BAB 19

468 50 12
                                    

"Dani, jom balik." ajak Eshaf. Barangannya yang berteraburan di atas meja dikutip lalu dimasukkan ke dalam beg sekolah.

"Kau baliklah dulu. Aku ada urusan sikit. Nanti malam aku balik sendiri." Danial turut mengemaskan barangannya.

"Okey... Ada apa-apa telefon aku. Kalau kau nak balik rumah kau sendiri pun telefon aku dulu. Tak ada lah aku risau kalau kau tak balik ke istana." kata Eshaf. Danial sengih. Terharu ada seseorang yang risaukan dirinya. Tidak macam David... Tahu menghalau dirinya sahaja.

"Aku balik dulu." pamit Eshaf. Sebaik sahaja Eshaf pergi, Danial turut beredar dari situ.

"Mana Dani? Dia tak balik sekali?" David menyoal. Hairan apabila kelibat Danial tidak kelihatan bersama Eshaf. Selalunya mereka berdua keluar bersama-sama dari sekolah.

"Erm dia kata dia ada urusan sikit, jadi dia balik sendiri nanti." balas Eshaf.

"Ouh. Eshaf boleh bawa kereta sendiri, kan? Abang ada hal sikit. Eshaf balik sendiri eh?"

"Okay. Tapi abang nak balik macam mana nanti?" Eshaf berpindah ke tempat duduk pemandu, manakala David pula bergerak keluar dari kereta. Dia perlu mengekori Danial kerana baginya gadis itu sungguh mencurigakan. Bimbang Danial akan melakukan sesuatu di luar jangkaannya.

"Teksi. Pandai-pandai abanglah nanti. Abang pergi dulu." David terus melangkah pergi. Eshaf yang terkebil-kebil itu hanya memandang susuk tubuh David yang semakin menjauh. Selang beberapa saat, kereta dipecut meninggalkan perkarangan sekolah.

Sementara itu, David menyembunyikan diri di belakang sebatang pokok yang besar. Dari kejauhan dia melihat kelibat Danial bersama dua orang lelaki yang bertubuh tegap. Dua lelaki itu kelihatan seakan pernah dilihat sahaja.

"Ini betul-betul Tuan Muda kami ke?" soal Aron. Tangannya naik mencubit kedua-dua belah pipi Danial membuat Danial meringis kecil. Sakit betul!

"Akulah ni!" dengus Danial. Tangan Aron ditepis kasar. Rasa mahu tercabut pipinya. David di belakang pokok itu mengetap gigi. Panas pula hatinya melihat Aron menarik pipi Danial. Pipi Danial dan seluruh tubuh Danial hanya milik dia seorang sahaja! Hanya dia yang boleh sentuh!

Apa yang kau mengarut ni David? Pipi diri sendiri ditampar sedikit kuat. Dia harus sedar, tujuannya lain. Dia tidak akan jatuh cinta dengan Danial yang masih dia tidak ketahui asal usul gadis itu.

"Kami dengar konco-konco Ratu Adriana cakap Tuan Muda dah mati sebab kena suntik racun. Tuan Muda terselamat? Tuan Muda betul-betul okey ni?” Badan Danial dipusing-pusingkan oleh Zach untuk melihat jika Danial benar-benar sihat dan tiada kecederaan.

“Aku tak apa-apa Zach. Sekejap! Mana kau tahu mereka tu konco-konco Ratu Adriana?” Danial berasa sedikit cuak. Rahsia yang disimpan selama tiga tahun bakal terbongkarkah? Zach dan Aron bukannya boleh dipercayai sangat kerana mulut mereka kadang-kadang celopar.

“Ratu Adriana ada dengan mereka. Masa tu konco-konco Ratu Adriana bagitahu yang mereka dah berjaya suntik racun dalam badan Tuan Muda.” kata Aron.

“Rupa-rupanya Ratu Adriana dalang semua ni, tapi kenapa Ratu Adriana nak bunuh Tuan Muda? Bukan ke Ratu Adriana sangat sayangkan Tuan Muda?” Zach menggaru dagu. Tidak terjangka dek akalnya bahawa Ratu Adriana ialah punca di sebalik kejadian-kejadian yang hampir meragut nyawa Tuan Muda mereka.

“Haih kau ni... Jangan cepat sangat percayakan rupa luaran seseorang. Nanti jadi macam ayahanda aku tu.” Danial mendecit perlahan. Kaki dihayun untuk beredar dari situ.

“Jadi, sekarang ni Ratu Adriana dikira musuh Tuan Muda lah?” soal Zach lagi. Aron di sebelah hanya diam cuba untuk menghadam apa yang berlaku.

“Hmm. Dah tiga tahun aku perhatikan dia dan selama itulah dia cuba meracun fikiran ayahanda. Nasib baik ayahanda tak termakan dengan kata-kata dia.”

EMERALDWhere stories live. Discover now