Hari berlalu seperti biasa. Sekarang semua orang sibuk menyiapkan majlis untuk menyambut hari lahir Jian Shen dalam masa dua hari lagi. Elrose hanya memerhati dayang yang kelihatan sibuk ke sana ke mari sambil membawa barang. Para pengawal juga turut begitu. Elrose? Dia tak dibenarkan untuk membantu sama sekali.
Jadi Elrose duduk sambil memeluk lututnya sebelum tepi kepala mendarat pada lutut. Nafasnya dihembus keluar. Kalau ada Mei Ying dan Wei Shin pasti kedua dayangnya itu ikut sibuk. Hadiah apa yang perlu dia berikan pada Jian Shen nanti? Dia tak ada duit atau barang berharga lain.
Lekas Elrose mengubah posisi duduknya menjadi tegak apabila kebetulan melihat Ying Zhiou berjalan. Tak menunggu lama, dia terus bangun mendekati panglima tersebut bersama senyuman manisnya.
" Ying Zhiou... ". Kini Elrose sudah berdiri di depan Ying Zhiou membuat lelaki itu terpaksa berhenti melangkah lebih jauh. Ying Zhiou tak menjawab panggilan Elrose seketika tadi. Hanya matanya berkelip memberi isyarat supaya Elrose bercakap.
" A—wak.. ada pergi jenguk Li Xin Ai? ". Sebenarnya sejak wanita anak menteri Li itu di hukum dengan di hantar ke luar kawasan. Elrose tertanya tanya adakah orang melawat Xin Ai? Atau sebaliknya.
Awalnya Ying Zhiou agak terkejut dengan pertanyaan Elrose tapi sedaya upaya dia cuba mengawal riak mukanya. Kenapa Elrose boleh terfikir nak tanya perkara itu? Jangan kata.. gadis ini mengetahui perihal dia ada melawat Xin Ai beberapa minggu yang lalu. Wajah datarnya terhias menutup segalanya.
" Tiada sesiapa dibenarkan menjenguk Li Xin Ai dan, Kenapa aku kena jenguk orang yang tak ada kaitan dengan aku? ". Elrose tersenyum kekok, kenapa makin hari jawapan yang keluar dari mulut Ying Zhiou agak kasar? Kan Elrose tanya jr tadi.
" Saya tan—ya je.. Maaf kalau saya ganggu masa awak.. ". Tatapan hairan Elrose tunjukkan sambil memandang pemergian Ying Zhiou. Lelaki itu seolah berat mulut mahu bersembang dengan Elrose. Hanya anggukkan kepala sebagai jawapan. Ying Zhiou semakin berubah.
Dua hari berlalu dengan sangat pantas, waktu malam ini terisi dengan bunyi gendang meriah berasal dari dewan tengah. Mereka semua sedang bergembira menyambut hari lahir Jian Shen. Elrose berada di depan biliknya, dia menatap dari jauh walaupun tubuhnya sudah tersarung baju indah dan cantik.
Elrose tak rasa dia patut pergi ke sana. Sebenarnya hatinya mendorong agar dia turut serta tapi entah kenapa dia rasa tak perlu. Lagipun kalau dia pergi sana nak buat apa? Selalunya majlis macam ni mesti para perempuan cantik dan manis mengelilingi raja itu.
Ada rasa sedikit cemburu terhasil tapi Elrose bijak memendam sendiri. Baru badannya berpaling dengan niat ingin masuk tidur satu suara menegurnya. Elrose membatalkan langkahnya dari melangkah lebih jauh. Terlihat seorang dayang datang dengan tergesa gesa.
" Tuan Puteri Elrose, mari ke dewan.. ". Suara lembut dayang itu mengajaknya untuk pergi ke dewan. Elrose menggaru kepalanya dengan senyuman tipis, kekok.
" Saya nak masuk tidur— ".
" Ini atas arahan Tuanku Zhu Jian Shen sendiri ". Potong dayang tersebut laju, raut muka dayang itu juga seakan lain bila Elrose menolak sesaat tadi. Mendengar siapa gerangan yang memberi perintah menyebabkan Elrose mengangguk kecil.
" Ah,.. ".
Dan sekarang Elrose berdiri di depan pintu masuk dewan, kedengaran gendang dan irama beralun tanpa henti. Dayang tadi menapak ke depan menjulurkan tangan, menunjukkan jalan kepada Elrose. Sampai di kawasan lapang, matanya terus menyapa para wanita yang sedang duduk berkepit kiri kanan Jian Shen.
Elrose dah agak benda ini akan terjadi. Dia dengan teragak agak, berjalan masuk. Jantungnya berdetak hebat disebabkan banyak mata merenungnya dengan kerutan di dahi mereka. Mungkin ada beberapa orang sahaja yang mengetahui siapa Elrose memandangkan dia bukanlah seorang Puteri dari kalangan keluarga bangsawan.
![](https://img.wattpad.com/cover/232621241-288-k448689.jpg)
YOU ARE READING
The Pirate's Obsession
Fiction HistoriqueElrose menolak kuat tubuh tegap penuh berotot milik lelaki yang merupakan Sang Raja kerana cuba mencium bibirnya. Tanpa sengaja sebuah tamparan hinggap pada pipi Sang Raja itu. Raja itu ; Zhu Jian Shen murka lalu dengan kasar tubuh kecil milik Elro...