Sampai saja di istana, Elrose bergegas keluar dari tandunya semata mata mahu menjenguk keadaan Mei Ying. Sejak pagi tadi, selepas mengetahui dayangnya itu tak sihat, dia tak dapat duduk dengan tenang. Dia terpaksa menemani Jian Shen bertemu dengan beberapa orang bawahan lelaki itu untuk berbincang sesuatu perkara.
" Kau nak pergi mana Elrose.". Elrose berhenti mendadak dari melangkah setelah di tegur oleh Jian Shen. Raja itu berjalan menghampiri dia yang berdiri mematung. Mereka berdua di lorong menuju ke bilik mereka sendiri tapi yang membuat Jian Shen hairan. Kenapa Elrose bergerak ke arah lain dan bukan ke arah bilik tidur gadis itu.
" Saya nak jumpa Mei Ying ". Elrose mengenggam erat kain pakaiannya yang melabuh ke bawah. Sekarang sudah lewat malam, terlampau malam. Kalau difikirkan mungkin dia boleh menemui Mei Ying esok pagi tapi hatinya mengarahkan dia untuk pergi sekarang.
Jian Shen mengerutkan dahi. Pandangannya menghadap ke atas di mana terpampang langit yang begitu gelap. Tiada angin meniup atau sebutir bintang terhias. Kenapa malam ni kelihatan suram. Elrose yang tak dapat bersabar lagi, mula mengangkat kakinya ingin pergi apabila Jian Shen tak bersuara lagi.
Namun cengkalan pada lengan tangannya menghentikan tubuh Elrose. Lantas kepala Elrose berpaling melihat Jian Shen. Kenapa lelaki itu menahannya lagi. Hatinya sudah bergendang lebij cepat, bukan kerana Jian Shen melainkan dia terlalu memikirkan Mei Ying. Jian Shen menarik tubuh Elrose mendekat.
" Kenapa kau nak jumpa dayang tu? Hari dah lewat malam. Kau patutnya berehat. Sudah seharian penuh kita berada di luar. Bersihkan diri kau dan tidur. Tempat tidur dayang kau agak jauh dari sini. Kau harus berjalan melepasi beberapa bangunan untuk sampai ke sana.". Ujar Jian Shen menghalang niat Elrose.
Jian Shen bukan mengongkong apa yang Elrose nak lakukan tapi sekarang dah terlalu malam. Semuanya pasti sudah terlelap lena. Lagipun dia sendiri lihat Elrose keletihan kerana menemani dia menjalankan urusan. Jadi kenapa waktu malam macam ni Elrose perlu mencari dayang itu. Elrose berfikir sejenak.
" Tapi— ". Elrose mahu membantah, hatinya semakin berat kalau dia tak lawat Mei Ying. Entah apa khabar dayangnya itu, sudah sihat atau sakitnya semakin teruk.
" Kau boleh jumpa dia esok Elrose bukan sekarang. Masuk tidur dan rehatkan badan kau. Jangan membantah, dengar arahan aku. Badan kau perlukan rehat yang cukup. Letak semua yang kau fikirkan ke tepi dulu.". Usapan halus pada pipi Elrose dari jari Jian Shen sedikit sebanyak menenangkan hatinya yang memberat tadi.
Mungkin ada betul apa yang Jian Shen katakan. Tubuhnya perlukan rehat yang cukup sebab terlampau penat. Jadi disebabkan itu, dia berfikiran buruk. Elrose mengukirkan senyuman tipis. Kalau macam tu, dia akan masuk tidur dan tunggu esok menjelang. Mana tahu Mei Ying datang seperti pagi biasa.
" Selamat malam Jian Shen ".
Elrose membetulkan letak rambutnya, hairpin miliknya di letakkan ke dalam kotak di atas meja solek. Dia menjadi curiga, sejak bangun pagi tadi dia menunggu kedatangan Mei Ying. Dayangnya itu, akan datang setiap pagi untuk membantu Elrose bersiap tapi hari ni sunyi sepi. Tiada suara sapaan Mei Ying.
Ke mana Mei Ying pergi? Atau dayangnya itu masih sakit? Akibat kepalanya terlalu keras berfikir pada waktu pagi begini, dia memilih untuk pergi mencari Mei Ying di tempat dayang itu tinggal. Semasa berjalan ke arah bilik Mei Ying, dia baru tersedar sesuatu. Kenapa tempat tidur Mei Ying terlampau jauh?
Elrose mendorong pintu kayu sebelum masuk ke dalam kawasan luar tempat tidur Mei Ying bersama Wei Shin. Perkara pertama yang menyapa pandangan dia adalah ikan yang terjemur di atas batu. Dia abaikan sebelum menatap pintu kayu yang dia tahu itu pintu bilik Mei Ying.
Tapak tangannya mendarat pada pintu kayu namun Elrose tak mendorong sama sekali. Ada firasat tak baik mula keluar. Secara perlahan dia menolak sehingga terbuka luas memperlihatkan sesuatu yang membekukan seluruh badan Elrose. Mei Ying tergantung di atas sana. Lidahnya keras kelu dan kemudiannya jeritan Elrose kedengaran kuat.
YOU ARE READING
The Pirate's Obsession
Historical FictionElrose menolak kuat tubuh tegap penuh berotot milik lelaki yang merupakan Sang Raja kerana cuba mencium bibirnya. Tanpa sengaja sebuah tamparan hinggap pada pipi Sang Raja itu. Raja itu ; Zhu Jian Shen murka lalu dengan kasar tubuh kecil milik Elro...