahnya.
" Cantik.. ". Puji Jian Shen ketika memandang Elrose dari tepi. Mendengar suara Jian Shen, Elrose segera menoleh. Dia nampak Jian Shen pandang ke langit. Dia pun ikut sekali.
" Awan tu memang cantik ". Elrose tersalah faham. Dia ingatkan Jian Shen memuji langit dengan awan yang ada. Tapi sebenarnya Jian Shen memujinya. Kerana kecomelan Elrose, Jian Shen menyentuh puncak kepala gadisnya. Mengusap halus menggunakan ibu jarinya.
" Aku maksudkan kau bukan awan tu. ". Blushing. Pipi Elrose menjadi panas secara tiba tiba. Dia menjadi malu dengan pujian Jian Shen yang tertuju pada dia rupanya. Jian Shen berdiri semula dengan kedua tangan di belakang badan.
" Kalau saya nak cakap sesuatu boleh?". Dengan beraninya Elrose bertanya. Bibirnya menjadi mangsa gigitannya kerana mengawal perasaan malu. Jian Shen menaikkan kedua keningnya ke atas.
" Apa tu? ". Tanya Jian Shen balik. Elrose menahan senyuman di bibirnya. Elrose tiru gaya Jian Shen meletakkan kedua tangan ke belakang. Lalu tumit kakinya ternaik berjengket agar tidak terlalu rendah. Walaupun dah jengket pun dia tetap tak dapat samakan ketinggian si lelaki.
" Saya cintakan awak... ". Seketika semuanya senyap, tiada balasan. Elrose sendiri menelan rasa malunya tapi dia makin malu bila Jian Shen hanya berdiri diam menatapnya. Denyut jantung Jian Shen mula bergendang perlahan sebelum menjadi kencang. Ada satu aliran ketika Elrose menyatakan perkara tersebut. Dia tak salah dengar kan?
Secara perlahan Elrose menurunkan tumit kakinya dari berjengket. Dia berdiri dengan kedua kakinya. Diikuti tangannya ke sisi badan mengenggam pakaiannya. Dia terlanjur cakap benda tu ke? Bukan patutnya lelaki yang kena cakap dekat perempuan dulu. Sesaat Elrose memarahi mulutnya yang tak terkawal.
Jian Shen tak membalas. Jadi dia undur selangkah jauh. Belum sempat dia ingin melarikan diri kerana malu. Jian Shen terlebih dahulu menyentap tangannya membawa ke dalam dakapan. Elrose tak membalas pelukan mendadak tersebut. Dia hanya kaku kerana terkejut.
" Aku tak faham apa itu cinta. Tapi kalau kau nak ajar aku. Aku akan belajar untuk cintakan kau. Jadi ajar aku dan yakinkan aku untuk terus percayakan kau Elrose.". Ucap Jian Shen ikhlas. Elrose merasakan rama-rama tadi terbang di dalam perutnya. Dia mengemam bibirnya erat sambil menyembamkan wajahnya pada bahu Jian Shen.
Berikan mereka berdua kebahagian walaupun sebentar.
Jauh di sana, ada sepasang mata tajam menonton kemesraan Jian Shen bersama Elrose. Urat urat pada dahinya muncul sebelum menghilang pergi dari situ.
TPO
———hye 🥺🦋
Thankyouu 💜💜💜 kalau ade typo mention author 👌
Ada tinggal beberapa chapter lagi sebelum ending 🤍
![](https://img.wattpad.com/cover/232621241-288-k448689.jpg)
YOU ARE READING
The Pirate's Obsession
Ficción históricaElrose menolak kuat tubuh tegap penuh berotot milik lelaki yang merupakan Sang Raja kerana cuba mencium bibirnya. Tanpa sengaja sebuah tamparan hinggap pada pipi Sang Raja itu. Raja itu ; Zhu Jian Shen murka lalu dengan kasar tubuh kecil milik Elro...