David tidak senang duduk. Sejak pagi tadi dia tidak melihat kelibat Danial. Mustahil Danial ke sekolah kerana hari ini cuti. Tidak terlihat pula Danial bersama Eshaf. Mahu bertanya, malas.
"Nak rokok?" soal Ezra. Kotak rokok dihulur ke arah David. David hanya menjeling. Sajalah itu hendak mengusik dirinya. Dia bukanlah seorang perokok seperti Ezra.
"Eleh jual mahal. Kalau tak hisap rokok, bukan lelaki sejati tu namanya." ujar Ezra.
"Kalau hisap rokok, cari mati namanya. Jadi pilihlah, nak cari mati atau nak jadi lelaki sejati." sampuk Fazlan. Ezra menggulingkan biji matanya. Menyampah betul.
"Aku dah merokok lima tahun ni, elok sahaja. Masih hidup, masih sihat lagi." Ezra mendecit. Rokok yang sudah hampir ke penghujung dibuang ke dalam bekas abu.
"Tak baik riak. Nanti Tuhan tarik semua tu." celah Armelyn yang sedari tadi mendiamkan diri.
"Eh engkau ni! Kan aku dah bagi cuti? Buat apa lagi kau duduk menyemak dekat sini?" dengus Ezra. Armelyn betul-betul membuatkan dirinya naik angin hari ini. Rasa mahu membelasah sahaja Si Armelyn itu. Nasib baik sahaja Armelyn seorang perempuan.
"Dekat mana lagi saya boleh pergi? Cuti atau tak cuti, istana ini je arah tuju saya. Jadi, saya ikut sajalah Tuan Putera macam biasa." Armelyn menjuihkan bibirnya. Ezra menggelengkan kepalanya seketika.
"Kau boleh pergi merayap sekitar kawasan istana ini kan?"
"Hah betul juga tu! Babai Tuan Putera!!" Armelyn terus berlari pergi dari situ. Riang sekali lagaknya.
"Haish nasib comel. Kalau tak aku tendang masuk kolam dah." omel Ezra perlahan.
"Lain macam je bunyi." Qhairil memandang pelik ke arah Ezra. Ezra hanya buat tidak peduli. Malas layan.
"Abang, ada nampak Danial tak?" soal Eshaf sambil berjalan mendekati mereka berempat. Wajah David dipandangnya lelah. Lelah mencari keberadaan Danial sejak pagi tadi.
"Tak." balas David sepatah.
"Bukan ke dia suka berkepit dengan abang? Eshaf tak jumpa pula dia hari ini. Mana budak tu pergi? Semalam cakap nak makan banyak-banyak." Eshaf menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Entah. Tak tahu." David meneguk air minumannya sedikit. Dia semakin resah. Kenapa dia terlalu merisaukan Danial yang baru dikenalinya itu?
"Tak apalah abang. Eshaf nak masuk dulu. Abang-abang semua pun masuklah. Acara tari-menari dan jamuan dalam dewan dah nak mula. Semua Putera dan Puteri wajib ada dalam dewan." ujar Eshaf sebelum beredar.
"Jom masuk." ajak Fazlan. Dia melangkah masuk ke dalam istana. Bersinar mata beberapa orang Puteri dari kerajaan lain, malah anak dara dari keluarga bangsawan yang turut hadir di situ apabila beberapa orang Putera menghampiri mereka.
"Kau cari siapa Fazlan?" soal Qhairil. Lain macam sahaja dia tengok Fazlan asyik mundar-mandir.
"Damia. Tadi aku paksa dia tukar baju sebab aku nak menari dengan dia, tapi tak nampak pula kelibat dia." jelas Fazlan. Qhairil menggulingkan bola matanya. Asyik-asyik Damia! Kesian Dahlea. Namanya yang sudah sedap sesuka hati sahaja ditukar oleh makhluk di hadapannya ini.
"Sana." Qhairil menjuihkan bibirnya ke arah Dahlea. Dahlea yang sekarang lebih cantik daripada Dahlea yang sebelum ini. Gadis itu comot dan berkulit gelap. Sekarang ini gadis itu cantik dengan mengenakan solekan nipis dan gaun berwarna kuning.
"Lawanya... Wah..." Ternganga seketika Fazlan.
"Tuan Putera carilah orang lain untuk diajak menari. Patik hanyalah seorang dayang istana. Tidak layak untuk menari dengan Tuan Putera. Mohon Tuan Putera ubah fikiran." ujar Dahlea.
YOU ARE READING
EMERALD
Fantasy[ROYAL FANTASY+ROMANCE] [COMPLETE] DAVIDRIAN ETHAN, selalu berpakaian hitam. Seorang yang pendiam malah selalu tampak tenang. Namun penampilannya membuatkan dia tampak seperti seorang yang dingin dan sedikit menakutkan. Hadirnya DANIAL dalam hidupny...