TPO 30

21.9K 1.2K 44
                                        

Jian Shen memasuki ruang bilik tidur Elrose pada waktu malam selepas beberapa hari menyibukkan diri dengan pekerjaaannya. Baru saat ini dia boleh melihat Elrose yang tertidur pulas. Dia mula melepaskan jubah kemegahannya meninggalkan pakaian biasa sahaja lalu berbaring di atas katil tepat di sebelah gadisnya yang tertidur.

" Jangan buat benda yang mampu menaikkan kemarahan aku Elrose ". Jian Shen menarik badan Elrose rapat pada pelukannya sebelum memejamkan mata erat. Dua hari dia tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana kerja yang terlalu banyak.

Dalam pada masa yang sama tanpa sesiapa snagka ada satu gerombolan manusia datang menaiki kuda berpakaian besi menuju ke arah kerajaan Jian Shen. Malam itu manusia dengan jumlah yang terlampau banyak mula menyerang penduduk kampung yang mereka lihat sehingga mati.

Subuh menjelang. Elrose bergerak tak selesa apabila haba panas terasa pada tubuhnya. Matanya secara perlahan terbuka sebelum di kejutkan dengan muka Jian Shen yang sedang tertidur di sebelah dirinya. Lekas dia bangun bergerak menjauh ke dinding sambil memeriksa pakaiannya masih terpasang ataupun tak.

Nasib baik pakaiannya masih elok tersarung seperti malam tadi. Elrose tak pasti macam mana Jian Shen boleh masuk ke dalam biliknya tanpa dia sedar. Mungkin malam tadi dia terlalu penat sampai tertidur lena. Jian Shen bergerak sedikit dalam tidurnya. Elrose menekup mulutnya agar tiada sebarang suara terkeluar.

Elrose merenung muka Jian Shen yang sedang tertidur. Jujur di hati dia, Jian Shen tak nampak terlalu menyeramkan jika dalam keadaan begini. Tapi jika bangun berlaku sebaliknya hanya wajah kejam sahaja yang terlukis.

Agak lama matanya merenung wajah letih raja muda itu tanpa sedar tangannya bergerak mendekat ingin menyentuh rambut Jian Shen. Sedikit lagi jarinya hampir mengenai rambut Jian Shen, seseorang datang menerjah masuk membuka pintu secara kasar mencari keberadaan Jian Shen.

Elrose yang terkejut mendadak cemas sehingga ke belakang kembali tak mahu sesiapa salah faham. Ying Zhiou yang masuk dengan air muka tegas melihat a Elrose yang mengundur tapi dia abaikan. Ada perkara yang lagi penting perlu dia uruskan waktu ini. Seperti jangkaan dia, raja itu memang berada di bilik Elrose.

Jian Shen terjaga dari tidur dengan wajah marah kerana menganggu lenanya. Kelopak matanya luyu menatap ke arah Ying Zhiou sambil merapikan baju yang mendedahkan dada bidangnya.

" Tuanku ampunkan patik kerana menganggu Tuanku. Ada sesuatu yang penting perlu Tuanku tangani waktu ini ". Ying Zhiou melutut dengan satu kaki menapak pada lantai bersama suara yang cemas. Jian Shen mengerutkan dahinya apabila terasa ada sesuatu yang tidak kena.

" Apa? ". Cukup satu perkataan membuat Ying Zhiou memahami maksud Jian Shen. Ying Zhiou mengangkat mukanya memandang serious.

" Ada kumpulan manusia melakukan penyerangan terhadap penduduk kampung dan mereka sekarang berada di depan tembok penghalang menunggu Yang Mulia untuk keluar. Jika tidak, mereka akan melakukan peperangan kepada kerajaan ini ".

Penjelasan Ying Zhiou mengubah riak wajah pada muka Jian Shen. Jian Shen terus bangkit lalu mengambil jubah kebesarannya dan terus bergerak pantas sambil membetulkan bajunya yang terlerai.

Matanya berkilat tajam mendengar berita tersebut. Ying Zhiou mengikuti langkah laju rajanya yang menghala ke bilik lalu pedang miliknya di ambil bersama. Elrose terkedu sendiri. Apa yang berlaku. Kenapa situasi ni nampak berat. Penyerangan? Peperangan? Elrose berlari menuju ke pintu menjenguk apa yang terjadi.

Apa yang berlaku?

Jian Shen menunggang kudanya menuju ke arah tembok penghalang lalu naik ke atas memerhati siapa berada di bawah sana. Ying Zhiou dan para tentera memenuhi kawasan bawah dan atas. Jian Shen menatap tajam setiap manusia yang ada. Mereka hanya berbataskan tembok sahaja.

The Pirate's ObsessionTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang