TPO 57

10.6K 791 104
                                    

Jian Shen hanyut dalam fikirannya sendiri setelah memandang Elrose tanpa henti. Gadis itu masih tak sedar ada sepasang mata menatapnya sejak tadi. Sehinggalah kepalanya tak sengaja menoleh ke arah raja itu. Serta merta dia terkedu dengan cara pandangan tersebut.

" Boleh aku panggil kau Peony.". Rambut Elrose di selak ke belakang bahu membiarkan matanya menjamah muka cantik gadis tersebut. Elrose pula tersipu malu namun wajah hairan dia berikan. Kenapa Peony? Sedangkan nama dia kan Elrose. Jian Shen merapatkan jarak duduk mereka berdua.

" Ke-napa awak nak panggil saya Peony? Bukan ke tu nama bunga? ". Jian Shen menyimpan hasratnya yang ingin tersenyum. Dia merendahkan badannya mahu bertentang muka dengan Elrose. Kerana tindakan tersebut, merah menjalar naik di pipi Elrose.

" Sebab bunga Peony cantik, harum dan wangi. Sama macam kau. Bila aku lihat bunga Peony, mesti aku teringatkan kau Elrose.". Sebutlah Jian Shen sedang berjiwang sekarang ini. Tak pasti kenapa dia boleh melontarkan ayat ayat tersebut. Rasa bodoh beberapa saat.

Tak tahu mahu memberi reaksi apa Jadi Elrose hanya berdiam sambil menatap ke arah lain. Melihat gadisnya malu, tangan Jian Shen ternaik mendarat atas kepala Elrose. Dengan gosokkan halus jarinya menyapu rambut Elrose. Tidak sampai mengusutkan rambut yang tertata cantik.

" Elrose, aku tak pasti kenapa dengan diri aku beberapa hari ni tapi aku dapat rasa yang aku tak akan hidup panjang. Jadi aku nak kau sentiasa ada dekat sisi aku sampai aku mati nanti.". Kelopak mata Elrose membesar dengan mengejut. Kenapa tiba tiba sebut soal mati pula. Jian Shen ada menyimpan sesuatu dari pengetahuan Elrose ke.

" Ke-napa awak cakap macam ni—". Kelu lidah Elrose nak bersuara. Matanya tertumpu pada Jian Shen yang kelihatan serba tak kena.

" Aku hanya nak kau kekal dekat samping aku sampai bila bila. Jangan pernah lari daripada aku. Jangan pernah tinggalkan aku Elrose.". Mungkin kedengaran setengah memaksa tambah lagi dengan suara keras Jian Shen. Elrose tak faham. Semuanya berubah lepas satu persatu orang mati.

Selepas ini adakah— membulat luas mata Elrose sambil menatap Jian Shen.

" S-Saya tak faham kenapa awak cakap macamni tapi macam mana ka—lau saya yang mati dulu daripada awak. ". Badan kecil Elrose tersentak hebat apabila Jian Shen mencengkam kedua lengan atasnya dengan kasar mencengkam erat. Sikap Jian Shen berubah secara mendadak dengan sekitar mata menjadi sedikit merah.

" Bukan ke aku dah cakap. Kau tak boleh mati dulu daripada aku. Aku tak akan benarkan. Kalau kau mati aku akan cuba segala cara untuk hidupkan kau semula. Kalau kau nak mati, aku sendiri yang akan bunuh kau. Tapi kalau aku mati dulu, aku akan pastikan kau ikut bersama aku. Elrose ".

Kegilaan Jian Shen mula terserlah. Elrose dengan perasaan takut takutnya cuba menatap anak mata Jian Shen yang menghunus tajam. Namun semuanya hilang apabila setitik air mata Jian Shen jatuh dengan sendirinya. Ke—napa? Jian Shen nampak terluka.

" Jangan tinggalkan aku macam keluarga aku tinggalkan aku Elrose. ". Kepala Jian Shen tersandar pada leher Elrose. Elrose sendiri tergamam melihat air mata raja itu. Ini kali pertamanya dia melihat Jian Shen menjatuhkan air mata. Dengan lambat tangan Elrose terangkat membelai lembut kepala Jian Shen.

Mungkin Jian Shen takut kehilangan Elrose. Mungkin lelaki itu tak ingin Elrose pergi macam mana keluarga dia meninggalkan dirinya. Tapi kenapa Jian Shen tak nak Elrose pergi sedangkan mereka tak ada hubungan sama sekali. Atau masing masing tak sedar dengan perasaan sendiri.

" Hadiah ambil lah ". Elrose mendongak ketika tangan Jian Shen memberi sesuatu yang berbalut dengan kain. Dia membawa jarinya mengambil barang pemberian Jian Shen tadi. Sebaik di buka matanya terpesona dengan kecantikkan cucuk sanggul berwarna biru perlahan.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now