BAB 40

453 39 8
                                    

Suara seseorang menangis menggamit perhatian mereka bertiga. Entah siapa yang menangis di laluan sunyi tanpa manusia itu. Kebanyakan orang kampung berada berdekatan gerai dan ada yang pergi bekerja. Laluan ini memang sunyi agaknya.

“Tuan Putera, rasanya ada orang menangis dekat sini.” kata salah seorang pengawal yang mengikutinya.

“Betul. Cari arah bunyi tu cepat.” Fazlan memberi arahan. Langkah kaki diperlahankan sambil mata meliar mencari gerangan yang menangis. Rasanya tidak jauh daripada dia kerana bunyi tangisan itu agak kuat.

“Tuan Putera, dah jumpa!” Fazlan terus berlari menghampiri pengawal itu. Kelihatannya seorang budak lelaki dengan kulit dipenuhi bintik-bintik berair dan bintik-bintik merah sedang menangis. Agak tersorok tempatnya, terlindung dengan bakul-bakul dan kotak kayu yang rosak.

“Hei, kenapa ni?” soal Fazlan.

“Sakit... Dah kena jangkitan, tapi mama tak bagi ubat.” jawabnya. Tersedu-sedu dia akibat terlalu lama menangis.

“Apa kata adik ikut abang? Abang bagi adik ubat.” ujar Fazlan. Jika si kecil ini sudi mengikutinya, bolehlah dia mencari tahu punca jangkitan dan apakah penyakit yang dihidapi oleh penduduk kampung.

“Okey!” Tersengih budak itu. Teruja sungguh dia hendak mendapatkan ubat. Dia hanya mahu sakitnya reda.

“Bagus! Mari ikut abang. Hmm... Apa nama adik?” soal Fazlan.

“Rara.”

“Umur pula?”

“Sembilan tahun.”

“Ouh. Sejak bila lagi kulit Rara jadi macam ni?” Fazlan menyoal lagi. Satu demi satu butiran itu dicatat dalam buku notanya.

“Erm dah seminggu. Gatal sangat. Kalau benda ni pecah, satu malam rasa sakit. Rara takut nak sentuh, tapi gatal.” adu Rara.

“Tak apa... Nanti abang cuba sembuhkan.”

“Boleh ke? Ayah dah meninggal sebab sakit macam Rara sakit ni.” Budak kecil itu mendongak memandang Fazlan yang masih mengukir senyuman manis.

“Pasti boleh. Yakinlah. Itu dah sampai. Rara duduk dulu di atas kerusi. Pengawal, bagi dia minum air sedikit.” suruh Fazlan. Sarung tangan dicapai lalu dipakai. Seusai Rara menghabiskan segelas air suam, dia mula memeriksa bintik-bintik pada lengan dan wajah Rara.

“Tolong catat apa yang saya cakap.” Fazlan memberi arahan kepada salah seorang pengawal yang memerhati. Pengawal itu hanya akur.

“Tak demam. Suhu normal. Adik, boleh buka baju tak? Abang nak tengok bintik-bintik dekat tempat lain.” pinta Fazlan. Rara tidak membantah, malah dia terus membuka baju yang dipakainya.

“Pengawal... Hampar sesuatu untuk berbaring.” arah Fazlan. Matanya tidak lepas daripada memandang perut Rara yang mempunyai tompok kebiruan. Dia tidak pasti lebam itu diakibatkan oleh pukulan, terjatuh atau racun.

“Dah siap.”

“Rara, pergi baring di atas sana.” suruh Fazlan. Barang keperluan mereka agak terhad. Tempat berteduh pun tiada dan mereka hanya mampu berehat di atas rumput tanpa bumbung atau sebarang alas.

“Rara ada terlibat dalam pergaduhan atau terjatuh di mana-mana tempat?” soal Fazlan.

“Tak ada.” Kepala digeleng perlahan.

“Sakit tak?” Fazlan menyoal lagi. Kali ini dengan jari-jemari yang menekan sedikit tompokan biru pada perut Rara.

“Tak sakit.”

“Erm Rara rehat sekejap. Nanti abang bagi ubat untuk kurangkan rasa gatal okey?” ujar Fazlan. Rara mengangguk dengan senyuman manis. Teruja dia menanti sakit dan gatal yang dialami itu menghilang.

EMERALDWhere stories live. Discover now