BAB 06

622 71 36
                                    

"Kau dah kenapa siot?" soal Ezra bengang. Rasa mahu hempuk kerusi ke atas kepala Qhairil pun ada.

"Kenapa apa?" Qhairil blur. Tidak bersalah sungguh riak wajahnya.

"Itulah, Claire. Apahal kau suruh dia rehat dekat sini? Nampak dek Nena, kau yang kena eh!"

"Kenapa aku pula? Tu awek kau. Kau lah yang kena!" Qhairil menjelirkan lidah di akhir ayatnya.

"Kau ni memang hanatlah Qhairil!!" Ezra sudah bangun ingin membelasah Qhairil, namun Qhairil lebih pantas melarikan diri. Gelak ketawa Qhairil kedengaran di halaman itu. Suka cari pasal dengan sepupunya itu.

"Fazlan!" Engku Dahlia menarik telinga Fazlan dengan tangannya yang sebelah lagi mencekak pinggang.

"Aduh!! Sakitlah Nena!!" Terkejut Fazlan. Tiba-tiba sahaja datang terus kena tarik telinga.

"Siapa benarkan Claire rehat dekat sini? Ezra berhubung lagi ke dengan Claire? Kan Nena dah cakap, jangan biarkan Claire dan Ezra berhubung! Kalau nak berkawan tak apa, tapi jangan nak couple bagai!" ujar Engku Dahlia.

"Bukan Fazlan yang benarkan. Qhairil yang bagi. Lepaslah telinga Fazlan ni Nena. Sakit tau?" Fazlan terus mengusap telinganya sebaik sahaja Engku Dahlia melepaskan telinganya. Sepatutnya Qhairil yang kena. Dia pula yang jadi mangsa.

"Bagitahu Qhairil dengan Ezra, esok kalau Nena nampak Claire ada dekat istana ni lagi, siap sedialah dengan denda Nena." Usai itu, Engku Dahlia terus beredar dari situ.

"Tak guna punya sepupu. Aku pula yang kena. Mama… sakit…" Fazlan menjuihkan bibirnya dengan riak wajah sedih.

"Melyn." panggil Ezra. Armelyn yang sedang menyiram bunga terkejut. Bertambah terkejut apabila dia tidak sengaja menyiram Ezra.

"Matilah aku." Bibirnya dikemam takut. Melihat sahaja Ezra membuka matanya, Armelyn terus mendekati Ezra.

"Saya minta maaf Tuan Putera. Saya betul-betul tak sengaja." ucap Armelyn. Ezra meraup wajahnya, membuang air yang menghalang pandangannya.

"Iyalah tu tak sengaja! Entah-entah kau memang sengaja sebab nak balas dendam dekat aku kan?" tuduh Ezra. Armelyn menggelengkan kepalanya.

"Geleng-geleng! Aku patahkan leher kau baru tahu!" dengus Ezra. Armelyn lantas memegang lehernya.

"Aku nak kau sediakan teh panas secepat mungkin kemudian bawa ke taman. Kalau lambat, aku sembelih kau!" arah Ezra.

"Baik Tuan Putera." Armelyn terus berlari pergi dari situ.

"Gak ada akhlak punya Tuan Putera. Main sembelih-sembelih ingat Melyn ni kambing ke?" cebik Armelyn. Mahu cakap kuat-kuat, bimbang didengari oleh dayang yang lain. Mampu kutuk dalam hati sahaja.

"Kau kutuk aku ya budak? Kau fikir aku tak dengar huh!" Sinis Ezra di sebalik pintu dapur. Satu keistimewaan apabila dia mampu mendengar suara hati Armelyn.

"Pssttt sejuk pula." rungut Ezra. Kakinya dihayun menuju ke bilik. Pakaian ditukarnya secepat mungkin kemudian dia ke taman semula.

"Kau orang berdua tahu tak, disebabkan kau orang, aku yang kena tarik telinga dengan Nena. Sakit tahu tak?" dengus Fazlan dengan tangan yang disilangkan di dada. Geram betul bila tengok muka dua makhluk ini. Ezra dan Qhairil selamba melepaskan tawa.

"Nasib kau lah Fazlan." David menepuk bahu Fazlan beberapa kali.

"Hai abang handsome!" Danial sengih. Punggung dilabuhkan di sebelah David.

"Nak coklat tak? Dani ada satu je ni. Kalau tak nak, sudah hmm." ujar Danial.

"Tak nak." jawab David tanpa memandang Danial.

EMERALDWhere stories live. Discover now